Job’s Tears

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Job’s Tears?

Job’s Tears adalah sejenis tumbuhan rumpun bercabang dan berdaun lebar. Ianya tumbuh secara semulajadi di China, India, Pakistan, Sri Lanka dan Malaysia. Ia dianggap sebagai makanan yang berkhasiat di negara-negara asia.

Job’s Tears digunakan untuk merawat demam jerami, paras kolesterol yang tinggi, ketuat, artritis, obesiti dan jangkitan pada saluran pernafasan. Selain itu, ia juga diambil untuk merawat penyakit toksoplasmosis yang berpunca daripada parasit.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Job’s Tears mengandungi bahan kimia yang boleh menghalang perkembangan sel kanser. Terdapat juga di dalamnya bahan kimia lain yang bertindak sebagai antioksida serta mampu mengurangkan pembiakan bakteria dan parasit, akan tetapi kebanyakan kajian yang dijalankan untuk herba ini dilakukan ke atas haiwan dan  di dalam tabung uji sahaja. Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi ke atas manusia. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, terdapat beberapa kajian menunjukkan kandungan serat di dalam Job’s Tears boleh mengurangkan kadar serapan lemak dan kolesterol oleh tubuh badan.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Job’s Tears?

Sebelum mengambil Job’s Tears, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap Job’s Tears atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat digunakan?

Job’s Tears adalah selamat sekiranya diambil dalam jumlah makanan. Namun, masih tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui akan keselamatan penggunaan pil Job’s Tears sebagai suplemen.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Wanita hamil dan menyusukan bayi: Ia barangkali tidak selamat untuk digunakan sewaktu kehamilan. Penyelidikan yang dilakukan ke atas haiwan menunjukkan bahawa ia boleh meracuni embrio yang sedang berkembang dan juga boleh menyebabkan rahim untuk megecut. Hal ini berbahayakan kepada bayi di dalam kandungan.

Bagi wanita yang menyusukan bayi pula, tiada siapa yang tahu akan keselamatan penggunaan herba ini untuk mereka.  Oleh itu, ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.

Pembedahan: Job’s Tears boleh merendahkan paras gula dalam darah. Ia boleh menjejaskan kawalan gula dalam darah semasa dan selepas pembedahan. Oleh itu, elakkan mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan  Job’s Tears?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang mungkin berlaku?

Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini termasuklah: Ubat untuk merawat diabetes / kencing manis (Ubat anti-diabetes).

Job’s Tears boleh merendahkan paras gula dalam darah sebagaimana ubat-ubat yang digunakan untuk merawat diabetes. Pengambilan herba ini bersama dengan ubat untuk diabetes boleh menyebabkan paras gula jatuh ke tahap yang merbahaya.  Periksa paras gula anda dengan teliti, sekiranya perlu, dos ubat untuk diabetes mungkin perlu diubah.

Ubat-ubat yang digunakan untuk merawat diabetes termasuklah glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), and others.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Job’s Tears yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan Job’s Tears yang boleh didapati?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Esktrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Hilang ingatan atau gangguan memori cenderung untuk berlaku seiring dengan peningkatan usia manusia. Oleh itu, elak daripada melakukan 9 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Boleh Makan Nasi? Percaya Atau Tidak, 10% Orang Asia Sebenarnya Alergi Terhadap Nasi!

    Tahukah anda, nasi boleh cetuskan reaksi alergi dalam kalangan pemakannya? Alergi nasi sebenarnya berlaku kepada 10% orang Asia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

    Ada kecederaan berlaku di rumah? Untuk pastikan luka cepat kering, cuba gunakan 5 bahan ini untuk rawat luka. Pasti berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

    Pernahkah anda rasa gatal pada bahagian kulit sekitar tapak tangan anda? Orang dulu-dulu kata ini tanda hendak dapat duit, tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    wanita beronani

    Gemar Beronani Punca Wanita Jadi Mandul? Jangan Cepat Sangat Percaya Mitos!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah ereksi zakar

    Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan penyakit jantung

    Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    proses bersalin normal

    Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan