backup og meta

Kaedah Pembuangan Bulu Yang Lazim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 05/07/2023

    Kaedah Pembuangan Bulu Yang Lazim

    Kita sentiasa dihantui oleh kewujudan rambut atau bulu di bahagian-bahagian badan yang tidak diingini seperti bahagian atas bibir, dagu, belakang dan kaki. Ianya disebabkan oleh pelbagai sebab termasuk genetik, ubat-ubatan, paras hormon yang tinggi dan juga sindrom polycystic ovarian. Terdapat banyak kaedah pembuangan bulu yang berada di pasaran dan kebanyakkan daripadanya, rambut atau bulu tersebut akan tumbuh semula.

    Bercukur

    Kaedah pembuangan bulu yang pertama adalah kaedah pembuangan bulu yang paling lazim iaitu bercukur. Bercukur adalah keadah terbaik untuk membuang bulu di kaki, tangan dan di wajah. Walau bagaimanapun, ianya boleh menyebabkan ketumbuhan rambut atau bulu dalaman, khususnya bulu ari-ari. Kebanyakkan orang berkata bercukur akan menyebabkan rambut atau bulu tumbuh dengan lebih kasar namun ini tidak benar. Hakikatnya, bulu yang tidak dicukur mempunyai hujung yang lembut cuma apabila dicukur dan dibuang hujung bulu ini, hujung yang lain akan naik dan berasa lebih kesar.

    Mencabut

    Kaedah ini mungkin sedikit menyakitkan namun ianya sesuai untuk kawasan yang mempunyai bulu atau rambut yang sedikit. Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk membentuk semula kening anda atau mencabut beberapa urat bulu atau rambut daripada muka anda. Walau bagaimanapun, kawasan besar tidak sesuai dengan keadah pembuangan bulu yang ini kerana ianya boleh menyebabkan risiko pertumbuhan rabut atau bulu dalaman dan juga parut.

    Krim depilatori

    Anda boleh menggunakan krim depilatori – krim pembungan rambut atau bulu, tanpa preskripsi. Terdapat banyak krim-krim depilatori di pasaran jadi cuba untuk baca dan fahami arahan pada produk tersebut keran terdapat krim yang khusus untuk bahagian seperti bahagian bulu ari-ari dan juga muka.

    Pelilinan panas (Hot waxing)

    Pelilinan pansa boleh dilakukan di rumah, spa atau salon. Kebanyakkan wanita menggunakan kaedah pembuangan bulu ini untuk membuang bulu ari-ari atau bulu di bahagian atas bibir. Perlu diingati, pelilinan panas boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan dan tidak selesa. Tambahan lagi, ianya boleh menyebabkan beberapa urat rambut tertinggal kerana tercerai. Anda juga mungkin boleh rasa sakit seakan terbakar akibat pelilinan yang panas. Tambahan lagi, jangkitan juga berupaya untuk berlaku. Sesetengah krim jerawat preskripsi (seperti Retin-A) atau isotretionin perlu dielakkan daripada digunakan sekali dengan pelilinan panas. Sekiranya anda gunakan krim-krim ini, pelilinan boleh mengakibatkan kulit boleh tertanggal.

    Pembuangan bulu berteraskan laser 

    Ini adalah kaedah pembuangan bulu yang tahan lama namun umumnya, ianya memerlukan rawatan berulangan 4 hingga 6 minggu tempoh selang. Anda hanya boleh menggunakan kaedah ini untuk rambut yang gelap.

    Pancaran laser atau denyutan cahaya, berfungsi untuk memusnahkan folikel rambut. Rawatan ini agak mahal dan menyakitkan, namun ianya boleh digunakan di pelbagai bahagian badan. Perlu diingati bahawa anda perlu berjumpa dengan doktor atau juruteknik laser yang berkemahiran dan berpengetahuan.

    Elektrolisis

    Kaedah pembuangan bulu ini melibatkan jarum kecil diletakkan dan berlakunya aliran arus elektrik ke dalam folikel rambut. Terdapat dua kaedah pembuangan bulu elektrolisis primer: Galvanik dan Termolitik.

    Ubat-ubatan dan bulu yang tidak diingini

    Sekiranya kaeadah pembuangan bulu di atas tidak berkesan, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan melalui penggunaan ubat-ubatan penekan penumbuhan rambut dan bulu seperti Spironolactone atau Vaniqa (krim preskripsi) yang mampu untuk melambatkan penumbuhan rambut.

    Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan