Hakikatnya, leher yang gelap boleh menjadi tanda kandungan insulin berlebihan di dalam darah.
Jika anda mula melihat sebarang gejala, adalah mustahak untuk menguji gula dalam darah dan mendapatkan khidmat nasihat doktor atau pakar diabetes.
Di samping itu, obesiti adalah penyebab lain yang berpotensi memicu kondisi leher hitam.
Tambahan pula, kanak-kanak yang mengalami keadaan ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2!
Dalam kes yang jarang berlaku pula, acanthosis nigricans berupaya menjadi tanda amaran terhadap tumor barah pada organ dalaman seperti di hati atau perut.
Simptom-simptom
Gejala utama black neck adalah kegelapan pada kulit leher itu sendiri. Dalam sesetengah kes, kulit gelap ini juga boleh terbentuk pada kawasan badan lain seperti, ketiak.
Antara simptom lain yang mungkin turut terjadi merangkumi:
- Kulit menebal
- Kegatalan
- Tesktur kulit seakan kain baldu
- Mengeluarkan bau yang aneh
- Kekeringan
Black neck, apa punca-puncanya?
Leher hitam atau acanthosis nigrican juga boleh terjadi pada individu yang sihat atau mereka yang mempunyai masalah perubatan tertentu.
Kondisi ini sering dapat dilihat pada individu obes atau mempunyai masalah dengan tahap darah insulin yang meningkat, seperti diabetes.
Kemungkinan penyebab-penyebab lain termasuklah:
- Pengambilan beberapa jenis ubat kolesterol, termasuk nicotinic acid
- Kontraseptif oral
- Hypothyroidism (tahap hormon tiroid rendah akibat tahap aktiviti kelenjar tiroid yang rendah)
- Terapi hormon pertumbuhan
- Gangguan kelenjar pituitari
- Penyakit Addison (kekurangan hormon daripada kelenjar adrenal)
Individu yang bergelut dengan kondisi acanthosis nigrican turut mempunyai tahap insulin yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menghidapnya.
Malah, ditambah dengan diet tidak seimbang yang terdiri daripada gula, kanji, dan makanan tidak menyihatkan yang lain berupaya meningkatkan kadar insulin, bahkan kegemukan!
Pilihan-pilihan rawatan
#1 Krim dan salap
Salah satu pilihan rawatan yang mudah untuk leher hitam adalah retinoid topikal.
Selain retinoid topikal, kalian juga boleh cuba mencari produk yang mengandungi asid alfa-hidroksi atau AHA seperti asid glikolik dan laktik, antioksidan, serta vitamin C.
#2 Laser

Rawatan laser berfungsi menggunakan pancaran cahaya yang disasarkan untuk mengurangkan hiperpigmentasi.
Sel-sel kulit baharu yang terbentuk bakal memberikan penampilan kulit lebih sekata dan muda!
#3 Chemical peels (pengelupasan kimia)
Prosedur ini bantu menyingkirkan kulit mati melalui proses pengelupasan secara kimia, dan menghasilkan sel-sel kulit baharu yang segar dan sihat!
Walaupun ia dianggap sebagai prosedur kosmetik, chemical peels menjadi antara pilihan rawatan yang berkesan.
#4 Mikrodermabrasi
Mereka yang ingin membaik pulih penampilan kulit berpigmen, boleh memilih untuk melakukan rawatan mikrodermabrasi!
Ini juga adalah rawatan pengelupasan tanpa rasa sakit dan kurang invasif yang dilakukan oleh pakar terlatih yang bertujuan untuk meremajakan dan memperbaiki permukaan kulit.
Tip pencegahan yang boleh dilakukan
Sekiranya kondisi leher hitam anda berkaitan dengan kegemukan, maka penurunan berat badan adalah jawapannya!
Ini perkara-perkara yang boleh anda lakukan:
Akhir kata…
Untuk menangani masalah ini, cukup mustahak untuk anda mengenal pasti tanda-tanda awal acanthosis nigricans.
Dengan memerhatikan simptomnya memberikan anda peluang untuk amalkan langkah-langkah penjagaan, mengubah gaya hidup, ataupun mendapatkan rawatan awal bagi mencegahnya daripada melarat!