Controloc (pantoprazole)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Controloc® (pantoprazole) ?

Controloc adalah ubat yang mengandungi bahan aktif ‘pantoprazole’ yang biasanya digunakan untuk rawatan jangka pendek simptom refluks asid pada orang dewasa. Refluks asid adalah apabila asid yang dihasilkan di dalam perut berpindah ke dalam tekak, menyebabkan pedih ulu hati dan regurgitasi asid (asid mengalir ke dalam mulut).

Bagaimana saya boleh mengambil Controloc® (pantoprazole)?

Ambil melalui mulut dan seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Ambil 1 jam sebelum makan. Telan secara keseluruhan, jangan mengunyah atau menghancurkannya.

Gunakan Controloc seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Semak label pada ubat untuk mendapatkan arahan yang tepat.

Controloc hanya boleh digunakan untuk masa yang singkat (7 hingga 10 hari) sehingga anda dapat mengambil ubat melalui mulut. Bincangkan sebarang soalan atau kebimbangan dengan doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan Controloc® (pantoprazole)?

Controloc adalah yang terbaik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat beberapa jenama Controloc yang mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau bertanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Controloc di tandas atau ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Controloc® (pantoprazole)?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan doktor anda sekiranya:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda memberi bayi anda makan, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan bahan-bahan Controloc atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan kesihatan atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat jika digunakan ketika hamil atau menyusu?

Tidak terdapat maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Controloc semasa mengandung dan menyusu. Sila rujuk dengan doktor anda untuk mempertimbang manfaat dan risiko yang berpotensi sebelum mengambil ubat ini. Controloc adalah kategori risiko kehamilan X, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti:

  • A= tiada risiko
  • B= tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=mungkin ada sesetengah risiko
  • D=bukti positif kehadiran risiko
  • X= dilarang
  • N= tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh saya dapati daripada Controloc® (pantoprazole)?

Kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku ketika menggunakan ubat ini termasuk :

  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Kesukaran bernafas
  • Terasa ketat dan sesak di dada
  • Bengkak mulut, muka, bibir, tekak, atau lidah
  • Suara serak yang luar biasa
  • Najis berdarah dan berair
  • Kesakitan tulang
  • Sakit dada
  • Denyutan jantung yang laju dan tidak teratur.  
  • Demam , menggigil, atau sakit tekak
  • Sakit
  • Kemerahan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Interaksi

Apa ubat-ubatan boleh berinteraksi dengan Controloc® (pantoprazole)?

Controloc mungkin berinteraksi dengan ubat lain yang sedang anda ambil, yang boleh mengubah cara ubat tersebut berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat, anda harus menyenaraikan semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan maklumat ini dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini seperti?

  • Diuretik (contohnya, furosemide, hydrochlorothiazide) kerana risiko tahap magnesium rendah dalam darah  mungkin meningkat.
  • Pencair darah (contohnya, warfarin), digoxin, methotrexate, atau saquinavir kerana risiko kesan sampingan mereka boleh ditingkatkan oleh Controloc (pantoprazole).
  • Ampicillin, atazanavir, bosutinib, clopidogrel, dasatinib, erlotinib, indinavir, iron, itraconazole, ketoconazole, mycophenolate, nelfinavir, nilotinib, posaconazole, rilpivirine, atau sorafenib kerana keberkesanannya boleh dikurangkan oleh Controloc.

Adakah makanan atau alkohol berinteraksi dengan Controloc® (pantoprazole)?

Controloc mungkin berinteraksi dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat berkerja atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk sebarang potensi interaksi makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang boleh berinteraksi dengan Controloc® (pantoprazole)?

Controloc mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memperburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bekerja . Adalah penting untuk sentiasa membenarkan doktor dan ahli farmasi anda tahu semua maklumat berkaitan keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Kadar kalium dan magnesium darah rendah
  • Kadar vitamin B12 darah rendah atau kekurangan vitamin B12
  • Masalah hati
  • Kanser perut dan usus
  • Kadar zink darah rendah
  • Osteoporosis (tulang lemah)
  • Sejarah keluarga osteoporosis
  • Faktor risiko lain bagi osteoporosis (cth merokok, kurang nutrisi)

Penggunaan / Dos

 Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA rujuk dengan doktor anda sebelum menggunakan ubat  Controloc® (pantoprazole).

Berapakah dos Controloc® (pantoprazole) untuk orang dewasa?

Esofagitis Erosif:

Dos yang disyorkan adalah 40 mg secara oral sekali sehari.
Tempoh terapi adalah 8 minggu.

Penyakit Gastroesofageal Refluks:
Dos yang disyorkan adalah 40 mg secara oral sekali sehari.
Tempoh terapi adalah 8 minggu.

Sindrom Zollinger-Ellison:
Dos yang disyorkan adalah 40 mg secara oral 2 kali sehari.
Dos maksimum ialah 240 mg / hari

Berapakah dos Controloc® (pantoprazole) untuk kanak-kanak?

Esofagitis Erosif – 5 tahun ke atas:
15 hingga kurang daripada 40 kg, dos yang disyorkan adalah 20 mg secara oral sekali sehari.

40 kg dan lebih besar, dos yang disyorkan adalah 40 mg secara oral sekali sehari.
Tempoh terapi adalah sehingga 8 minggu.

Penyakit Refluks Gastroesofageal – 5 tahun ke atas:
15 hingga kurang daripada 40 kg, dos yang disyorkan adalah 20 mg secara oral sekali sehari.

40 kg dan lebih besar, dos yang disyorkan adalah 40 mg secara oral sekali sehari.
Tempoh terapi adalah sehingga 8 minggu.

Bagaimanakah Controloc® (pantoprazole) boleh didapati?

Controloc boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan?

Sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan, hubungi perkhidmatan kecemasan setempat atau pergi ke bilik kecemasan di hospital yang terdekat dengan anda.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas dos Controloc, ambil secepat mungkin. Walau bagaimanapun, jika sudah hampir masanya untuk dos anda seterusnya, langkau dos yang terlepas dan ambil dos biasa seperti yang dijadualkan. Jangan ambil dos berganda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sifilis adalah

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    tanda penyakit rabies

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan