backup og meta

Bukan Semua Ubat Hilangkan Parut Berkesan, Kena Cari Yang Ada 5 Bahan Ini, Baru Berhasil!

Bukan Semua Ubat Hilangkan Parut Berkesan, Kena Cari Yang Ada 5 Bahan Ini, Baru Berhasil!

Selain masalah kulit biasa seperti jerawat, jeragat, kulit kering, kulit sensitif, atau tona kulit tidak sekata, antara isu yang paling individu risaukan adalah parut. Maka, ramai yang mencari produk seperti krim, gel dan ubat hilangkan parut di kulit. Namun, produk yang mana bagus?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Parut ada banyak jenis, saiz dan bentuk?

Untuk pengetahuan anda semua, parut adalah kondisi atau kesan pada kulit hasil daripada proses penyembuhan kulit dan tisu yang sudah rosak angkara trauma, infeksi serta pembedahan.

Parut terdiri daripada kolagen yang sama dengan tisu asli namun lain protein, sekali gus membuat ia membentuk kulit rendah kualiti. Disebabkan itu pula, rupa parut pada kulit agak buruk.

Parut juga wujud dalam pelbagai jenis yang berbeza dalam aspek saiz serta bentuk seperti berikut:

  • Parut atrofik – Memiliki ciri yang berlubang dan terbenam ke dalam kulit, biasanya mungkin disebabkan oleh masalah jerawat dan jeragat
  • Parut hipertrofik – Memiliki ciri yang timbul akibat penghasilan kolagen berlebihan ketika proses penyembuhan luka pada kulit
  • Parut keloid – Memiliki ciri yang timbul ke atas permukaan kulit akibat tisu parut masih terus dihasilkan meskipun luka telah sembuh
  • Parut kontraktur – Memiliki ciri yang kasar dan tidak rata seperti tertarik ke dalam angkara kulit di sekeliling mengecut dan mengetat

ubat hilangkan parut

Setiap jenis parut ini mungkin bersifat kekal atau tidak bergantung kepada jenis kulit individu itu sendiri yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor risiko seperti keturunan atau lain-lain aspek.

Pun begitu, ia masih boleh dipudarkan, dikurangkan bahkan dihilangkan dengan bantuan produk seperti krim, gel dan ubat hilangkan parut selain prosedur kosmetik yang jauh lebih efektif.

Adakah parut benar mampu dihilangkan?

Seperti mana yang telah kami katakan di atas tadi, parut adalah salah satu daripada aspek penting di dalam usaha tubuh badan individu untuk memperbaiki kulit yang telah mengalami kerosakan.

Disebabkan rupa parut yang mungkin buruk, ia bakal menjejaskan kecantikan dan keyakinan diri lantas memerlukan anda melakukan sesuatu agar ia tidak pula menjejaskan kualiti kehidupan.

Hakikatnya, parut yang telah lama wujud pada kulit sangat sulit untuk hilang sepenuhnya namun tidak mustahil untuk diminimumkan dengan bantuan variasi rawatan dan ubatan masa kini.

“Sebenarnya, wujud cara untuk individu mengoptimumkan proses penyembuhan kulit bagi mengehadkan penampilan parut pada kulit dan salah satu daripada cara itu adalah dengan menggunakan ubat hilangkan parut,” jelas Pakar Pembedahan Kosmetik, Dr. Brian Brazzo.

ubat hilangkan parut

Menurut beliau lagi, adalah lebih bagus jika anda merawat masalah ini dengan cepat kerana parut masih lagi di tahap pembentukan lantas anda perlu membuat keputusan tepat segera mungkin.

Ubat hilangkan parut mana yang terbaik?

Di pasaran kini, telah wujud banyak jenis ubat untuk hilangkan bukan sahaja parut malah jerawat, jeragat, kudis dan masalah kulit lain yang boleh ditemukan di farmasi, klinik atau pasar raya.

Dipasarkan dalam variasi jenama, kesemua ubat mempunyai fungsi yang sama iaitu memperbaiki struktur kulit berparut supaya ia berjaya untuk dipudarkan, dikurangkan bahkan dihilangkan.

Baca lagi artikel berkaitan:

Majoriti ubat parut yang bagus itu perlu mengandungi bahan tepat bagi kulit seperti di bawah ini:

ubat hilangkan parut

#1. Silikon

Silikon boleh membantu mengurangkan kebesaran, kekerasan, ketimbulan dan kemerahan parut dengan cara menghambat pertumbuhan parut daripada terus terbentuk dengan tidak terkawal.

Ubat hilangkan parut #2. Retinoid

Retinoid akan membantu mengurangkan tekstur parut yang degil di atas kulit. Maka, tidak hairan jika bahan ini biasa digunakan di dalam produk kecantikan dan kesihatan kulit terutama wajah.

#3. Asid niasimida

Parut yang telah mengalami kondisi hiperpigmentasi bakal sangat sukar untuk dihilangkan. Untuk mengurangkan kesan parut pula, asid jenis ini mampu meminimumkan kesan kondisi tersebut.

#4. Pelbagai bahan semula jadi yang lain

Selain 3 bahan di atas, ada banyak lagi jenis bahan yang biasa digunakan dalam produk kulit. Ubat hilangkan parut, jerawat, jeragat, kudis dan lain-lain perlu mengandungi banyak lagi bahan lain.

Antara bahan semula jadi yang boleh membantu masalah parut adalah gel lidah buaya, buah keras, kulit pisang, mentega shea, mentega kokoa, dan macam-macam lagi bahan alami di dapur rumah.

Justeru, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar dermatologi dahulu sebelum gunakan sebarang produk!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Scars, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/scars, Accessed Sep 28 2022.
  2. Scar Treatment, https://www.assh.org/handcare/condition/scar-treatment, Accessed Sep 28 2022.
  3. Scars: Diagnosis And Treatment, https://www.aad.org/public/diseases/a-z/scars-treatment, Accessed Sep 28 2022.
  4. Scar Treatment 101: What are the first steps?, https://www.plasticsurgery.org/news/blog/scar-treatment-101-what-are-the-first-steps, Accessed Sep 28 2022.
  5. Cuts, Scrapes & Scar Management, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/injuries-emergencies/Pages/Treating-Cuts.aspx, Accessed Sep 28 2022.

Versi Terbaru

15/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Nak Hilangkan Parut Jerawat? Pastikan Serum Anda Ada Bahan Ini, Barulah Licin Muka!

Parut Jerawat Susah Nak Hilang? Amalkan Serum Yang Ada 8 Bahan Ini, Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan