Star Anise

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan star anise?

Star anise adalah herba. Biji dan minyaknya digunakan untuk membuat ubat.

Star anise biasanya digunakan untuk:

  • Infeksi saluran pernafasan, pembengkakkan paru-paru (inflamasi), batuk, bronkitis, selesema (flu), selesema babi, dan selesema burung
  • Masalah saluran pencernaan termasuk gangguan perut, gas, kehilangan selera makan, dan bayi kolikin
  • Meningkatkan aliran susu ibu, mempromosikan haid, dan memudahkan kelahiran anak
  • Meningkatkan pemacu seksual (libido) dan merawat gejala “menopaus lelaki”

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, telah diketahui bahawa biji star anise mengandungi bahan-bahan yang mungkin mempunyai aktiviti terhadap bakteria, yis, dan kulat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil star anise?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap star anise atau ubatan atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau masalah kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Star anise mungkin selamat apabila digunakan sebagai perasa dalam makanan. Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada ia selamat digunakan sebagai ubat. Pastikan anda menggunakan star anise China, bukan star anise Jepun, yang beracun.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan susu: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan star anise jika anda hamil atau menyusu. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan.

Kanak-kanak: Adalah tidak selamat untuk menggunakan star anise pada bayi. Sangat sukar untuk memastikan produk yang anda gunakan adalah star anise China yang tulen, tidak tercemar dengan star anise Jepun yang beracun. Star anise China tulen biasanya digunakan pada bayi dan mempunyai sejarah penggunaan yang selamat. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi yang diberikan teh star anise telah menunjukkan kerengsaan, muntah, dan sawan. Gejala-gejala ini mungkin dikaitkan dengan star anise yang telah dicampur dengan star anise Jepun toksik (Illicium anisatum). Melainkan jika ia dapat disahkan bahawa teh star anise tidak mengandungi star anise Jepun, pengambilan teh harus dielakkan pada bayi. Tidak cukup maklumat diketahui tentang keselamatan star anise untuk kanak-kanak yang lebih tua.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan star anise?

Mengambil star anise boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang lain, termasuk: kerengsaan, muntah, dan sawan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan star anise?

Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herbal anda sebelum menggunakan Star Anise.

Apakah dos star anise yang biasa?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan star anise

Star anise boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Star anise mentah
  • Star anise kering
  • Ekstrak cecair star anise

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Proses ovulasi adalah perkara normal berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Anda sakit tekak berpanjangan? Adakah tekak anda rasa gatal-gatal dan sakit? Hati-hati, anda mungkin sebenarnya sedang mengalami tindak balas alergi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan duduk terlalu lama

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    pil diet

    Wow! Makan Pil Diet Berkesan Rawat Masalah Obesiti, Tapi Ada Syarat Kena Patuhi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    terapi insulin

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    warna zakar

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan