AWAS, Jangan Terlalu Selesa! Orang Kurus Yang Tidur Berdengkur BERPOTENSI Jadi GEMUK!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah tak anda tertanya-tanya, adakah masalah kegemukan yang menyebabkan seseorang itu berdengkur semasa tidur, atau ada sebab di sebaliknya?

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa mereka yang gemuk sahaja berisiko untuk mengalami masalah berdengkur.

Ataupun, bak kata orang dulu-dulu, mereka yang betul-betul kepenatan sahaja yang akan berdengkur.

Namun, tidak ramai yang tahu sebenarnya masalah berdengkur yang dialami oleh individu yang mempunyai BMI normal juga boleh menjurus kepada masalah kegemukan.

Ia merupakan satu kitaran patologi yang tidak berpenghujung jika masalah berdengkur tidak diatasi dengan segera.

Artikel ini akan membincangkan bagaimana masalah tidur berdengkur boleh menyebabkan anda gemuk dan sebaliknya.

Bagaimana masalah berat badan berlebihan menyebabkan anda tidur berdengkur?

gangguan ketika tidur

Seperti yang kita sedia maklum, masalah berat badan berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis keadaan kesihatan kronik.

Jika anda tidak menjaga pemakanan dan jarang bersenam, anda berisiko untuk mengalami masalah kegemukan.

Elemen kegemukan penting dalam masalah tidur berdengkur memandangkan ia bergantung kepada jumlah lemak yang terkumpul pada struktur yang melibatkan saluran pernafasan seperti leher dan sebagainya.

Sebagai contoh, lemak yang terkumpul pada bahagian leher boleh menekan saluran pernafasan atas terutamanya ketika anda sedang baring.

Perkara ini boleh menyebabkan anda lebih cenderung untuk berdengkur semasa tidur.

Kebanyakan soal selidik yang melibatkan risiko gangguan tidur apnea merangkumkan soalan berkenaan dengan saiz leher.

Walaupun elemen tersebut tidak selalunya dikaitkan dengan masalah berdengkur, tapi ia boleh memainkan peranan penting dalam proses patologi masalah tersebut.

Nilai melebihi 16 inci dianggap berisiko tinggi untuk mendapat masalah gangguan ketika tidur.

Selain daripada leher, jumlah dan lokasi lemak pada bahagian badan atas turut boleh menyebabkan masalah berdengkur.

Lebih teruk lagi jika seseorang itu buncit.

Lemak pada bahagian perut boleh menolak otot diafragma (otot pernafasan) ke atas menyebabkan lemak pada bahagian dada menekan tulang rusuk membuatkan ruang menjadi kecil.

Keadaan ini boleh menyebabkan isipadu peparu menurun.

Seperti yang anda sedia maklum, kapasiti peparu yang rendah boleh mengehadkan aliran udara menyebabkan seseorang itu lebih mudah berdengkur dan mengalami gangguan ketika tidur (apnea).

Bagaimana tidur berdengkur boleh menyebabkan seseorang itu gemuk?

gangguan ketika tidur

Bukan semua individu yang mengalami masalah tidur berdengkur itu gemuk.

Namun, keadaan tersebut boleh mempengaruhi kualiti tidur seterusnya meningkatkan risiko untuk anda gemuk melalui faktor-faktor tertentu.

Seperti yang penulis nyatakan di atas, masalah berat badan berlebihan lebih tertumpu kepada faktor pemakanan dan aktiviti fizikal.

Apabila seseorang itu tidur berdengkur, mereka lebih mudah untuk mendapat masalah tidak cukup tidur.

Tidak kiralah selama mana pun mereka tidur, apabila bangun mereka mudah untuk berasa penat.

Keadaan ini boleh mengubah tabiat pemakanan dan selera individu terbabit.

Sebagai contoh, mereka yang berasa penat oleh sebab tidur pada waktu malam yang tidak berkualiti lebih cenderung untuk mengambil air bergula tinggi (air tenaga, kopi dengan kandungan gula tinggi) untuk kekal aktif.

Bukan semua individu mempunyai ‘kemewahan’ masa untuk tidur bila-bila sahaja.

Maka apabila seseorang itu letih walaupun tidur lama, mereka akan cuba menggantikan tenaga yang hilang dengan pemakanan (kebanyakannya tidak sihat).

Persepsi mereka sudah berubah; disangkakan letih sebab lapar, rupa-rupanya sebab tidur tidak berkualiti.

Begitu juga dengan senaman. Jika anda letih kerana masalah berdengkur, adakah anda hendak bersenam?

Jawapannya mestilah tidak. Jika dilihat bersama dengan faktor kegemukan sebagai punca berdengkur, ia boleh membentuk satu kitaran yang tidak berpenghujung.

gangguan ketika tidur

Gangguan ketika tidur perlu ditangani lebih awal, jika tidakā€¦

Tiada satu pun aspek kesihatan badan yang boleh diambil ringan.

Badan manusia merupakan satu sistem yang kompleks dan setiap daripadanya berhubung menurut fenomena biologi dan hukum alam.

Berdengkur dan kenaikan berat badan sebagai contoh, kedua-duanya tidak beroperasi secara bersendirian. Mereka mempunyai kesan yang boleh menjurus kepada satu sama lain.

Apa yang lebih teruk lagi adalah masalah tersebut boleh menyebabkan wujudnya keadaan kesihatan lain sekiranya ia tidak dirawat.

Jika bukan berat badan berlebihan sekalipun, aliran udara yang berkurangan kesan daripada tekanan terhadap saluran pernafasan dan apnea tidur boleh membebankan organ jantung.

Kalau ditambah dengan obesiti, keadaan tersebut boleh menyebabkan masalah jantung, strok dan kencing manis.

Oleh sebab itulah penting bagi setiap individu yang mengalami masalah obesiti untuk berusaha menurunkan berat badan melalui pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif.

Banyak kajian berkaitan dengan risiko apnea tidur menunjukkan kesan positif sekiranya berat badan berjaya diturunkan dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus daripada berat asal.

Begitu juga dengan kaedah lain seperti pembedahan bariatrik, sekiranya anda dikategorikan sebagai obes teruk.

Walau apa cara sekalipun, penurunan berat badan boleh memberikan perubahan kepada tahap kesihatan anda dan menurunkan risiko apnea tidur.

Konklusi

Jika anda mengalami masalah tidur berdengkur atau anda berasa letih walaupun sudah tidur selama 7 hingga 9 jam, rujuk doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Secara umumnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh mengganggu kualiti tidur anda di malam hari.

Jika anda didiagnosis dengan masalah apnea tidur, pastikan anda mendapatkan rawatan dan amalkan gaya hidup sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sukar Nak Lelap? Cuba Teknik Ini Untuk Tidur Lena Dalam Masa 10, 60 & 120 SAAT

Manusia bukan mesin yang boleh terus berfungsi selagi mempunyai bateri, tubuh badan kita memerlukan tempoh masa untuk rehat dengan cara tidur waktu malam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 29/12/2020 . 3 minit bacaan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Tidur Tak Nyenyak Atau Sering Terjaga Waktu Malam? Ikut 6 Perkara Ini Agar Tiada Gangguan

Apa perlu kita buat jika tidur waktu malam asyik terjaga dan terganggu ya? Tenang, jom klik artikel ini untuk tahu cara atasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 27/10/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Tak Pasangan Complaint Anda Bising @ Ketawa Semasa Tidur? Jika Pernah, Ini Sebabnya…

Ketawa adalah reaksi spontan terhadap sesuatu yang kelakar dan mencuit hati. Namun, bagaimana pula jika anda tertawa saat tidur?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 05/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa punca tidur berdengkur

Tidur Berdengkur Tanda Tidur Lena? SALAH! Ada Kajian Kata Ia Berkait Dengan Genetik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
cara tidur pasangan berdengkur

Stresnya Sekatil Dengan Pendengkur, Nak Tidur Pun Susah! Usah Risau Lagi, Cuba 5 Tip Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
melelapkan mata

Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan

Mengejutkan! Gangguan Tidur Apnea Boleh Jadi Punca Mati Pucuk? Ini Dapatan Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan