backup og meta

Apo Doxy

Kegunaan

Apa itu Apo Doxy (doxycycline)?

Apo-doxy dikenali sebagai antibiotik tetrasiklin. Ia berfungsi dengan menghentikan pertumbuhan bakteria.

Ia biasanya digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan bakteria, termasuk jangkitan paru-paru (contohnya, radang paru-paru, bronkitis), jangkitan saluran kencing (misalnya Sistitis), jangkitan tekak (seperti Tonsilitis), jangkitan kulit, dan jangkitan seksual. Ubat ini juga digunakan untuk mencegah malaria.

Apo-doxy boleh disarankan untuk kegunaan lain; rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Apo Doxy (doxycycline)?

Ubat ini perlu diambil dengan banyak air semasa berdiri atau duduk tegak bagi mengurangkan risiko kecederaan kepada esofagus.

Jangan baring selama sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas mengambil ubat.

Ubat ini tidak boleh diambil dengan ubat antasid atau zat besi, kerana ini boleh mengganggu keberkesanannya.

Bagaimana saya menyimpan Apo Doxy (doxycycline)?

Apo-doxy (doxycycline) paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Apo-doxy (doxycycline) di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Apo-doxy (doxycycline) yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Apo-doxy (doxycycline) ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Apo Doxy (doxycycline)?

Sebelum mengambil Apo-doxy (doxycycline), sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Apo-doxy (doxycycline) atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Apo Doxy (doxycycline) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah ubat yang diklasifikasikan dalam kategori risiko kehamilan D menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

A=Tiada risiko;

B=Tiada risiko dalam beberapa kajian

C=Mungkin ada risiko

D=Bukti risiko yang positif

X=Dikontrapenunjukan

N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Apo Doxy (doxycycline)?

Apo-doxy boleh menyebabkan kesan sampingan berikut, seperti:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit (ringan)
  • Kemerahan
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Kesakitan atau kesukaran menelan
  • Perut tidak selesa
  • Perubahan warna gigi
  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Kulit menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari
  • Bunyi berdering atau berdesing (dengung) di telinga
  • Tanda-tanda radang usus (contohnya Demam yang muncul selepas mula mengambil ubat dan cirit-birit berair dan parah, yang juga mungkin berdarah)
  • Ruam
  • Sakit mulut atau lidah
  • Perubahan dalam penglihatan
  • Kulit atau mata kuning

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Apo Doxy (doxycycline)?

Apo-doxy (doxycycline) boleh bertindak balas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindak balas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Sesetengah produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • Ubat retinoid yang diambil melalui mulut (seperti acitretin, isotretinoin)
  • Ubat Barbiturat (seperti phenobarbital)
  • Ubat pencair darah (seperti warfarin)
  • Digoxin
  • Ubat anti-sawan (seperti carbamazepine, phenytoin)
  • Strontium
  • Vaksin bakteria hidup

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Apo Doxy (doxycycline)?

Apo-doxy (doxycycline) boleh bertindak balas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindak balas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Apo Doxy (doxycycline)?

Apo-doxy (doxycycline) mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. tindak balas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.

Terutamanya jika anda menghadapi masalah menelan atau masalah esofagus (seperti hernia hiatus atau refluks / pedih ulu hati).

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Apo Doxy (doxycycline) yang disyorkan untuk dewasa?

Dos permulaan adalah 200 mg / hari dibahagikan kepada dua kali sehari pada hari pertama.

Dos pengekalan adalah 100-200 mg / hari setiap hari atau dibahagikan 2 kali sehari.

Apakah dos Apo Doxy (doxycycline) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

≤8 tahun: Tidak disyorkan untuk jangkitan tahap pertengahan hingga sederhana; boleh menyebabkan perubahan warna gigi dan hipoplasia enamel semasa pertumbuhan gigi.

> 8 tahun, <45 Kg

  • Dos muatan ialah 4.4 mg / kg / hari setiap 12 jam; pada hari pertama.
  • Dos pengekalan adalah 2.2-4.4 mg / kg / hari setiap hari.

> 8 tahun, ≤45 kg

  • 100 mg setiap 12 jam atau 50 mg setiap 6 jam; pada hari pertama.
  • Dos pengekalan adalah 100 mg / hari sebagai dos tunggal atau 50 mg setiap 12 jam.

Apakah bentuk penyediaan Apo Doxy (doxycycline)

Apo-doxy terdapat dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Apo-doxy Kapsul 100mg
  • Apo-doxy Tablet 100mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Apo-doxy, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Apo-Doxy. http://www.medbroadcast.com/drug/getdrug/apo-doxy. Accessed January 05, 2017.

Doxycycline. http://www.webmd.com/drugs/2/drug-8648-7073/doxycycline-hyclate/details#precautions. Accessed January 05, 2017.

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan