- Pola tidur-bangun yang konsisten
Tidur lewat, kerap berjaga malam atau bangun awal boleh menyebabkan kurang / deprivasi tidur dan hutang tidur berkumpul.
Punca tambahan bagi kurang / deprivasi tidur termasuk masalah perubatan seperti depresi, apnea sekatan tidur, ketidakseimbangan hormon dan penyakit kronik yang lain.
Faktor-faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kurang / deprivasi tidur?
Rujuk dengan doktor anda untuk maklumat lanjut mengenai faktor-faktor risiko bagi kurang / deprivasi tidur.
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit kurang / deprivasi tidur didiagnosis?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit kurang / deprivasi tidur dirawat?
Rawatan bagi kurang / deprivasi tidur adalah untuk memenuhi keperluan biologikal tidur, mengelakkan daripada kurang / deprivasi dan “bayar balik” hutang tidur yang terkumpul. Hanya satu cara sahaja yang boleh menghilangkan hutang tidur iaitu dengan mendapatkan tidur yang cukup. Bergantung kepada jumlah hutang tidur, ia akan mengambil masa untuk betul-betul pulih.
Bagi membayar balik hutang tidur, penting untuk mula mendapatkan tidur yang anda perlu, serta jam tambahan atau setiap malam sehingga hutang langsai. Selepas itu, jumlah tidur yang diperlukan boleh disambung semula tanpa jam tambahan.
Jika hutang tidur anda adalah beratus-ratus atau bahkan beribu jam, perkara ini masih boleh berjaya diselesaikan dengan usaha untuk menyusun semula obligasi, dan memberi masa yang cukup untuk sembuh. Anda akan tahu bahawa anda telah membayar balik hutang tidur anda apabila anda bangun dengan rasa segar dan tidak berasa terlalu mengantuk semasa waktu siang.
Jika kurang / deprivasi tidur masih berterusan dan simptom-simptom negatif berlanjutan meskipun anda telah mempraktik kaedah tidur bersih yang baik, anda disarankan untuk berunding dengan pembekal rawatan kesihatan anda.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kurang / deprivasi tidur?
Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi kurang / deprivasi tidur:
- Tidur apabila sudah letih
- Ikut rutin waktu tidur dan bangun dari tidur, pastikan waktu tersebut konsisten setiap hari dalam seminggu
- Elakkan daripada makan 2-3 jam sebelum tidur
- Jika tidak boleh tidur selepas 20 minit mencuba, pergi ke bilik lain dan cuba untuk tidur sehingga rasa mengantuk, kemudian kembali semula ke katil
- Selalu terlibat dalam senaman di siang hari
- Pastikan bilik tidur senyap, gelap dan bersuhu sejuk yang selesa
- Tutup alat elektronik apabila anda mahu tidur.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen