backup og meta

Artikel Ditaja Oleh FaceRinna

Liang Pori Makin Jelas? Ini 10 Cara Paling Senang Nak Kecilkan Pori Tanpa Pening Kepala!

Liang pori yang jelas pada wajah mengurangkan keyakinan anda di khalayak ramai? Jadi adakah terdapat kaedah yang dapat membantu kecilkan pori di wajah? 

Liang Pori Makin Jelas? Ini 10 Cara Paling Senang Nak Kecilkan Pori Tanpa Pening Kepala!

Jawapannya ya, tetapi anda perlu memahami dahulu puncanya dan langkah terbaik untuk mengatasinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kenapa liang pori muka besar? Bagaimana masalah ini terjadi?

Untuk pengetahuan anda semua, liang pori muka besar adalah satu keadaan di mana liang-liang kecil pada kulit wajah kelihatan lebih besar daripada biasa.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa liang pori muka besar dan sukar untuk dikecilkan? 

Sebenarnya, terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada masalah kulit ini 1:

  • Genetik: Individu yang memiliki kulit berminyak secara semula jadi lebih cenderung mempunyai liang pori yang besar.
  • Usia: Usia yang meningkat menyebabkan kehilangan kolagen, menjadikan kulit kendur dan pori lebih jelas kelihatan.
  • Jantina: Lelaki mempunyai liang pori yang lebih besar dan mengeluarkan lebih banyak sebum dengan tekstur yang lebih pekat berbanding wanita.
  • Sinaran UV: Pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari boleh merosakkan struktur sokongan kulit, sekali gus melebarkan liang pori.
  • Pengeluaran peluh dan minyak: Penghasilan sebum berlebihan menyebabkan peluh dan minyak lantas mengakibatkan liang pori tersumbat, yang akhirnya kelihatan lebih besar.
  • Penyumbatan pada liang pori: Liang yang tersumbat dengan folikel rambut, sel kulit mati dan kotoran akan kelihatan lebih luas.

Jika anda perasan kenapa liang pori besar atau tidak selesa pada kulit wajah, ia juga mungkin berkait dengan iritasi akibat produk tidak sesuai yang menyumbang kepada pembesaran pori.

Kesannya, ia bakal menjejaskan kecantikan kulit wajah sekali gus keyakinan anda untuk tampil di hadapan orang dan khalayak ramai.

Mahu kecilkan pori? Ini 10 cara mengecilkan pori-pori wajah dengan cepat

Sebenarnya, untuk mengecilkan liang pori wajah bukanlah satu perkara yang sukar. Jika anda tahu langkah yang betul, ia boleh dilakukan setiap hari dengan mudah. 

Lihat cara-cara di bawah ini 2 3:

#1. Bersihkan wajah dua kali sehari

Membersihkan wajah setiap pagi dan malam ialah langkah asas yang penting untuk kecilkan pori

Pencuci muka yang lembut namun efektif boleh menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan yang menyumbat liang pori.

#2. Gunakan pelembap setiap hari

kecilkan pori
Gunakan pelembap setiap hari untuk keanjalan kulit.

Walaupun anda mempunyai kulit berminyak, pelembap tetap penting. 

Ia membantu menyeimbangkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit daripada menghasilkan lebih banyak minyak.

#3. Gunakan pelindung matahari setiap hari

Sinar UV boleh merosakkan kolagen kulit dan menjadikan pori tampak lebih besar. 

Gunakan sunscreen SPF 30 dan ke atas setiap hari, walaupun berada di dalam rumah.

kecilkan pori
Antara sebab mengapa anda perlu pakai pelindung matahari.

#4. Gunakan masker tanah liat

Masker tanah liat sangat berkesan untuk menyerap minyak berlebihan dan membersihkan pori secara mendalam. 

Gunakan sekali atau dua kali seminggu untuk hasil terbaik.

#5. Pilih solekan bebas minyak

Gunakan foundation atau primer yang tidak menyumbatkan liang pori wajah (non-comedogenic) dan bebas minyak untuk mengelakkan liang pori tersumbat akibat kosmetik 4.

#6. Pastikan solekan dicuci sebelum tidur

Jangan sesekali tidur dengan solekan

Ia menyebabkan bakteria dan kotoran berkumpul, sekali gus membesarkan liang pori dan mengundang jerawat. 

Elakkan tabiat ini jika mahu kecilkan pori.

#7. Lakukan pengelupasan (exfoliate) secara berkala

Exfoliate seminggu sekali atau dua kali untuk menyingkirkan sel kulit mati. 

Ini membantu membersihkan pori yang tersumbat dan mengurangkan risiko pori membesar.

#8. Pilih skincare yang sesuai untuk kulit berminyak

Gunakan skincare untuk mengecilkan pori-pori wajah yang bebas minyak dan berasaskan air. 

Produk sebegini tidak menyumbat liang pori dan membantu mengawal pengeluaran sebum sekali gus kecilkan pori wajah anda.

#9. Rawatan bahan aktif seperti retinoid atau asid salisilat

Bahan aktif seperti retinoid dan AHA/BHA boleh membantu memperbaharui kulit, melicinkan tekstur dan kecilkan pori secara berperingkat.

#10. Pertimbangkan rawatan pengelupasan kimia

Rawatan ini membantu menanggalkan lapisan luar kulit mati dan menjadikan pori kelihatan lebih halus. 

Namun, dapatkan nasihat pakar dermatologi sebelum mencubanya.

FaceRinna Low pH 5.5 Gel Cleanser: Pilihan ideal untuk kulit sihat dan pori lebih rapat

Dalam usaha anda untuk kecilkan pori, pemilihan pencuci muka yang betul sangat penting, terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit sensitif atau mudah berjerawat. 

FaceRinna Low pH 5.5 Gel Cleanser ialah pencuci wajah yang diformulasikan secara dermatologi untuk membersihkan dengan lembut tanpa mengeringkan kulit.

Dengan pH seimbang 5.5, pencuci ini membantu mengekalkan lapisan pelindung semula jadi kulit agar tidak mudah teriritasi selain mengurangkan risiko kulit kering atau berjerawat 5

Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif!

Ia turut diperkaya dengan Panthenol (Pro-Vitamin B5) yang membantu melembapkan kulit sehingga 24 jam, menjadikan wajah anda kekal lembut dan segar selepas setiap cucian 6 7.

Buat anda yang belum tahu, Panthenol bersifat antiradang dan berfungsi dengan menarik cara dan mengekalkan kelembapan, membentuk perisai kulit dan mengurangkan kemerahan dan kerengsaan 8

Pakar dermatologi mengiktiraf keupayaannya untuk meningkatkan keanjalan dan kelicinan kulit lantas menggalakkan penampilan yang licin dan anjal 8 .

National Center for Biotechnology Information menyenaraikan Panthenol sebagai pelindung kulit dengan sifat antiradang. Ia turut boleh membantu meningkatkan penghidratan, menganjalkan serta melicinkan kulit 8 .

Paling penting, produk ini juga bebas bahan pewangi, alkohol dan bahan penyumbat pori (non-comedogenic), menjadikan ia pilihan yang selamat untuk anda yang mencari bahan untuk mengecilkan pori dan mahu pencuci harian yang tidak menjejaskan keseimbangan kulit

Menariknya, pencuci wajah ini juga telah diuji secara klinikal dan disahkan oleh pakar dermatologi!

Oleh itu anda tidak perlu risau soal keselamatan dan keberkesanannya pada kulit wajah.

Rutin mencuci muka yang betul dengan produk yang bersifat lembut di kulit seperti FaceRinna boleh membantu mengecilkan pori-pori secara semula jadi dari masa ke masa.

Pencuci wajah yang tepat bantu kecilkan pori

Liang pori besar mungkin kelihatan seperti masalah kecil, tetapi ia boleh memberi kesan besar terhadap keyakinan diri dan kesihatan kulit

Dengan memahami kenapa liang pori muka besar terjadi serta mengamalkan cara mengecilkan pori-pori wajah dengan cepat, anda boleh mula membina rutin penjagaan kulit yang lebih berkesan.

Pemilihan produk yang tepat seperti FaceRinna Low pH 5.5 Gel Cleanser yang mengandungi Panthenol turut membantu proses pemulihan kulit secara semula jadi.


Pencuci wajah seperti ini bukan hanya membersihkan, tetapi juga menjaga keseimbangan kulit agar lebih sihat dan pori kelihatan lebih kecil.

Jadi, jom konsisten dengan rutin harian anda dan pilih skincare untuk mengecilkan pori-pori wajah yang sesuai, agar kulit wajah kekal berseri dan sihat setiap hari!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Enlarged pores. https://dermnetnz.org/topics/enlarged-pores. Diakses pada Julai 22, 2025. 
  2. 7 Ways To Minimize Pores. https://health.clevelandclinic.org/how-to-shrink-pores. Diakses pada Julai 22, 2025.
  3. What can treat large facial pores?. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-secrets/face/treat-large-pores. Diakses pada Julai 22, 2025.
  4. Clogged Pores. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22773-clogged-pores. Diakses pada Julai 22, 2025.
  5. Mijaljica, D., Townley, J., Klionsky, D., Spada, F., & Lai, M. (2025). The Origin, Intricate Nature, and Role of the Skin Surface pH (pHSS) in Barrier Integrity, Eczema, and Psoriasis. Cosmetics. https://doi.org/10.3390/cosmetics12010024. Diakses pada Julai 22, 2025.
  6. Camargo, F., Gaspar, L., & Campos, P. (2011). Skin moisturizing effects of panthenol-based formulations.. Journal of cosmetic science, 62 4, 361-70. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21982351/. Diakses pada Julai 22, 2025.
  7. Balwierz, R., Biernat, P., Schafer, N., Marciniak, D., Krzeszewska-Zaręba, A., Skotnicka-Graca, U., & Kurek-Górecka, A. (2022). Assessment of the moisturizing potential of a two-phase topical care product containing vegetable oils, glycerin, panthenol, and sodium hyaluronate – a preliminary studies. Acta Poloniae Pharmaceutica – Drug Research. https://doi.org/10.32383/appdr/149393. Diakses pada Julai 22, 2025.
  8. Why Is Panthenol Used in Cosmetics?, https://www.healthline.com/health/panthenol, Diakses pada Julai 22, 2025.

Versi Terbaru

31/07/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Masalah Liang Pori Besar

Liang Pori Di Wajah: Cara Terbaik Untuk Mengecilkannya


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 31/07/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan