Kegunaan
Apakah kegunaan MSM?
Methylsulfonylmethane (MSM) adalah bahan kimia yang ditemui di dalam tumbuhan hijau, haiwan dan manusia.
MSM diambil melalui mulut atau disapu pada kulit untuk sakit kronik, osteoartritis, keradangan sendi, reumatoid artritis, osteoporosis, keradangan di sekeliling sendi (bursitis), tendinitis, benjolan di sekitar tendon (tenosynovitis), kesakitan muskuloskeletal, kekejangan otot, keadaan kulit yang mengeras yang dipanggil skleroderma, parut, tanda regangan kulit (stretch marks), keguguran rambut, kedutan, perlindungan daripada selaran matahari / angin, keradangan mata, kebersihan mulut, penyakit gusi, luka, dan calar (mempercepatkan penyembuhan luka).
Ia juga diambil oleh sesetengah orang melalui mulut untuk melegakan tindakbalas alergi, sembelit yang berpanjangan, “sour stomach”, ulser, divertikulosis, sindrom pra haid (PMS), menceriakan mood / emosi, obesiti, peredaran yang tidak lancar, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi.
Selain itu, MSM juga dimakan untuk mengawal diabetes jenis 2, masalah hati, penyakit Alzheimer, dengkur sewaktu tidur, masalah peparu (emfisema dan pneumonia), sindrom kelesuan kronik/chronic fatigue syndrome, kecelaruan autoimun (SLE), jangkitan HIV dan AIDS,dan kanser (kanser payu dara dan kanser kolon).
Akhir sekali, MSM diambil melalui mulut untuk keradangan mata, keradangan permukaan mukosa, masalah sendi Temporomandibular (TMJ), kekejangan kaki, migrain, sakit kepala, hangover (sakit kepala kesan daripada pengambilan alkohol), jangkitan parasit pada usus dan saluran urogenital (seperti Trichomonas Vaginalis dan Giardia), jangkitan yis, gigitan serengga, keracunan radiasi dan untuk merangsang sistem imun
Bagaimana ia berfungsi?
Kajian masih kurang tentang bagaimana MSM berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, telah diketahui bahawa MSM membekalkan sulfur untuk tubuh badan menghasilkan bahan kimia yang lain.
Langkah berjaga-jaga & Amaran
Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil MSM?
Sebelum mengambil MSM, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba jika anda:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
- Anda mempunyai alahan terhadap bahan MSM, ubat atau suplemen lain.
- Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
- Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.
Kawalan terhadap pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding dengan kawalan terhadap pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Adakah MSM selamat digunakan?
MSM selamat digunakan oleh kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut sehingga tiga bulan atau apabila disapu pada kulit dengan campuran bahan-bahan lain seperti as silymarin atau hyaluronic acid dan minyak pokok teh sehingga 20 hari.
Langkah berjaga-jaga khas dan amaran
Wanita hamil dan menyusukan bayi
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan MSM semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan dari penggunaannya.
Vena Varikos masalah peredaran darah yang lain (chronic venous insufficiency):
Menyapu losyen yang mengandungi MSM pada bahagian bawah tubuh / kaki boleh meningkatkan bengkak dan kesakitan bagi mereka yang ada Vena Varikos dan masalah peredaran darah yang lain.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan MSM?
Bagi sesetengah orang, MSM boleh menyebabkan rasa loya, cirit birit, kembung perut, kelesuan, sakit kepala, insomnia, gatal-gatal, atau simptom alahan yang akan menjadi semakin teruk.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor anda.
Tindak balas
Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan MSM?
MSM boleh bertindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Penggunaan /Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Apakah dos MSM yang biasa digunakan?
Dos berikut telah dikaji secara saintifik:
Melalui mulut:
- Untuk kecederaan otot akibat bersenam: 50 mg/kg MSM di dalam 200 mL air yang diambil sekali sehari selama 10 hari.
Untuk osteoartritis:
- 1.5 sehingga 6 grams MSM yang dibahagikan kepada tiga dos setiap hari sehingga 12 minggu.
- 5 gram MSM ditambah dengan 7.2 mg boswellic acid diambil setiap hari selama 60 hari juga boleh diguna.
- Satu kapsul gabungan kolagen jenis II dengan MSM, cetyl myristoleate, lipase, vitamin C, kunyit, dan bromelain (AR7 Joint Complex, Robinson Pharma, Orange County, CA), diambil setiap hari selama12 minggu.
- 1.5 grams MSM diambil setiap hari ditambah dengan 1.5 gram glucosamine yang dibahagikan kepada tiga dos setiap sehari selama 2 minggu.
Sapu pada kulit:
- Untuk hemoroid : gel spesifik yang mengandungi hyaluronic acid, minyak pokok teh, dan MSM (Proctoial, BSD Pharma, Italy), disapu setiap hari selama 14 hari.
Dos untuk MSM mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor tentang dos yang sesuai.
Apakah bentuk penyediaan MSM?
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
- Kapsul MSM 1000mg
- Kristal MSM
- Serbuk MSM
[embed-health-tool-bmi]