backup og meta

6 Tip Penting Pilih Boxer Atau Seluar Dalam Lelaki, Pakai Fabrik & Saiz Yang Tepat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/12/2022

    6 Tip Penting Pilih Boxer Atau Seluar Dalam Lelaki, Pakai Fabrik & Saiz Yang Tepat!

    Kaum Adam mesti selalu keliru mahu pakai boxer atau spender lelaki bukan? Antara 2 pilihan pakaian dalam ini, masing-masing punya kelebihan atau kekurangan yang perlu dipertimbangkan dengan baik! Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Seluar dalam lelaki dan tahap kesuburan…

    Setiap kali kita berbicara tentang pakaian dalam lelaki, isu kesuburan sudah pasti akan timbul. Ini kerana memang benar terdapat kaitan atau hubungan jelas di antara dua perkara tersebut.

    Menurut ramai pakar, penggunaan pakaian dalam mungkin tidak begitu bagus untuk lelaki kerana ia berisiko untuk meningkatkan suhu pada testis lantas menjadikan ia sedikit ‘panas’.

    Kesannya, suhu yang agak panas bakal menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma pada kualiti dan kuantiti terbaik sekali gus mengakibatkan masalah kesuburan kaum lelaki.

    “Testis perlu berada di kawasan yang bersuhu sederhana bagi memastikan ia mampu menghasilkan sperma yang terbaik,” jelas Pakar Endokrinologi, Celia Dominguez.

    spender lelaki

    Dalam erti kata lebih mudah, pemilihan pakaian dalam seperti boxer atau spender lelaki adalah amat penting bukan sahaja untuk kesuburan malah keselesaan dan kesesuaian individu!

    Baca lagi artikel berkaitan:

  • Boxer VS Seluar Dalam, Yang Mana Lebih Bagus Untuk Dapatkan Sperma Berkualiti?
  • Bongkar 5 Mitos Tentang Sperma, Paling Popular Adalah Seluar Dalam, Apa Kaitannya?
  • Pakai Seluar Slim Fit Boleh Buat Sperma Lelaki Kurang Subur? Betul Ke?
  • Tip penting pilih boxer @ spender lelaki!

    Kadangkala, kita mungkin cuma tahu pakai boxer atau spender lelaki tanpa memikirkan faktor lain seperti keselesaan dan kesesuaian asalkan ia ada, kering serta mudah untuk dipakai.

    Sebenarnya, wujud beberapa aspek lelaki perlu tahu tentang pemilihan pakaian dalam sendiri seperti berikut:

    #1. Lelaki kena tahu jenis yang terbaik

    Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak jenis seluar dalam lelaki dan ia bukan hanya wujud dalam bentuk tiga segi sahaja. Antara contoh yang paling umum adalah spender, boxerbrief atau trunk – kesemuanya dengan bentuk yang sudah tentu tidak sama.

    Pilihan untuk pakai jenis yang mana satu pula adalah terletak di tangan anda bergantung kepada keselesaan masing-masing.

    #2. Pilih fabrik yang selesa untuk anda

    Dalam industri pembuatan pakaian dalam lelaki, ada banyak jenis fabrik yang biasa digunakan. Kapas, nilon atau modal mikro adalah pilihan terbaik ekoran sifat lembut serta elastiknya.

    Sementara itu pula, cuba untuk elak daripada fabrik jenis poliester atau poliamida kerana ia sedikit kasar, menyerap haba dan menyimpan bau kurang menyenangkan lantas boleh menjejaskan kesihatan penis anda.

    spender lelaki

    #3. Pilih saiz yang sesuai dengan anda

    Kadangkala, kita mungkin ambil mudah perkara ini. Sebenarnya, pemilihan saiz seluar dalam sama ada S, M, L dan lain-lain juga adalah begitu penting untuk keselesaan dan kesesuaian individu.

    Antara tip penting buat anda, jangan pilih saiz boxer atau spender lelaki yang terlampau ketat atau terlampau longgar. Ini amat penting agar ia tidak menyeksa diri atau melondeh ke bawah.

    #4. Jangan gantung dan pakai semula

    Rasanya, ramai orang lelaki yang ada tabiat gantung dan pakai semula seluar dalam dengan alasan ia masih belum kotor serta masih boleh digunakan pada hari sama, esok atau lusa nanti.

    Sedangkan, ramai pakar yang menyarankan agar anda menggantikan pakaian dalam apabila sudah berpeluh kerana peluh itu boleh mendatangkan kelembapan dan kegatalan alat kelamin.

    Maka, jangan gantung dan pakai semula seluar dalam meskipun anda rasa ia masih pada kondisi baik!

    spender lelaki

    #5. Basuh boxer @ spender dengan kerap

    Sehubungan di atas, sila basuh seluar dalam anda dengan kerap kerana wujud risiko untuk mikrob termasuk kulat, bakteria dan virus membiak serta merebak ke alat sulit dan kawasan kulit lain.

    Sebaiknya, basuh semua pakaian luar dan dalam setiap kali anda sudah guna pada hari yang sama.

    #6. Jangan pula langsung tidak pakai pakaian dalam!

    Tidak kurang juga, ramai kaum Adam mungkin akan memilih untuk tidak langsung memakai boxer atau spender lelaki kerana sudah terbiasa dengan tabiat itu namun wujud bahaya yang tersendiri.

    Ini kerana ada risiko untuk alat sulit bergeser atau tergesel dengan kain seluar yang mungkin keras terutama ketika memakai seluar jenis jeans dan ini akan menjadi punca gatal atau rengsa.

    Dalam pada itu, wujud risiko di mana kulit bahagian kulup zakar tersepit pada zip seluar terutama bagi mereka yang tidak berkhatan. Kesannya, alat kelamin anda mungkin boleh tercedera.

    Jadi, fikir-fikirkan dan buatlah pilihan terbaik semasa memilih pakaian dalam lelaki, ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan