Dehydroemetine

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apa kegunaan Dehydroemetine ?

Dehydroemetine selalunya digunakan untuk merawat amoebiasis usus, amoebiasis hepatik, penyakit sistemik akibat histolitik dan lain-lain keadaan. Ia juga berkesan dengan melambatkan gastrik.

Bagaimanakah kegunaan Dehydroemetine?

Ubat ini berbentuk tablet. Telannya secara keseluruhan. Jangan hancurkannya atau kunyah. Minumnya dengan segelas air.

Bagaimana saya menyimpan Dehydroemetine?

Dehydroemetine bagus disimpan pada suhu bilik yang jauh daripada cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelak daripada kerosakan ubat, anda tidak patut menyimpannya di dalam bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat beberapa jenama dehydroemetine yang lain yang cara penyimpanannya berbeza. Adalah penting untuk membaca arahan penyimpanan pada pakej produk, atau bertanya dengan ahli farmasi. Untuk keselamatan, anda patut hindarkan semua ubat daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam dehydroemetine ke dalam mangkuk tandas atau buangnya ke dalam longkang melainkan diarah sedemikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila sudah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Sila berunding dengan ahli farmasi untuk maklumat penuh bagaimana hendak membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Dehydroemetine?

Sebelum menggunakan ubat ini, anda perlu memberitahu doktor jika:

  • Anda hamil atau menyusukan anak. Ini adalah kerana sebelum anda melahirkan anak atau menyusukan anak, anda cuma boleh mengambil ubat yang disarankan oleh doktor sahaja.
  • Anda mengambil ubat-ubat yang lain. Ini termasuklah ubat-ubat yang anda beli tanpa perlu preskripsi, seperti herba dan ubat-ubat pelengkap.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan-bahan aktif atau tidak aktif dalam dehydroemetine atau ubat-ubat yang lain.
  • Anda menghidap penyakit-penyakit yang lain, kecacatan, atau keadaan kesihatan.

Jangan mengambilnya jika individu menderita daripada sakit jantung, masalah buah pinggang atau penyakit yang berkaitan dengan saraf dan otot.

Kadar jantung dan tekanan darah perlu dipantau dengan teliti ketika rawatan.

Anda perlu berhenti mengambil ubat ini selepas melahirkan.

Adakah selamat untuk mengambil Dehydroemetine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Masih tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai keselamatan menggunakan dehydroemetine ketika hamil dan menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda selalu untuk mempertimbangkan faedah-faedah yang berpotensi dan risiko-risiko sebelum mengambil dehydroemetine.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Dehydroemetine?

Sebahagian kesan sampingan yang boleh terjadi ketika menggunakan ubat ini, adalah:

  • Loya
  • Muntah
  • Degupan jantung yang tidak normal
  • Cirit birit
  • Sakit dada
  • Sakit kepala

Namun bukan semua yang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat kesan-kesan sampingan yang tidak disenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa- apa kesan sampingan, sila berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Dehydroemetine?

Dehydroemetine mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindakbalas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Dehydroemetine?

Dehydroemetine mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Dehydroemetine?

Dehydroemetine boleh bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini akan memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor anda dan ahli farmasi tahu mengenai keadaan kesihatan semasa anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Decaquinon yang disyorkan untuk dewasa?

Ubat ditentukan pada kadar 1 mg/kg berat badan sehari dalam masa 6-10 hari. Selalunya guna 10-20 mg, 3 kali sehari atau suntikkan 1 ampul (60 mg) sehari ke dalam otot.

Pada berat sederhana semasa amebiasis usus ditentukan dengan  10 mg, 3 kali sehari, dan penyakit yang berat ditingkatkan kepada dos 180 mg sehari.

Apakah dos Decaquinon yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang disyorkan masih belum ditetapkan untuk pesakit kanak-kanak. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah sangat penting untuk betul-betul memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Decaquinon

Dehydroemetine boleh didapati dengan dos yang disyorkan dalam bentuk dan kekuatan seperti berikut:

  • Dehydroemetine tablet: 10 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos dehydroemetine, sila ambilnya dengan secepat yang mungkin. Walaubagaimanapun, jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos anda seperti biasa yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua kali dos.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gastrik Bukan Sekadar Angin Dalam Perut, Ini 4 Punca Kenapa Ia Berlaku & 11 Cara Merawatnya

    Anda selalu rasa perut masuk angin, loya dan selalu sendawa kalau lambat makan? Itu mungkin tanda gastrik angin. Ini 3 cara hilangkan gastrik angin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus, Gastrik 03/09/2019 . 5 minit bacaan

    Gastrik, Pembedahan Gastric Sleeve dan Diet Gastric Sleeve

    Apabila pesakit hadir dengan rasa sakit perut atau gastrik, doktor akan mula cuba untuk mencari penyebab organik seperti ulser, keradangan dan kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/07/2019 . 8 minit bacaan

    Tip Mengawal Asid Perut Ketika Puasa

     Minum banyak air boleh menipu perut untuk berfikir anda kenyang, tetapi ia juga boleh menipu menghasilkan asid tambahan untuk mencerna makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/05/2019 . 2 minit bacaan

    Gastrik: Bagaimana Ingin Menguruskannya?

    Gastrik secara amnya bukanlah satu keadaan kesihatan yang berbahaya. Namun, ia masih berpotensi menyebabkan beberapa komplikasi seperti: Ulser perut dan duodenum. Pendarahan perut dan muntah darah. Kanser perut. Keadaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 12/09/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pantang larang gastrik

    Jangan Suka Tahan Lapar Sampai Pitam, Pesakit Gastrik Kena Patuhi 6 Pantang Larang Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan
    9-makanan-untuk-penghidap-gastrik

    Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/04/2020 . 3 minit bacaan
    berat-badan-turun

    Berat Badan Turun 50 kg? Biar Betul!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/10/2019 . 3 minit bacaan
    Gastrik Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai

    Anda Gastrik? Ketahui Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/09/2019 . 3 minit bacaan