Anda mempunyai rambut yang panjang, cantik dan berkilat? Sayangnya jika rambut rosak disebabkan pemakaian aksesori rambut yang tidak betul. Cekak rambut, pengikat rambut getah dan klip besi semuanya boleh merosakkan rambut anda tanpa disedari. Sebab itulah anda perlu beralih kepada penggunaan cekak rambut kain yang lebih selamat dan selesa.
Dengan penggunaan aksesori rambut yang betul, anda dapat elakkan rambut tercabut secara tidak sengaja. Jadi, jika anda sayangkan rambut anda, gunakanlah aksesori yang selamat untuk rambut.
Tapi, tak tahu hendak mula dari mana? Jom ikuti tip kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Elakkan rambut rosak, pilih aksesori dengan betul!
Cara terbaik untuk mengelakkan rambut rosak adalah dengan penggunaan aksesori yang betul.
Selain itu, pastikan anda tahu jenis rambut untuk lindungi rambut anda daripada sebarang kerosakan. Gunakan produk yang betul dan rawat rambut rosak dengan kerap.
Antara aksesori rambut yang selamat untuk digunakan ialah:
1. Gunakan cekak rambut kain
Banyaknya rambut melekat dekat cekak! Jika ini yang berlaku, anda mungkin perlu bertukar kepada cekak rambut kain, terutamanya yang diperbuat daripada material microfiber.
Cekak jenis ini bukan sahaja selesa dipakai sepanjang hari, ia juga lembut dan tidak akan menyebabkan rambut anda rosak. Malah, anda juga boleh kekal menggayakan rambut dengan pelbagai cara tanpa sebarang halangan!
Baca juga:
- Gemar Guna Pengering Rambut? Ini Cara Mengeringkan Rambut Dengan Betul!
- Salah Sikat Rambut Boleh Buat Botak! Ikut 4 Cara Betul Ini
2. Ikat rambut dengan scrunchie
Comel dan bergaya – sebab itulah scrunchie menjadi minat gadis pada zaman ini. Penggunaan scrunchie yang mempunyai material lembut dapat mengelakkan rambut daripada diikat terlalu kuat.
Malah, kebanyakan scrunchie juga tidak mudah tercabut atau meregang dengan mudah. Jadi, anda tidak perlulah mengikat atau membetulkan rambut anda berkali-kali sepanjang hari.
Scrunchie yang terbaik diperbuat daripada sutera. Ia lembut dan tidak akan menyebabkan rambut gugur. Walau bagaimanapun, harganya mungkin lebih mahal daripada pengikat rambut biasa. Jika anda tidak mampu, penggunaan scrunchie kapas juga sudah memadai.
3. Pilih cekak rambut, pin dan klip rambut dengan betul
Cekak, pin dan klip rambut besi sangat berisiko merosakkan rambut anda. Jadi, berhati-hatilah semasa menggunakannya.
Di bawah, kami berikan beberapa tip untuk mengelakkan kerosakan rambut disebabkan pemakaian klip:
- Elakkan klip atau pin rambut yang tajam. Pilih klip yang diperbuat daripada kain atau getah.
- Jangan tidur dengan klip rambut. Besi pada klip rambut ini boleh merosakkan rambut dan melukakan kulit kepala.
- Jangan sesekali pakai pin semasa mengeringkan rambut. Kulit kepala anda mungkin akan terluka dan melecur.
4. Elakkan pakai perhiasan rambut terlalu lama
Perhiasan rambut yang mempunyai reben, ropol atau perhiasan lain seperti mutiara, batu permata dan sebagainya memang nampak cantik apabila dipakai. Walau bagaimanapun, penggunaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan rambut jadi rosak dan cepat putus.
Malah, rambut anda juga berisiko untuk bergumpal dan menjadi kusut. Oleh sebab itu, gunakan aksesori sebegini hanya pada masa-masa tertentu. Pastikan anda buka perhiasan rambut ini dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Jaga rambut dengan betul
Selain pemakaian aksesori seperti cekak kain, scrunchies dan sebagainya, anda juga perlulah menjaga rambut dengan baik untuk pastikan ia kekal sihat dan tidak mudah rosak.
Ikuti tip daripada pakar dermatologi untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik:
- Basuh rambut dengan kerap, terutamanya jika anda mempunyai rambut berminyak. Mereka yang mempunyai masalah ini perlu cuci rambut setiap hari.
- Sapukan syampu pada kulit kepala, bukan pada rambut. Terlalu kerap mencuci rambut boleh buatkan ia menjadi kering dan rapuh.
- Gunakan conditioner selepas syampu. Conditioner boleh memulihkan rambut yang rosak dan membuatkan rambut nampak sihat, berkilat dan dalam masa yang sama, memberikan perlindungan daripada sinaran UV.
- Sapu conditioner pada hujung rambut. Elakkan menyapu seluruh rambut dengan conditioner kerana ia boleh menyebabkan rambut nampak penyek. Sapukannya pada hujung rambut sahaja.
- Gunakan syampu mengikut keperluan anda. Jika rambut anda gugur, pilihlah syampu yang dirumus khas untuk rambut gugur.
- Buka semua aksesori rambut sebelum tidur. Cekak rambut, pin dan klip perlulah dibuka sebelum anda lelapkan mata untuk pastikan rambut tidak rosak semasa tidur.