Kegunaan
Apa itu Dramamine?
Dramamine® biasanya digunakan untuk merawat atau mengelakkan rasa mual, muntah, dan pening kepala yang berkaitan dengan mabuk gerak (motion sickness).
Dimenhydrinate juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.
Bagaimanakah kegunaan Dramamine?
Gunakan ubat ini sebagaimana diarahkan oleh doktor. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Patuhi arahan-arahan dengan baik. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.
Untuk hasil terbaik, ambil dimenhydrinate 30 hingga 60 minit sebelum perjalanan atau sebelum sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan mabuk gerak.
Anda boleh mengambil dimenhydrinate dengan atau tanpa makanan.
Tablet yang dikunyah mestilah dikunyah sebelum anda menelannya.
Jika anda memerlukan pembedahan, beritahu pakar bedah terlebih dahulu jika anda ada mengambil dimenhydrinate dalam beberapa hari yang lalu.
Bagaimana saya menyimpan Dramamine?
Dramamine® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Dramamine® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Dramamine® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Dramamine® ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Dramamine ?
Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:
- Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
- Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
- Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Dramamine® atau ubatan lain
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun. Sentiasa merujuk doktor sebelum memberikan antihistamin kepada anak anda. Kematian boleh berlaku dari penyalahgunaan antihistamin pada kanak-kanak yang sangat kecil.
Dimenhydrinate adalah tidak diketahui sama ada akan membahayakan bayi yang belum lahir atau tidak. Jangan gunakan ubat ini tanpa nasihat doktor jika anda mengandung.
Adalah tidak diketahui juga sama ada dimenhydrinate boleh meresap masuk dalam susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang menyusu. Jangan gunakan ubat ini tanpa nasihat doktor jika anda sedang menyusu bayi.
Adakah selamat untuk mengambil Dramamine semasa mengandung atau menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Dramamine® adalah pada kategori risiko kehamilan tahap B, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:
- A=Tiada risiko
- B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
- C=Mungkin terdapat risiko
- D=Bukti positif berkenaan risiko
- X=Kontraindikasi
- N=Tidak diketahui
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan ubat ini?
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan: bintat; kesukaran bernafas; bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.
Berhenti menggunakan dimenhydrinate dan hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:
- Kencing yang kurang atau tiada
- Kekeliruan, perubahan mood
- Menjadi terketar-ketar, rasa gelisah
- Sawan (kekejangan)
- Denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur
Kesan sampingan seperti mulut kering, sembelit, dan kekeliruan mungkin lebih cenderung berlaku pada orang dewasa yang lebih tua.
Kesan sampingan lain yang biasa termasuklah:
- Mengantuk
- Mulut kering, hidung, atau tekak
- Sembelit
- Penglihatan kabur
- Merasai gelisah atau teruja (terutama pada kanak-kanak)
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Tindakbalas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Dramamine?
Dramamine® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Dramamine?
Dramamine® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Dramamine?
Dramamine® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.
Antara keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:
- Penyakit hati atau buah pinggang
- Masalah pembesaran prostat dan kencing
- Penyakit jantung, tekanan darah tinggi
- Sejarah sawan sebelum ini
- Penyumbatan dalam saluran penghadaman anda (perut atau usus)
- Tiroid terlebih aktif
- Glaukoma
- Asma, bronkitis, emfisema, atau gangguan pernafasan yang lain
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?
Dos Orang Dewasa Biasa untuk Masalah Mabuk Gerak
Suntikan: 50 hingga 100 mg IM atau IV setiap 4 jam yang diperlukan; Maksimum dos: 400 mg dalam masa 24 jam.
Melalui mulut: Dos Pelepasan Segera: 50 hingga 100 mg setiap 4 hingga 6 jam yang diperlukan; Maksimum dos: 400 mg dalam masa 24 jam.
Dos Pelepasan Terlanjut: 100 mg setiap 8 hingga 12 jam yang diperlukan; Dos Maksimum: 300 mg dalam masa 24 jam.
Melalui rektum: 50 hingga 100 mg setiap 6 hingga 8 jam yang diperlukan.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Dos Pediatrik Biasa untuk Masalah Mabuk Gerak
Suntikan:
- Neonat: Kontraindikasi
- Lebih tua daripada neonat: 1.25 mg / kg ATAU 37.5 mg / m2 IM 4 kali sehari; Dos maksimum: 300 mg sehari
Melalui mulut:
- Di bawah umur 2 tahun: Tidak disyorkan
- Umur 2 hingga 5 tahun: 12.5 hingga 25 mg secara lisan setiap 6 hingga 8 jam yang diperlukan; Dos maksimum: 75 mg dalam masa 24 jam
- Umur 6 hingga 11 tahun: 25 hingga 50 mg secara lisan setiap 6 hingga 8 jam yang diperlukan; Dos maksimum: 150 mg dalam masa 24 jam
- Umur 12 tahun dan lebih: 50 hingga 100 mg secara lisan setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan; Dos maksimum: 400 mg dalam masa 24 jam
Melalui rektum:
- Di bawah Umur 2 tahun: Kontraindikasi
- Umur 2 hingga 5 tahun: 12.5 hingga 25 mg sekali; jangan ulangi dos kecuali atas nasihat doktor
- Umur 6 hingga 7 tahun: 12.5 hingga 25 mg setiap 8 hingga 12 jam yang diperlukan
- Umur 8 hingga 11 tahun: 25 hingga 50 mg setiap 8 hingga 12 jam yang diperlukan
- Umur 12 tahun dan lebih: 50 mg setiap 8 hingga 12 jam yang diperlukan
Apakah bentuk penyediaan ubat ini?
Dramamine® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:
- Suntikan
- Bentuk yang diambil melalui mulut
- Bentuk yang diambil melalui rektum
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Dramamine®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]