backup og meta

Albutein

Kegunaan

Apa itu Albutein® (albumin)?

Albutein ® biasanya digunakan untuk merawat:

  • Kehilangan darah di dalam badan
  • Terbakar
  • Tahap protein yang rendah disebabkan pembedahan atau kegagalan hati
  • Sebagai ubat tambahan dalam pembedahan pintasan

Albutein ® boleh disarankan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Albutein® (albumin)?

Albutein ® disuntik ke dalam vena di lengan dan sentiasa diberikan di bawah pengawasan langsung doktor, biasanya di hospital atau di klinik. Dos dan kadar pemberian ubat berbeza mengikut keperluan individu untuk albumin plasma.

Bagaimana saya menyimpan Albutein® (albumin)?

Albutein ® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Albutein ® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Albutein ® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Albutein ® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Albutein® (albumin)?

Sebelum mengambil Albutein ®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Albutein ® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Albutein® (albumin) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Albutein ®. Albutein ® ubat yang diklasifikasikan dalam kategori risiko kehamilan C menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

A=Tiada risiko;

B=Tiada risiko dalam beberapa kajian

C=Mungkin ada risiko

D=Bukti risiko yang positif

X=Dikontrapenunjukan

N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Albutein® (albumin)?

Albutein ® boleh menyebabkan kesan sampingan berikut, seperti:

  • Kejutan anafilaktik
  • Kegagalan jantung
  • Edema pulmonari
  • Hipotensi
  • Takikardia
  • Muntah
  • Urtikaria
  • Ruam
  • Sakit kepala
  • Menggigil
  • Demam
  • Kulit kemerahan
  • Loya

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Albutein® (albumin)?

Albutein ® boleh bertindakbalas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindakbalas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Seduhan/infusi Albutein ® tidak boleh dicampurkan dengan infusi lain:

  • Sel darah merah padat
  • Larutan yang mengandungi alkohol
  • Larutan yang mengandungi asid amino
  • Larutan yang mengandungi hidrolisat protein
  • Darah penuh

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Albutein® (albumin)?

Albutein ® boleh bertindakbalas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindakbalas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Albutein® (albumin)?

Albutein ® mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.

Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Kegagalan jantung
  • Kegagalan buah pinggang
  • Anemia kronik stabil

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Albutein® (albumin) yang disyorkan untuk dewasa?

Albutein ® 5%

Hipovolemia:

Dos awal adalah 20 g. Jika kestabilan hemodinamik tidak dicapai dalam masa 15 hingga 30 minit, dos tambahan boleh diberikan. Hemodilusi boleh mengikuti pemberian Albutein 5%. Anemia yang disebabkan oleh pendarahan perlu diperbetulkan oleh pemberian sel darah merah serasi atau darah penuh yang serasi

Untuk kegagalan hati akut: Dos awal ialah 12 hingga 25 g. Kadar infusi ditentukan adalah 1-2 mL seminit biasanya.

Untuk dialisis buah pinggang: Dos permulaan tidak boleh melebihi 20 g dan pesakit perlu diperhatikan dengan teliti untuk tanda-tanda terlebih cecair.

Prosedur pintasan Kardiopulmonari:

Dos permulaan adalah 25 g. Jumlah tambahan boleh diberi seperti yang ditentukan secara klinikal.

Hipoalbuminemia:

Dos yang disyorkan ialah 50 hingga 75 g.

Untuk hipoproteinemia pra dan pasca pembedahan : 50 hingga 75 g. Dalam luka bakar, terapi biasanya dimulakan dengan pemberian sejumlah besar larutan kristaloid untuk mengekalkan jumlah plasma. Selepas 24 jam: dos awal 25 g dan pelarasan dos untuk mengekalkan kepekatan plasma protein sebanyak 2.5 g setiap 100 mL atau kepekatan protein serum sebanyak 5.2 g setiap 100 ml.

Protein hilang ke ruang ketiga disebabkan oleh jangkitan: dos awal ialah 50 hingga 100 g. Kadar infusi 1-2 mL seminit biasanya ditunjukkan dengan ketiadaan renjatan. Rawatan perlu sentiasa berdasarkan kepada tindak balas hemodinamik.

Pertukaran plasma:

Kadar dos dan kadar seduhan Albutein 5% yang diinfuskan hendaklah dititrasikan kepada jumlah plasma yang dikeluarkan semasa prosedur.

Albutein ® 25%

Hipovolemia

Dos permulaan adalah 25 g. Jika kestabilan hemodinamik tidak dicapai dalam masa 15 hingga 30 minit, dos tambahan boleh diberikan. Hemodilusi boleh mengikuti pemberian Albutein ® 25%. Anemia yang disebabkan oleh pendarahan perlu diperbetulkan oleh pemberian sel darah merah serasi atau darah penuh yang serasi.

Untuk kegagalan hati akut: dos awal ialah 12 hingga 25 g. Kadar infusi ditentukan biasanya 1-2 mL seminit

Untuk dialisis buah pinggang, dos awal tidak melebihi 25 g dan pesakit perlu diperhatikan dengan teliti untuk tanda-tanda terlebih bendalir.

Prosedur pintasan Kardiopulmonari:

Dos permulaan adalah 25 g. Jumlah tambahan boleh diberi seperti yang ditentukan secara klinikal.

Nefrosis akut:

Dos yang disyorkan adalah 25 g bersama-sama dengan diuretik sekali sehari selama 7-10 hari.

Hipoalbuminemia

Dos yang disyorkan ialah 50 hingga 75 g.

Untuk hypoproteinemia sebelum dan selepas pembedahan: Dos yang disyorkan ialah 50 hingga 75 g.

Dalam luka terbakar, terapi biasanya bermula dengan pemberian sejumlah besar larutan kristaloid untuk mengekalkan jumlah plasma. Selepas 24 jam, dos awal adalah 25 g dan pelarasan dos untuk mengekalkan kepekatan plasma protein sebanyak 2.5 g setiap 100 mL atau kepekatan protein serum sebanyak 5.2 g setiap 100 mL.

Protein hilang ke ruang ketiga disebabkan oleh jangkitan: dos awal ialah 50 hingga 100 g. Kadar infusi 1-2 mL seminit biasanya ditentukan dengan ketiadaan renjatan. Rawatan perlu sentiasa berdasarkan kepada tindak balas hemodinamik.

Sindrom hiperstimulasi ovari:

Dos yang disyorkan adalah 50 g hingga 100 g lebih dari 4 jam dan diulang pada sela 4-12 jam yang diperlukan, apabila infusi larutan garam normal gagal mencapai atau mengekalkan kestabilan hemodinamik dan pengeluaran air kencing

Sindrom gawat nafas dewasa (ARDS):

Dos yang disyorkan adalah 25 g lebih 30 minit dan diulang 8 jam selama 3 hari, jika perlu.

Pencegahan kehilangan isipadu pusat selepas parasentesis disebabkan oleh asites cirrhotic:

Dos yang disyorkan ialah 8 g untuk setiap 1000 ml cecair asites dikeluarkan.

Apakah dos Albutein® (albumin) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Albutein ® 25%

Hiperbilirubinemia neonatal:

Dos yang disyorkan adalah 1 g berat badan setiap kilogram sebelum atau semasa penukaran darah.

Apakah bentuk penyediaan Albutein® (albumin)?

Albutein ® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Larutan Albutein ® 5% USP tersedia sebagai larutan yang mengandungi 5% albumin manusia.
  • Larutan 25% Albutein ® USP tersedia sebagai larutan yang mengandungi 25% albumin manusia.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Albutein ®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Albutein 5%. https://www.grifols.com/documents/10192/58291/ft_albutein_5_eeuu_es/b5b68275-d236-4da9-9704-17fc5d4704f7. Accessed January 05, 2017.

Albumin (Human) U.S.P Albutein® 25% Solution. https://www.grifols.com/documents/10192/59323/ft_albutein_25_eeuu_en/1e0379ca-0cb3-49d7-837f-ab73b5b4cf7c. Accessed January 05, 2017.

Albutein. http://www.medbroadcast.com/drug/getdrug/albutein. Accessed January 05, 2017.

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan