backup og meta

Makanan Membantu Kulit Cerah Berseri

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Makanan Membantu Kulit Cerah Berseri

    Kulit menyimpan banyak fungsi dalam badan anda. Tanpa penjagaan yang betul, kulit anda tidak boleh berada dalam kesihatan yang baik, bermakna ia boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua. Jika anda ingin mendapatkan kulit cerah berseri, di sini adalah beberapa makanan yang boleh membantu kulit dari luar dan dalam.

    Tomato

    Dengan jumlah yang kaya dengan lycopene, bertanggungjawab membantu anda untuk mengelakkan kerosakan matahari, tomato adalah jenis makanan baik yang anda perlu tambah dalam senarai kegemaran anda. Hanya mengelakkan daripada dipengaruhi oleh matahari, kulit anda boleh kekal licin dan muda walaupun sudah berusai. Walau bagaimanapun, lycopence dalam tomato hanya diaktifkan jika tomato dimasak sedikit. Anda boleh mereneh dalam sup atau bakar kemudian  campuran ke dalam hummus tomato mewah. Satu lagi cara untuk menikmati tomato adalah untuk membakarnya dengan api, maka anda boleh menambah kepada campuran salsa segar. Ini juga membantu meningkatkan selera makan anda.

    Beri

    Kulit cerah berseri sentiasa memerlukan anti-oksidan, dan buah beri adalah sumber yang baik. Beri berwarna gelap seperti beri biru dan ceri adalah peuh dengan anti-oksidan, yang membantu badan anda melawan jerawat. Ia terbukti bahawa penurunan tahap anti-oksidan darah adalah bertanggungjawab untuk jerawat, walaupun jerawat yang teruk. Ini bermakna jerawat anda boleh diuruskan supaya anda dapat mencapai kulit yang lebih berseri  jika anda dapat mengawal antioksidan darah.

    Oleh kerana bahan kimia bersama terlalu banyak matahari dan tekanan, radikal bebas di dalam badan anda meningkat dan menyebabkan jerawat dan juga penuaan menerusi kerosakkan kolagen dalam kulit anda, yang memastikan kulit kelihatan berseri dan cerah. Dengan bantuan anti-oksidan dengan memakan buah segar, anda boleh mendapatkan tahap anti-oksidan yang tinggi untuk mencapai kulit lebih cantik.

    Ikan dan makanan laut

    Satu kajian mendedahkan bahawa orang dengan diet yang kaya dengan ikan dan makanan laut dilaporkan kurang mengalami kedutan kulit. Dan faktor utama yang menyebabkannya adalah asid lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan dan makanan laut kerana ia boleh membantu melambatkan penuaan anda. Malah, asid lemak omega-3 boleh membantu mengehadkan pengeluaran bahan kimia keradangan yang menyebabkan kedutan. Oleh itu, kulit anda kelihatan lebih sihat dan lebih muda.

    Beras perang

    Ceramides menjadi lebih popular dalam produk kulit untuk membantu anda mendapatkan kulit yang cantik. Anda boleh lihat ceramides dalam senarai bahan-bahan dalam kebanyakan produk-produk yang direka untuk mencegah penuaan dan kedutan. Ia adalah molekul lemak (lipid) yang dipercayai untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit anda. Dan satu makanan dengan jumlah yang tinggi ceramides ialah beras perang. Apabila anda dapatkan ceramides secara semulajadi dengan makan beras perang, anda boleh mengharapkan ceramides memasuki ke dalam lapisan luar kulit anda dan membantunyamengekalkan penghidratan. Hasilnya, kulit anda menjadi lebih berseri dan lebih cerah.

    Teh hijau

    Teh hijau digunakan untuk anti-jerawat dengan mengurangkan tahap hormon pengeluar jerawat dipanggil dihydrotestosterone (DHT). Selain itu, teh hijau juga mengandungi anti-oksidan (polifenol) yang membuatkan kulit anda lebih sihat dan lebih muda. Ia disyorkan untuk meminumnya sehingga 3-5 cawan teh hijau setiap hari untuk membantu kulit anda berseri. Sekiranya kulit anda terlalu kering, anda juga boleh menambah pisang dan yogurt bagi teh hijau untuk membuat topeng muka bagi memberi nafas baru dan segar kulit.

    Jangan memandang rendah hasil yang boleh membawa makanan ke kulit anda. Jika anda boleh menyesuaikan diet anda dan pengambilan makanan harian secara betul, tidak sukar untuk anda dapatkan kulit cerah berseri dalam masa terdekat. Apa yang anda dapat mungkin memukaukan anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan