backup og meta

Petua Orang Lama Hilangkan Jeragat Dengan Gunakan Bedak Sejuk, Berkesan Ke Ni?

Sudah banyak cara anda lakukan tetapi jeragat di wajah masih belum hilang-hilang. Adakah anda patut cuba petua kampung hilangkan jeragat? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Petua Orang Lama Hilangkan Jeragat Dengan Gunakan Bedak Sejuk, Berkesan Ke Ni?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda juga boleh klik di sini.

Apa maksud sebenar di sebalik masalah kulit ini?

Untuk pengetahuan anda semua, masalah kulit jeragat ini turut dikenali dengan nama saintifik yakni open comedo.

Ia kelihatan seperti tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian kulit muka anda terutama di bahagian dahi, pipi, hidung serta kawasan sekitar mulut.

Ia biasanya berwarna hitam, coklat dan gelap berbanding warna kulit yang asal dan ini mungkin akan mengakibatkan tona kulit anda menjadi tidak sekata.

petua kampung hilangkan jeragat

Jeragat bukanlah masalah kulit berbahaya di mana ia muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan. Pun begitu, pigmentasi ini tentu akan menjejaskan kulit dan membuatkan anda tampak tua.

Selain terjadi angkara faktor genetik, terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap dan lama juga boleh jadi punca.

Dalam usaha untuk mengekalkan kulit yang cantik dan bebas masalah ini, wujud banyak petua kampung hilangkan jeragat anda boleh cuba amalkan. Namun, adakah semua itu berkesan?

Petua kampung hilangkan jeragat yang mungkin berkesan!

Sebenarnya, mungkin tidak ada masalah untuk anda cuba cara hilangkan jeragat guna bahan dapur kerana ia bersifat natural dan kurang menyebabkan kesan sampingan pada kulit kalian.

petua kampung hilangkan jeragat

Syaratnya, anda perlu tahu bahan mana yang sesuai sebagai petua kampung hilangkan jeragat seperti contoh ini:

  • Gel lidah buaya – Sangat popular untuk kulit, gel aloe vera mengandungi aloesin yang bagus untuk membantu melawan pigmentasi kulit akibat masalah jeragat.
  • Kulit kayu manis – Lebih popular sebagai ramuan penting dalam masakan, ia biasa dijadikan topeng muka yang membantu penghalang kemunculan masalah kulit ini.
  • Serbuk kunyit – Kandungan kurkumin di dalam herba ini boleh membantu mengurangkan penghasilan melanin berlebihan pada kulit yang menyebabkan jeragat.
  • Skrub oat – Disebabkan ia sarat sifat antiradang dan antioksidan, oat biasa dijadikan skrub untuk menghilangkan masalah pelbagai masalah kulit termasuk jeragat.
  • Teh hijau – Selain sedap dan sihat untuk diminum, ia juga bagus untuk disapu pada jeragat gara-gara ia ada kemampuan untuk menghalang hormon androgen daripada menyerap ke dalam kulit.
  • Jus lemon – Jeragat yang timbul akbat pigmentasi boleh dipudarkan dengan jus lemon kerana ia tinggi dengan asid sitrik serta vitamin C di mana ia sudah tentu baik bagi kesihatan kulit anda.
  • Cuka epal – Memiliki sifat antibakteria dan antiseptik, ia bukan sahaja mampu melawan masalah jerawat malah mencegah jeragat daripada muncul. Namun, jangan guna ia secara berlebihan.
  • Soda penaik – Jangan terkejut, baking soda ini bukan sahaja mampu membantu mengawal keseimbangan pH pada kulit malah menghambat kemunculan jeragat.

Walaupun ternyata terdapat banyak petua, bukan semua boleh digunapakai. Ini kerana ada risiko untuk bahan-bahan tadi mengikis, menghakis atau merengsa kulit lantas membuat masalah lebih teruk.

Petua kampung hilangkan jeragat yang tidak berkesan!

petua kampung hilangkan jeragat

Dalam pada itu, ada satu lagi keadah hilangkan jeragat yang ramai amalkan sejak dari dahulu iaitu dengan gunakan bedak sejuk. Logiknya, cara ini mungkin boleh berkesan dan berjaya!

Ini kerana ramai yang berfikiran untuk ‘menutup’ sahaja masalah pigmentasi jeragat dan bukan ‘merawat’. Ya, ia benar boleh menutup segala cela yang ada pada wajah anda.

Pun begitu, ia tidak dapat mengubah hakikat di mana jeragat masih ada di bawah lapisan bedak sejuk dan bukan dapat hilang walau sekerap atau sebanyak mana produk dipakai.

Ketahuilah bahawa masalah ini terjadi angkara pigmentasi kulit akibat proses penghasilan melanin yang berlebihan!

Konklusinya, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dan berbincang dengan doktor untuk mendapatkan ubatan atau rawatan jeragat yang sepatutnya. Jangan cuba buat apa-apa petua ini jika anda tidak pasti ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. HOW TO FADE DARK SPOTS IN DARKER SKIN TONES, https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-secrets/routine/fade-dark-spots, Accessed Jul 12 2023.
  2. HYPERPIGMENTATION, https://www.aocd.org/page/Hyperpigmentation, Accessed Jul 12 2023.
  3. Seeing spots? Treating hyperpigmentation, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/seeing-spots-treating-hyperpigmentation, Accessed Jul 12 2023.
  4. Skin pigmentation problems, https://dermnetnz.org/topics/skin-pigmentation-problems, Accessed Jul 12 2023.
  5. Pigmentation: Abnormal Pigmentation, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11014-pigmentation-abnormal-pigmentation, Accessed Jul 12 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda, Jom Cuba!

Banyak Jeragat Di Muka? Ayuh Cuba 5 Cara Tradisional Untuk Hilangkannya, Selamat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan