backup og meta

Bisul Merah Membesar Di Belakang Punggung? Kalau Teruk Perlu Dibedah!

Bisul Merah Membesar Di Belakang Punggung? Kalau Teruk Perlu Dibedah!

Menurut kepercayaan orang dahulu, bisul di punggung adalah disebabkan oleh perbuatan anda duduk di atas bantal.

Sebenarnya, ia hanyalah sekadar satu pantang larang yang dicipta untuk membuat orang takut serta tidak lagi melakukannya.

Penyebab bisul di punggung yang sebenar adalah disebabkan oleh jangkitan! Apakah ia?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Bisul di punggung yang sangat menyakitkan!

Untuk pengetahuan anda, ia adalah berpunca daripada jangkitan pada kulit yang kebiasaannya disebabkan bakteria.

Ia akan menyebabkan timbulnya ketulan kecil dan keras berwarna kemerahan yang juga dipenuhi dengan nanah di dalamnya.

Ia boleh muncul di mana-mana bahagian kulit pada tubuh badan namun selalu terjadi pada bahagian belakang terutamanya punggung.

Pada mulanya, ia akan muncul dengan saiz yang kecil dan keras serta akan mengakibatkan rasa sakit jika terkena atau tersentuh.
Lama-kelamaan, ia akan membesar dan ketika ini nanah akan mula memenuhinya lantas menjadikan ia lebih lembut.
Akhirnya ia akan pecah secara sendiri dan saiz yang paling besar pernah direkodkan adalah lebih kurang seperti bola golf.
Jika bukan kerana duduk di atas bantal, apakah penyebab bisul di belakang timbul?

Apa penyebab bisul di punggung timbul?

punca bisul
Tanda bisul pada kulit.

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, punca bisul di punggung berlaku adalah didalangi oleh jangkitan bakteria.

Staphylococcus aureus adalah nama jenis bakteria yang kebiasaannya menjadi penyebab kepada bisul pada kulit.

Bakteria ini boleh hidup di dalam kulit terutamanya kawasan kulit yang selalu berpeluh, merekah serta mempunyai bulu.

Wujud beberapa faktor risiko yang meningkatkan risiko anda terkena bisul termasuklah:

  • Merupakan pembawa kepada bakteria
  • Mempunyai kontak rapat dengan penderita bisul
  • Mempunyai luka pada kulit
  • Menghidap anemia
  • Menghidap ekzema
  • Menghidap diabetes mellitus
  • Menghidap kondisi sistem imun lemah
  • Menghisap rokok tembakau

Jika anda mempunyai faktor-faktor risiko di atas dan terkena bisul di punggung, segera berjumpa doktor untuk merawatnya sebelum terjadinya komplikasi lain.

masalah kulit ekzema
Petua merawat ekzema.

Apa yang boleh anda buat untuk rawat & elak?

Untuk mencegahnya, anda perlu elak dan rawat terlebih dahulu segala faktor risiko bisul di punggung yang telah dinyatakan di atas tadi.

Namun, ia tetap boleh terjadi tanpa dijangka dan ini adalah apa yang boleh anda buat untuk merawat kondisi ini:

Rawat bisul di punggung #1. Perubatan

Paling penting dan utama, kalian perlu berjumpa doktor untuk merawat bisul dengan ubat bisul sama ada secara oral atau topikal.

Selain pengambilan ubat bisul di punggung, kalian juga boleh menggunakan bahan mandian atau cucian seperti sabun dan cecair pencuci tangan.

#2. Pembedahan

Dalam beberapa kes, bisul yang terlalu besar dan teruk tidak boleh sembuh dengan pengambilan ubatan mahupun sembuh secara sendiri.

Disebabkan itu, kaedah pembedahan minor perlu dilakukan oleh doktor dengan cara menghiris serta membuang bisul di belakang.

#3. Ubah gaya hidup anda

Dalam usaha merawat serta mengelak bisul ini daripada terus berlaku dan berulang pada mana-mana kulit tubuh badan, anda disarankan untuk:

  • Tidak menyentuh atau mengopek bisul
  • Cuci pakaian dan tuala secara berasingan
  • Tukar cadar setiap hari dan membasuhnya
  • Mandi dan basuh tangan dengan lebih kerap
  • Kemas dan bersihkan rumah/bilik anda
  • Kawal berat badan untuk elak kulit merekah
  • Elak daripada pergi gim, kolam renang dan sukan berkontak rapat
  • Makan dan minum dengan sihat
  • Berhenti merokok dengan kadar segera
bisul di punggung
Pastikan kebersihan terjaga untuk mengelakkan jangkitan kulit.

Sementara itu, kalian juga mungkin mahu cuba kaedah alternatif untuk merawat bisul namun ia mungkin tidak begitu efektif.

Berikut adalah apa yang kalian boleh cuba:

  • Menggunakan haba yang hangat pada kawasan terbabit
  • Menyapukan bahan seperti arnica, silica atau sulfur
  • Mengamalkan diet tinggi nutrien terutamanya vitamin C

Kesimpulan


Sekiranya kalian sedang menderita dengan masalah bisul di punggung yang semakin kronik, sila berjumpa dengan doktor segera ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms boils and carbuncles. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/boils-and-carbuncles/symptoms-causes/syc-20353770. Accessed 1 March 2021.
  2. Diagnosis boils and carbuncles. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/boils-and-carbuncles. Accessed 1 March 2021.
  3. Boils and Carbuncles. https://www.healthyhorns.utexas.edu/HT/HT_boils.html. Accessed 1 March 2021.
  4. Boils and Carbuncles. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15153-boils–carbuncles. Accessed 1 March 2021.
  5. Folliculitis boils and carbuncles.https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/folliculitis-boils-and-carbuncles. Accessed 1 March 2021.

Versi Terbaru

05/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hati-hati Pencinta Kucing! Anda Berisiko Dijangkiti Penyakit Kulat Sporo Ini

Muncul Bisul Di Kemaluan Wanita? Ini 4 Langkah Berkesan Untuk Rawat Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan