Bersenam sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan, tetapi kajian baru oleh penyelidik daripada Monash University di Melbourne, Australia mendapati, melakukan senaman melampau mampu menyebabkan penyakit sepsis.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Bersenam sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan, tetapi kajian baru oleh penyelidik daripada Monash University di Melbourne, Australia mendapati, melakukan senaman melampau mampu menyebabkan penyakit sepsis.
Kondisi kesihatan ini adalah keadaan yang berpotensi mengancam nyawa disebabkan oleh tindak balas sistem imun terhadap jangkitan.
Tubuh biasanya melepaskan bahan kimia ke dalam aliran darah untuk melawan jangkitan.
Sepsis berlaku apabila tindak balas badan terhadap bahan kimia ini tidak seimbang, mencetuskan perubahan yang boleh merosakkan banyak sistem organ.
Sekiranya sepsis berkembang menjadi kejutan septik, tekanan darah bakal turun secara mendadak dan mampu mengakibatkan kematian!
Ikuti artikel ini untuk mengenali penyakit sepsis dan kaitannya dengan senaman.
Terdapat 3 peringkat penyakit ini:
Penting untuk anda mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mempunyai gejala berikut. Semakin awal anda dapatkan rawatan, semakin besar peluang untuk kembali pulih.
Simptom-simptom sepsis termasuk:
Sepsis yang teruk berlaku apabila terdapat kegagalan organ. Anda mesti mempunyai 1 atau lebih daripada tanda-tanda berikut untuk didiagnosis dengan sepsis teruk:
Di samping itu, bagi gejala kejutan septik termasuk gejala sepsis teruk, tandanya adalah tekanan darah yang sangat rendah.
Sebarang jangkitan boleh mencetuskan penyakit sepsis, tetapi jenis jangkitan berikut lebih cenderung dalam menyebabkannya:
Menurut National Institute of General Medical Sciences, jumlah kes sepsis di Amerika Syarikat meningkat setiap tahun. Sebab-sebab kenaikan mungkin termasuk:
Walaupun sebilangan individu mempunyai risiko jangkitan yang lebih tinggi, namun sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit sepsis.
Antaranya termasuk:
Kajian ini diketuai oleh Dr. Ricardo Costa daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik di Monash, diterbitkan dalam International Journal of Sports Medicine and Exercise Immunology Review.
Keracunan darah, juga dikenali sebagai septikemia atau sepsis, terjadi ketika bahan kimia imun bocor ke aliran darah, lalu menyebabkan tindak balas keradangan yang terlalu aktif.
Ia juga boleh menyebabkan pembekuan dan pembuluh darah yang bocor, mengganggu aliran darah dan mencegah organ tubuh daripada menerima oksigen dan nutrien yang diperlukan.
Selain itu, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), lebih daripada 1 juta orang di Amerika Syarikat mengalami sepsis setiap tahun, dengan sekitar 28 sehingga 50% individu mati akibat penyakit ini.
Bayi dan kanak-kanak, orang tua, individu dengan penyakit kronik seperti kanser atau AIDS serta mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah berisiko tinggi untuk terkena penyakit sepsis.
Walau bagaimanapun, penyelidikan terbaharu daripada Dr. Costa dan rakan sekerja menunjukkan bahawa bersenam secara melampau juga boleh menjadi faktor risiko untuk kondisi tersebut.
Selain itu, Physical Activity Guidelines untuk masyarakat Amerika mengesyorkan orang dewasa bersenam sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti senaman berintensiti sederhana atau 75 minit aktiviti berintensiti tinggi setiap minggu.
Tetapi, dianggarkan hampir separuh daripada masyarakat gagal memenuhi garis panduan ini dan terdapat golongan yang mengamalkan senaman melampau.
Menurut Dr. Costa, bersenam lebih dari 4 jam dalam satu sesi dianggap ekstrem, seperti melakukan latihan ketahanan yang berulang-ulang.
Amalan seperti ini biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang mengambil bahagian dalam acara sukan ekstrem, seperti maraton, yang sering berlaku semasa musim panas, dan memberi tekanan pada badan.
Untuk menjalankan kajian, para penyelidik menganalisis sampel darah daripada 17 individu yang mengambil bahagian dalam ultra maraton 24 jam dan 19 individu yang mengambil bahagian maraton dalam pelbagai peringkat.
Sampel darah diambil daripada setiap peserta tepat sebelum dan sesudah selesai acara, dan semua sampel dibandingkan.
Hampir semua sampel darah yang diambil daripada peserta, para penyelidik mengenal pasti petanda yang serupa dengan sampel darah pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit sepsis.
Pasukan penyelidik mendapati bahawa individu yang lebih cergas dan terlatih dalam jangka masa lama mempunyai tahap interleukin 10 yang lebih tinggi, cytokine antiradang, yang mengurangkan kesihatan negatif yang mempengaruhi tindak balas imun.
Justeru, adalah sangat penting bagi individu yang ingin menyertai suatu acara untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan melakukan program latihan yang perlahan dan stabil.
Sepsis dapat berkembang dengan cepat dan menjadi kejutan septik lalu mengakibatkan kematian jika tidak dirawat.
Para doktor menggunakan sejumlah ubat untuk merawat penyakit sepsis, termasuklah:
Tambahan itu, sepsis yang teruk juga memerlukan sejumlah besar cecair IV dan alat pernafasan untuk bernafas.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen