Kenapa rambut saya selalu gugur? Kenapa rambut luruh? Sedihnya bila masalah ini terjadi terutama jika kita sendiri tidak tahu cara lebatkan rambut yang betul.
Rambut yang sihat boleh dicapai melalui beberapa kaedah seperti menjaga kesihatan kulit kepala dan menggunakan rawatan tertentu supaya pertumbuhan rambut yang lebih banyak.
Berikut cara lebatkan rambut yang boleh anda amalkan di rumah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Bagaimana cara lebatkan rambut?
Cara lebatkan rambut no 1, amalkan pemakanan sihat
Diet yang sihat membekalkan nutrisi penting dan juga dalam kadar yang mencukupi bagi proses metabolsima dan juga anabolisma badan.
Proses anabolisma ini termasuklah pertumbuhan rambut.
Tanpa bekalan nutrisi yang mencukupi, badan kita tidak mampu untuk menjana atau memelihara struktur badan dengan baik.
Sebagai contoh, kekurangan vitamin E dan zink menyebabkan penipisan dan kehilangan rambut.
Untuk itu, amalkan diet yang kaya dengan protein, vitamin A, B, C, dan E, zat besi, zink, magnesium dan juga selenium.
Anda juga boleh cuba mengambil makanan tambahan kompleks vitamin B sebagai cara melebatkan rambut lelaki dan cara melebatkan rambut perempuan.
2. Bersihkan rambut anda
Jangkitan mikrobial pada kulit kepala sememangnya dapat mengganggu kesihatan folikel dan juga akar rambut, lantas menyebabkan rambut anda jadi tidak sihat dan kurang bermaya.
Ia juga boleh membawa kepada penyakit kulit kepala seperti berikut:
- Dermatitis seborrheic
- Psoriasis
- Ekzema
Kesemua keadaan tersebut juga berupaya untuk mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.
Membersihkan rambut dan kulit kepala daripada jangkitan tersebut menggunakan produk antimikrob, rawatan klinikal dan ubat yang sesuai bantu mengurangkan gangguan kepada usaha anda untuk mendapatkan rambut yang lebih lebat.
3. Uruskan tekanan dengan baik
Tekanan memberikan pelbagai kesan negatif kepada badan. Salah satu daripada kesan tersebut adalah mengganggu pertumbuhan rambut anda.
Bahkan, ia boleh menyumbang kepada keguguran rambut secara terus.
Untuk menguruskan tekanan, anda boleh menggunakan meditasi, latihan pernafasan, bersenam atau teknik penenangan lain. Selain itu, pastikan juga anda mendapatkan tidur dengan secukupnya.
Cara lebatkan rambut #4. Urut kulit kepala
Teknik urutan kulit kepala ini merupakan sejenis rangsangan mekanikal yang sedikit sebanyak, mendorong kepada kelancaran peredaran darah pada kulit kepala.
Peningkatan peredaran darah kepada kulit kepala ini membantu untuk membekalkan nutrisi penting kepada akar rambut supaya kekal sihat.
Anda boleh melakukan urutan ini dengan menggunakan minyak perangsang seperti minyak kelapa demi memaksimakan keputusan.
5. Berhati-hati ketika menyikat rambut
Menyikat rambut sebenarnya memberikan rangsangan mekanikal kepada akar rambut.
Namun yang demikian, menyikat terlalu kuat dan kasar berupaya menyebabkan rambut gugur selain mengakibatkan kerosakan pada kulit kepala.
Untuk itu, pastikan anda menyikat secara perlahan-lahan terutamanya ketika rambut basah.
6. Cuka epal cider
Cuka epal cider juga anda boleh gunakan sebagai salah satu cara lebatkan rambut. Ia bertindak dengan perlahan-lahan membersihkan kulit kepala dan mengekalkan keseimbangan pH rambut.
Tindakan ini membantu untuk menghasilkan persekitaran yang kondusif bagi mempercepatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Jadi, terdapat beberapa bahan dapur atau ramuan yang boleh membantu anda melebatkan rambut termasuk:
- Minyak kelapa
- Minyak zaitun
- Cuka epal
- Teh hijau
- Gel lidah buaya
7. Teh hijau
Teh hijau, seperti yang anda ketahui, sangat kaya dengan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran rambut.
Caranya, sapukan teh hijau hangat (dari uncang teh yang digunakan) ke atas kulit kepala dan biarkan selama sejam. Setelah selesa, basuh dengan air sejuk.
8. Minyak zaitun
Minyak zaitun adalah minyak semula jadi yang mengandungi banyak manfaatnya. Walaupun kebanyakkan manfaat minyak zaitun berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan penyakit.
Namun ada penyelidikan menemui kelebihan minyak zaitun terhadap penjagaan rambut.