Selaras dengan usaha kerajaan untuk cuba mengekang wabak Covid-19, Malaysia kini di bawah sekatan pergerakan yang menyebabkan majoriti syarikat diharuskan bekerja dari rumah. Dan sejak norma baru ini, pelbagai “hobi” mulai terkenal di media sosial. Salah satunya seperti berkebun! Tapi tahukah anda, hobi sebegini mungkin boleh menjadi punca kuku rosak?
Bekerja dari rumah mungkin kedengaran menyeronokkan, namun ia masih boleh mencetus tekanan dari segi mental apabila terpaksa meluangkan lebih banyak masa di dalam rumah.
Dalam usaha mencegah risiko ini, ramai individu mulai kreatif dengan mempelbagaikan aktiviti harian, dan berkebun berjaya menambat hati ramai. Akan tetapi, ada risiko dan bahayanya aktiviti berkebun yang tidak ramai orang sedar.
Berkebun di rumah boleh jadi punca kuku rosak, bagaimana?
Salah satu punca kuku rosak adalah kerana pendedahan terhadap jangkitan kulat kuku (onychomycosis) 2. Jangkitan kulat kuku ini bakal mengakibatkan banyak perubahan fizikal dan kerosakan pada kuku tangan serta kaki 2.
Ia mulai terbentuk kerana pendedahan terhadap organisma dermatophytes yang boleh dijumpai pada manusia (anthropophilic organisms), haiwan (zoophilic organisms), di dalam tanah (geophilic organisms) atau objek yang telah dicemari olehnya 6.
Ya, kulat boleh dijumpai hampir di mana-mana habitat, namun majoritinya hidup di darat, terutamanya di dalam tanah, atau di dalam tanaman 7. Ditambah pula dengan keupayaan kulat untuk membiak dengan jayanya di tempat yang gelap dan lembap 3 seperti di dalam kasut kebun, risiko untuk dijangkiti adalah lebih mudah sekiranya anda salah seorang peminat aktiviti bercucuk tanam.
Kulat akan menyerang bahagian kuku kaki, terutamanya jika anda kerap berkaki ayam dan terdedah pada tanah, air atau tumbuh-tumbuhan yang reput 8 ketika berkebun. Sebarang keretakan kecil di kuku atau kulit di sekitarnya sudah cukup untuk membolehkan kuman menceroboh masuk ke dalam luka, dan menyebabkan jangkitan 4.
Apabila dijangkiti kulat, kuku akan berubah kekuningan, menebal dan rapuh 2, ini lantas menyumbang kepada punca kuku rosak!
Dan jika anda fikir remedi di rumah sahaja sudah mencukupi untuk merawat masalah jangkitan kulat kuku, anda ternyata salah. Kebergantungan terhadap remedi di rumah sahaja tidak mencukupi kerana masalah ini boleh terjadi semula, dan remedi di rumah berisiko menambah keparahan jangkitan.
Pun begitu, tahap keparahan berbeza-beza. Oleh itu, dalam mengamalkan aktiviti berkebun sepanjang bekerja di rumah ini, anda wajar berwaspada dengan tanda-tanda jangkitan yang mungkin berlaku.
Jom lihat apakah simptom awal yang wajar anda perhatikan.
Simptom-simptom jangkitan kulat kuku 2
- Kuku menebal
- Kuku hancur
- Kuku dalam bentuk yang aneh dan bertukar menjadi kusam
- Kuku rapuh atau mudah pecah
- Berwarna keputihan hingga kuning-coklat
- Kuku berbau busuk
- Berwarna gelap, disebabkan serpihan yang tumbuh di bawah kuku
Setelah mengenal pasti simptom awal penyakit ini, berikut adalah antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan buat anda.
Pencegahan jangkitan kulat kuku
Jika anda tergolong dalam kalangan “kaki kebun” sepanjang bekerja di rumah kini, pengamalan langkah pencegahan adalah amat disyorkan. Berikut adalah cara merawat kuku rosak serta beberapa tip untuk mengurangkan risiko jangkitan kulat:
#1 Jika dijangkiti, dapatkan rawatan topikal jangkitan kulat kuku dengan segera!
Sekiranya anda mengalami jangkitan kulat kuku di tahap ringan, rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang dijual di kaunter farmasi boleh menjadi antara cara merawat kuku rosak dan menghilangkan jangkitan 5 .
Sebagai panduan, ikuti tip di bawah ketika memilih rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang terbaik untuk anda:
- Baca formulasi dengan teliti. Pilih rawatan topikal yang mengandungi urea, asid laktik, gliserol dan propylene glycol. Bahan-bahan ini disahkan selamat dan mempunyai status GRAS (Generally Regarded As Safe) 9, menjadikan ia satu rawatan yang cukup selamat untuk digunakan tanpa was-was, sama untuk digunakan oleh ibu hamil mahupun ibu yang sedang menyusukan bayi. Berbeza dengan produk tanpa status GRAS, bahan antiseptik yang terkandung di dalam produk tanpa status GRAS berpotensi toksik 9. Selain itu, rawatan topikal dengan kandungan berstatus GRAS juga dapat membantu kuku baharu untuk tumbuh dengan lebih sihat. Kandungan urea dan asid laktik juga melembutkan kuku yang telah menjadi rapuh dan rosak akibat jangkitan.
- Gunakan rawatan yang efektif dan mesra pengguna. Terdapat rawatan topikal di kaunter yang hanya perlu dipakai sehari sekali, dan tersedia dalam bentuk tiub bagi mencepatkan proses pengaplikasian pada kuku yang terjejas. Ia amat efektif dan perubahan positif dapat dilihat dalam masa 1 minggu. Malah, pengguna juga boleh menyapu ubat tersebut terus pada permukaan kuku tanpa perlu mengikisnya terlebih dahulu.
- Pastikan rawatan tersebut berkesan dan selamat. Periksa sama ada rawatan tersebut mempunyai keberkesanan yang terbukti secara klinikal serta selamat untuk digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak.
Dengan mengamalkan rawatan topikal jangkitan kulat kuku dalam masa 3 hingga 6 bulan, tidak mustahil kuku anda yang terkena jangkitan kulat boleh sembuh dan kembali sihat.
#2 Jangan lupa potong kuku
Jangan simpan kuku panjang kerana ia berpotensi menjadi tempat pembiakan kulat dan kuman 4. Apabila memotong kuku kaki, pastikan anda memotongnya secara lurus.
Sentiasa cuci pengetip kuku dengan pembasmi kuman selepas penggunaan3. Amalkan juga habit untuk tidak berkongsi pemotong kuku dengan orang lain, termasuklah ahli keluarga. Hal ini turut merangkumi barangan peribadi lain seperti tuala atau kasut 3 .
#3 Buang kasut jika pernah dijangkiti
Perkara ini paling penting bagi mereka yang pernah dijangkiti kulat kuku. Jika anda sudah merawat jangkitan kulat terdahulu, sila buang semua kasut harian, kasut berkebun dan kasut-kasut lain yang pernah dipakai sebelum rawatan 3.
Mencuci kasut yang terjejas tidak akan membantu kerana kulat boleh hidup tanpa keperluan cahaya matahari. Lantas, ia masih berisiko mencetuskan jangkitan 3.
#4 Rajinkan diri untuk mencuci kaki
Untuk mencegah pembentukan kulat kuku, sentiasa pastikan kaki anda dalam keadaan bersih dan kering 3. Basuh kaki menggunakan sabun dan air setiap hari dengan berhati-hati. Jangan lupa untuk mencuci setiap celah jari kaki, dan keringkan kaki dengan tuala bersih.
Jika anda baru sahaja selesai berkebun, pastikan kaki anda kekal kering kerana persekitaran kaki yang lembap atau berpeluh akan menjadi “sarang” terbaik untuk kulat membiak3. Lantas, ia akan menyumbang kepada punca kuku rosak!
#5 Pemakaian stoking yang bersesuaian 3
Kepada kaki kebun, jika stoking anda sudah dibasahi peluh, sila tukar dan dapatkan stoking yang baharu. Pemakaian stoking yang dibuat daripada material serap peluh juga dapat mengurangkan kekerapan anda menukar stoking.
Sebaiknya ketika berkebun, pakai kasut dengan lapisan kalis air untuk memastikan kaki kekal kering. Berkaki ayam di atas tanah amat tidak digalakkan. Jangkitan kulat yang biasa terjadi di kalangan kaki kebun adalah kerana pendedahan berterusan pada kawasan basah dan lembap2.
Namun, ini bukan bermaksud anda harus mengorbankan aktiviti kegemaran anda itu. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai punca kuku rosak seperti masalah kekuningan dan cepat patah akibat jangkitan kulat, dapatkan pandangan doktor bertauliah.
Dalam menjaga kesihatan kuku anda pula, jangan sesekali mengabaikan sebarang simptom awal. Risau jika ia dibiarkan berterusan, kuku yang terjejas itu boleh menjangkiti kuku-kuku lain, dan merebak ke bahagian tubuh 5.
Tidak dilupai, jangan bertindak melulu untuk cuba merawat jangkitan kulat kuku dengan cara tradisional, kerana ia mungkin akan menyebabkan kesan yang lebih buruk.
Selamat bercucuk tanam!