Rendamkan tangan dalam air suam adalah salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan tapak tangan yang lembut. Tetapi pastikan suhu air tak terlalu panas kerana ia mungkin akan membuatkan kulit menjadi kering. Anda juga boleh tambahkan beberapa titis minyak ekstrak bunga mawar dan rendamkan tangan selama 10 minit. Hasilnya, tangan makin lembut!
2. Gula dan minyak zaitun

Minyak zaitun sendiri berfungsi untuk melembutkan kulit kering secara semula jadi. Manakala gula berfungsi sebagai masker/scrub semula jadi. Gabungkan bahan ini dan urut perlahan telapak tangan anda supaya tidak luka. Lakukannya seminggu sekali untuk menjaga kelembutan telapak tangan anda.
3. Lidah buaya

Lidah buaya banyak digunakan sebagai bahan produk kecantikan. Ambil lendir lidah buaya dan gosok pada telapak tangan kerana kandungannya dapat membantu melembapkan dan menghaluskan kulit. Biarkan sehingga lendir lidah buaya kering, kemudian bilas dengan air bersih. Jangan sampai terkena kulit lidah buaya kerana ia boleh menyebabkan kulit gatal atau iritasi. Lakukan petua ini tiga kali seminggu.
4. Hampas kopi atau teh
