backup og meta

Cara Hilangkan Panau Di Muka Moden VS Tradisional, Mana Lebih Berkesan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/01/2024

    Cara Hilangkan Panau Di Muka Moden VS Tradisional, Mana Lebih Berkesan?

    Panau adalah masalah yang boleh terjadi pada keseluruhan tubuh badan termasuk di kulit muka lantas akan menjejaskan kecantikan dan keyakinan diri. Persoalannya, bagaimana cara hilangkan panau di muka tersebut? Jom terus baca artikel untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Kenapa ada panau di muka?

    Untuk pengetahuan anda semua, panau atau tinea versicolor adalah sejenis infeksi yis pada kulit yang didalangi oleh mikrob kulat seperti dari genus Malassezia furfur. 

    Apabila kulat ini menjangkiti kulit, ia bakal mengakibatkan timbulnya tompok-tompok pucat dan jelas yang berwarna putih, coklat, perang, merah serta hitam, bergantung kepada warna kulit individu.

    Tompok yang berbentuk bulat dan bujur itu juga kadangkala boleh bercantum lantas membuat ia tampak lebih besar serta luas. Kesannya, ia akan menjejaskan tahap kecantikan dan keyakinan diri individu.

    cara hilangkan panau di muka
    Contoh panau pada muka.

    Dalam pada itu, panau turut akan mendatangkan rasa gatal dan tidak selesa! Maka, penting untuk penderita masalah kulit ini melakukan sesuatu sebelum terlambat.

    Ini antara cara hilangkan panau di muka anda!

    Apa yang lebih membimbangkan adalah jika masalah kulit ini berlaku di wajah kerana ia tidak lagi boleh disorokkan. Tenang, kami ada beberapa cara hilangkan panau di muka yang berkesan.

    Terbahagi kepada 2 cara yakni moden atau tradisional, berikut adalah antara cara yang anda boleh cuba:

    Cara nak hilangkan panau – Moden

    Pertama, anda mesti berjumpa doktor atau pakar kulit bagi mengesahkan kondisi tersebut terlebih dahulu dan mendapatkan preskripsi ubat yang diperlukan sama ada jenis oral atau topikal.

    Bergantung kepada tahap panau di muka yang anda ada, berikut adalah antara ubat yang berkesan:

    • Propylene glycol
    • Selenium sulphide
    • Whitfield’s ointment
    • Krim terbinafine
    • Kumpulan azoleclotrimazole, miconazole, ketoconazole, econazole, tioconazole

    Sesungguhnya, ubatan preskripsi pakar di atas adalah cara hilangkan panau di muka paling efektif!

    Cara nak hilangkan panau – Tradisional

    Dalam masa yang sama juga, wujud beberapa cara hilangkan panau di muka tradisional yang anda boleh cuba tetapi ia mungkin tidak begitu berkesan. Namun, tidak salah untuk cuba bukan?

    #1. Lidah buaya

    cara hilangkan panau di muka
    Lidah buaya biasa digunakan dalam merawat panau.

    Anda tidak perlu terkejut jika aloe vera muncul di dalam senarai ini kerana ia sangat popular dan bagus untuk kulit, ekoran tumbuhan ini mempunyai sifat antiradang dan antikulat yang kuat.

    Tidak cukup dengan itu, lidah buaya juga mampu membantu kulit melawan infeksi mikrob sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang telah terjejas akibat terkena jangkitan.

    Sapukan sahaja ia pada kulit yang berpanau dan ulang rutin ini sebanyak 2 ke 3 kali dalam sehari.

    #2. Bawang putih antara cara menghilangkan panau di wajah

    Bawang jenis ini turut memiliki komponen antikulat yang amat kuat di samping sifat antioksidan, antibakteria, antiviral serta antikanser sekali gus bagus digunakan atau disapukan pada kulit.

    Menurut kajian, kandungan 0.6 peratus ajoene di dalam bawang putih mampu untuk membunuh kulat punca masalah panau setelah penggunaannya di kulit yang telah terjejas selama sebulan.

    Caranya, sapukan bawang putih pada kulit berpanau selama beberapa minggu sehingga ada kesan.

    #3. Serbuk kunyit

    Merupakan ubat panau yang paling lama digunapakai, serbuk kunyit juga mempunyai komponen antikulat, antiseptik serta antibiotik yang mampu mendorong proses penyembuhan panau.

    Biasa dijadikan sebagai masker, anda turut boleh menyapukan serbuk kunyit pada kawasan muka yang terjejas dek panau sahaja. Jadikan ia sebagai rutin harian sehingga masalah ini hilang.

    cara hilangkan panau di muka
    Elakkan guna bahan-bahan ini pada muka untuk merawat panau.

    #4. Minyak teh sebagai cara nak hilangkan panau

    Bukan sahaja boleh menjadi cara hilangkan panau di muka, ia juga mampu membuat kegatalan di kulit anda kurang bahkan hilang sepenuhnya hasil kandungan antikulat yang begitu tinggi.

    Individu hanya perlu menyapukan ia pada kulit yang berpanau bersama dengan jenis minyak lain seperti kelapa atau zaitun, biarkan, kemudian bilas dan ulang rutin beberapa kali dalam seminggu.

    #5. Sapu yogurt pada panau

    Akhir sekali, anda turut boleh sapukan yogurt untuk hilangkan panau di wajah kerana ia memiliki kandungan probiotik yang mampu menghambat dan menghalang pertumbuhan kulat pada kulit.

    Konklusinya, mungkin ada banyak cara nak hilangkan panau di wajah. Namun, sangat disarankan untuk anda mencuba kaedah moden terlebih dahulu sebelum tradisional untuk lebih selamat ya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan