Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit didiagnosis?
Tinea cruris biasanya boleh didiagnosis berdasarkan rupa dan lokasi kegatalan dan ruam.
Doktor anda mungkin bertanya mengenai simptom dan riwayat perubatan anda.
Dalam sesetengah kes, anda mungkin diminta untuk menjalani ujian makmal mengenai kawasan kulit yang dijangkiti. Ujian biasanya melibatkan mengikis bahagian kulit yang boleh dilihat di bawah mikroskop atau kultur.
Bagaimana pesakit dirawat?

Selalunya, kelangkang gatal atau tinea cruris boleh dirawat di rumah dengan ubatan belian kaunter dalam bentuk krim, semburan, dan bedak antikulat (antifungal).
Tetapi, jika anda tidak pasti mengenai keadaan semasa, rujuk doktor anda untuk melihat jika terdapat sebarang jangkitan yang berpanjangan, terhenti atau berlaku semula.
Untuk merawat tinea cruris, ikuti langkah berikut:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen