Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Dulcolax® biasanya digunakan untuk merawat masalah najis yang keras (sembelit).
Gunakan ubat ini sebagaimana diarahkan oleh doktor. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Patuhi arahan-arahan dengan baik.
Ambil dengan segelas air penuh. Telan sekali gus. Jangan dikunyah, dipecahkan, atau dihancurkan.
Dulcolax® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Dulcolax® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Dulcolax® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Dulcolax® ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:
Jangan gunakan Dulcolax® selama lebih daripada 1 minggu kecuali diberitahu untuk berbuat demikian oleh doktor anda.
Jangan gunakan julap yang lain atau pelembut najis kecuali jika diberitahu oleh doktor anda.
Jika anda mengalami pendarahan rektum atau anda tidak mengalami pergerakan usus selepas menggunakan ubat ini, sila berbincang dengan doktor anda.
Jangan mengambil produk tenusu, kalsium, atau magnesium dalam masa 1 jam dari pengambilan Dulcolax®.
Jangan ambil antasid dalam masa 1 jam daripada pengambilan ubat ini.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Dulcolax® adalah pada kategori risiko kehamilan tahap B, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:
Tanda-tanda reaksi alergi, seperti ruam; gatal-gatal; bintat; kemerahan, bengkak, lepuh, atau kulit menggelupas dengan atau tanpa demam; berdehit; rasa sesak di dada atau tekak; masalah bernafas atau bercakap; kegarauan yang luar biasa; atau bengkak pada mulut, muka, bibir, lidah, atau tekak mungkin berlaku apabila menggunakan ubat ini.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Dulcolax® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Dulcolax® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Dulcolax® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas:
1 supositori dalam satu dos harian. Buka plastik dengan elok. Masukkan supositori dengan baik ke dalam rektum, bahagian yang runcing masuk terlebih dahulu. Kekalkan kira-kira selama 15 hingga 20 minit.
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun: 1/2 supositori dalam dos harian tunggal.
Kanak-kanak di bawah 2 tahun: sila rujuk doktor.
Dulcolax® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Dulcolax®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen