Mahu Kelihatan Cantik Hingga Sanggup Cucuk Vitamin C? Hentikan! Bahaya Untuk Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Lumrah bagi wanita untuk obses terhadap kecantikan. Golongan Hawa sanggup berhabis ribuan ringgit dalam usaha mencantikkan diri, dan ini termasuklah trend hangat masa kini iaitu suntikan vitamin C.

Kemunculan pelbagai produk kecantikan di negara ini bak cendawan tumbuh selepas hujan, namun ramai pengguna memandang remeh soal kandungan bahan sesuatu produk.

Apa yang penting bagi kebanyakan mereka ialah hasil pantas terhadap kulit wajah tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan mengambil kira kandungan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Lebih menakutkan apabila melihat trend wanita yang begitu taksub mahu kelihatan cerah tanpa memikirkan kesan buruknya, yang mana membuatkan suntikan vitamin C cukup popular!

Kenali apa itu vitamin C

Vitamin C adalah nutrien penting dalam makanan kita. Ia mempunyai banyak peranan dan fungsi penting untuk sistem imun tubuh, termasuklah:

  • Proses penyembuhan luka
  • Mencegah kerosakan sel
  • Membina kolagen
  • Menghasilkan bahan kimia yang disebut neurotransmitter

Vitamin C juga oleh didapati dalam banyak makanan, terutamanya:

  • Buah sitrus dan jus
  • Lada merah dan hijau
  • Brokoli
  • Strawberi
  • Brussels

Anda juga boleh mendapatkan vitamin C dari makanan tambahan seperti suplemen. Makanan tambahan vitamin C boleh didapati dalam pelbagai bentuk:

  • Tablet oral
  • Tablet kunyah

Vitamin C juga boleh didapati dengan bentuk suntikan. Vitamin C yang disuntik akan dimasukkan ke dalam vena (intravena), ke otot (intramuskular), atau di bawah kulit (subkutan).

Kesan jika menyuntik vitamin C

Suntikan vitamin C adalah salah satu kaedah yang dianggap cukup berkesan sehingga keperluan nutrisi dan vitamin harian anda dapat dipenuhi.

Lebih-lebih lagi, dalam keadaan tertentu, seperti sakit, luka mulut, atau menjalani proses pemulihan, suntikan vitamin C ternyata sangat membantu.

Sebenarnya, kaedah ini cukup berkesan kerana tidak perlu melalui proses pencernaan dan diserap secara langsung oleh darah anda.

Walau bagaimanapun, jangan menolak bahawa adanya kesan sampingan daripada risiko menyuntik vitamin C.

Jika anda menggunakan vitamin C lebih daripada dos yang selamat, tentu akan ada kesan sampingan daripada pengambilan berlebihan pada vitamin C.

Menurut kajian dari Lippincott Williams & Wilkins, menyuntik vitamin C lebih daripada 30 gram boleh menyebabkan seseorang mengalami hipertensi.

Prehypertension adalah keadaan ketika seseorang mempunyai tekanan darah tinggi, tetapi masih dalam jumlah normal.

Di samping itu, terdapat beberapa kesan sampingan lain yang boleh berlaku sekiranya berlebihan vitamin C, seperti:

Risiko daripada suntik vitamin C

Bagi anda yang ingin menyuntik vitamin C dalam dos yang tertentu, anda harus berjumpa doktor terlebih dahulu.

Ini supaya anda mengetahui risiko apa yang mungkin berlaku semasa pengambilan suntikan vitamin C.

Selain itu, vitamin C juga dapat meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan yang anda makan.

Sekiranya vitamin C yang anda gunakan terlalu tinggi, badan anda akan menyerap terlalu banyak zat besi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Tambahan lagi, jika anda mempunyai anemia, suntikan vitamin C dalam dos yang tinggi dapat menimbulkan risiko hemolisis.

Ini terbukti melalui sebuah kajian daripada Case Reports in Medicine yang menunjukkan bahawa menyuntik vitamin C dalam keadaan ini dapat meningkatkan risiko hemolisis.

Interaksi antara vitamin C dan ubat-ubatan

vitamin untuk ibu mengandung

Vitamin C boleh berinteraksi dengan beberapa ubat lain dan ini juga menjadikan air kencing anda lebih berasid.

Dalam beberapa kes, ini dapat mengubah cara tubuh anda menyingkirkan ubat-ubatan tertentu  yang diambil.

Ini dapat mengubah kesan beberapa ubat dalam tubuh anda dan mengakibatkan penurunan keberkesanan atau peningkatan kesan sampingan.

Antara ubat-ubatan yang berpotensi untuk terganggu oleh kehadiran vitamin C:

  • Fluphenazin (Prolixin)
  • Magnesium salisilat (Novasal)
  • Mexiletine (Mexitil)
  • Salsalate

Dos vitamin C yang selamat

Setelah menyedari akan kesan sampingan dan risiko yang boleh disebabkan oleh suntikan vitamin C, ada baiknya untuk anda tahu berapakah dos vitamin C yang selamat.

Kebiasaannya, dos suntikan vitamin C untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin ini adalah 200 mg sekali sehari selama seminggu.

Sekiranya anda menggunakannya untuk menyembuhkan luka, dos penggunaannya adalah 1 gram sekali sehari selama 5 hingga 21 hari rawatan.

Sekiranya anda mempunyai keraguan, tanyalah doktor anda untuk mendapat penjelasan yang lebih baik mengenai dos suntikan vitamin C yang bersesuaian untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

Ramai ibu bapa yang memberikan vitamin untuk anak, tanpa memikirkan risiko yang bakal anak hadapi. Ini senarai suplemen berbahaya untuk anak remaja.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Ubat & Suplemen 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Sediakan Payung Sebelum Hujan! Ini 7 Nutrien PENTING Untuk Wanita Muda!

Anda wanita bekerjaya? Ikuti tips kesihatan kami untuk mengetahui makanan kesihatan wanita yang TERBAIK untuk anda amalkan setiap hari!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 18/06/2020 . 3 minit bacaan

Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

Ada mengatakan vitamin ibu mengandung penting jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu 05/06/2020 . 3 minit bacaan

Nak Turunkan Berat Badan? Ikuti Tip Pemakanan Ini…

Pengarah Herbalife kongsikan tips nutrisi makanan untuk penurunan berat badan melalui pemakanan seimbang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 09/01/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

nutrien makanan kanak-kanak

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan
jus kubis

Pernah Dengar Mengenai Vitamin U? Ia Ada Dalam Jus Kubis & Katanya Baik Untuk Ulser Perut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun psoriasis

Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
Cara diet

Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan