Boleh Cuba Rawatan Untuk Penyakit Kulit Sopak, Caranya Jaga Makan & Ambil Vitamin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Vitiligo adalah keadaan autoimun di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dihancurkan, mengakibatkan tompok-tompok kulit berwarna cerah atau putih di mana-mana anggota badan, termasuk muka.

Vitiligo atau sopak adalah penyakit kulit yang dihidapi oleh 0.5% sehingga 2% penduduk dunia.

Satu perdua pesakit didapati menghidap penyakit ini sebelum berumur 20 tahun manakala satu pertiga pula mempunyai sejarah keluarga yang positif.

Tambah lagi, vitiligo dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti diabetes mellitus, tiroid, pernicious anemia dan penyakit Addison.

Terdapat 5 jenis vitiligo yang boleh dikenal pasti:

  • Bersegmen (segmental)
  • Umum (universal)
  • Acrofacial
  • Vulgaris
  • Focal

Vitiligo umum atau vulgaris adalah jenis sopak yang paling kerap berlaku dan diagnosis penyakit kebiasaannya dibuat secara klinikal.

Namun begitu, biopsi kulit (pemeriksaan cebisan kulit) boleh membantu dalam sesetengah kes bagi mendapatkan kepastian.

Wajar untuk penghidap penyakit vitiligo mengetahui cara rawatan semula jadi, dan apakah pilihan makanan serta gaya hidup yang dapat bantu mencegah atau berisiko memburukkan lagi keadaan ini.

Rawatan semula jadi vitiligo

What Is Vitiligo?

Menurut Vitiligo Support International, individu yang dilahirkan dengan kondisi genetik ini mungkin kekurangan tahap nutrien sihat yang tertentu.

Walau bagaimanapun, masih tidak ada bukti menunjukkan dengan memakan makanan tertentu, mampu menyembuh atau memburukkan kondisi penyakit ini.

Walaupun kekurangan bukti, beberapa individu berjaya memperoleh hasil yang memberangsangkan dengan hanya melakukan rawatan rumah menggunakan bahan semula jadi tertentu.

Antara rawatan topikal yang boleh dicuba penghidap sopak di rumah adalah:

  • Campuran perahan lemon dan estrak sweet basil
  • Pes ginkgo biloba
  • Campuran minyak kunyit dan mustard

Sekarang, penulis akan mengupas pula mengenai makanan-makanan yang dikatakan bermanfaat buat pesakit sopak. Teruskan membaca ya!

Diet yang disarankan untuk penyakit sopak

Walaupun tidak ada ‘diet vitiligo’ tertentu yang ditetapkan secara rasmi, namun langkah pemakanan terbaik yang boleh pesakit lakukan adalah makan makanan sihat yang penuh nutrien dan juga minum banyak air.

Selain itu, sama seperti penyakit autoimun lain, pesakit mungkin memperoleh manfaat daripada makanan yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh yang mengandungi fitokimia, beta-karoten, dan antioksidan.

Berikut adalah beberapa makanan yang dikatakan boleh membantu penghidap vitiligo:

  • Pisang
  • Epal
  • Sayuran hijau
  • Kacang buncis
  • Ubi bit, wortel, dan lobak
  • Buah ara dan kurma

Manakala, bagi jenis makanan yang perlu dihadkan pula, bukti anekdot menunjukkan sebilangan orang mengalami kesan sampingan ketika mereka memakan makanan tertentu, terutama yang mengandungi hidrokuinon agen depigmentasi.

Namun harus kita fahami, tubuh setiap individu adalah berbeza dan boleh bertindak balas secara berbeza terhadap makanan tertentu.

Dinyatakan berikut adalah beberapa makanan yang berpotensi menjadi masalah bagi orang yang mempunyai vitiligo:

  • Alkohol
  • Beri biru
  • Sitrus
  • Kopi
  • Ikan
  • Jus buah-buahan
  • Anggur
  • Jeruk
  • Buah delima
  • Buah pir
  • Daging merah
  • Tomato
  • Produk bergandum

Jenis-jenis vitamin yang bermanfaat

vitamin untuk ibu mengandung

Menurut beberapa pesakit vitiligo, bahan-bahan tertentu seperti vitamin dan herba, dikatakan dapat mengurangkan perubahan warna kulit yang dialami oleh mereka.

Pun begitu, secara perubatan pula, bahan-bahan ini tidak terbukti berkesan sebagai rawatan untuk vitiligo, ia hanya disokong oleh bukti anekdot, antaranya:

  • Vitamin B-12, atau asid folik
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Beta karotena
  • Ginkgo biloba
  • Asid amino
  • Enzim

Di samping itu, beberapa mineral juga disebut bermanfaat untuk mencegah sopak, termasuk:

  • Copper: Orang ramai mendapat jumlah copper yang sihat dengan meminum segelas air daripada cawan tembaga
  • Iron: Jumlah zat besi yang sihat dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dengan memakan makanan yang dimasak di dalam cast-iron skillet
  • Zink: Oleh sebab kebanyakan makanan kaya zink berada di dalam senarai makanan yang perlu dihadkan bagi pesakit vitiligo, mereka boleh memperoleh manfaat zink melalui pengambilan suplemen

Apa yang dapat disimpulkan?

Malangnya, penyakit vitiligo seringkali menjadi satu kondisi yang perlu dihadapi sepanjang hayat.

Walaupun tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, masih ada kaedah yang berpotensi untuk merawat dan mencegahnya daripada bertambah parah, termasuklah dengan pengamalan makanan yang sihat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan, pastikan untuk menemui pakar dermatologi bagi mendapatkan nasihat mengenai kondisi yang dialami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

Kulit yang sihat berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Untuk memilikinya, fahami asas pengetahuan kulit supaya penjagaan bersesuaian boleh diamalkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 30/12/2020 . 5 minit bacaan

Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

Ramai yang gemar mandi laut namun tidak tahu bahawa mungkin akan ada kesannya terhadap kulit dan rambut bukan? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

Tidur malam sememangnya penting untuk kesihatan manusia. Tetapi, sejauh manakah anda mengetahui akan kepentingan tidur terhadap kesihatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 29/12/2020 . 4 minit bacaan

Badan Ada Banyak Tompok Putih? Ini Cara Berkesan Nak Hilangkan Panau!

Malu sebab badan anda penuh peta dunia? Tenang, kami ada cara hilangkan panau secara saintifik yang anda boleh buat sendiri di rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sabun untuk ekzema

Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
punca tumit merekah

Ini Punca Tumit Merekah, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Cara Mudah Merawatnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit kulit sopak

Jangan Terkejut, SOPAK Bukan Hanya Di Badan, Tapi Juga Boleh Ada Pada ZAKAR!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
diet kulit cantik

Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan