brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Bolehkah Makan Vitamin C Ketika Haid? Ramai Percaya Ia Akan Ganggu Kitaran!

Ramai wanita mungkin persoal sama ada bolehkah makan vitamin C ketika haid kerana ramai yang percaya bahawa ia akan ganggu kitaran. Ia masih kekal jadi tanda tanya.

Bolehkah Makan Vitamin C Ketika Haid? Ramai Percaya Ia Akan Ganggu Kitaran!

Meskipun pengambilan suplemen seperti vitamin-vitamin adalah sangat penting, wanita juga perlu lebih waspada agar ia tidak akan beri kesan lain pula pada tubuh badan.

Jadi, bolehkah makan vitamin C ketika haid? Jom terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Kenapa vitamin ini penting untuk wanita?

Untuk pengetahuan anda semua, Vitamin C adalah salah satu daripada jenis antioksidan yang paling kuat dan popular diambil oleh semua individu terutama golongan wanita.

Ini kerana vitamin ini merupakan penggalak sistem imuniti tubuh badan, malah mungkin boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat kanser dan penyakit yang tertentu.

Dalam pada itu, ia juga bakal memainkan peranan penting buat wanita hamil kerana akan beri kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan perkembahan bayi dalam perut.

bolehkah makan vitamin c ketika haid

Tidak cukup dengan itu, ia turut ada manfaat lain bukan sahaja kepada kesihatan malahan aspek kecergasan dan kecantikan tubuh badan wanita. Maka tidak hairan ia popular.

Apa yang jadi kebimbangan di sini ialah sama ada ia akan ganggu kitaran haid wanita atau tidak.

Vitamin C akan ganggu kitaran haid wanita?

Sebenarnya, isunya di sini adalah jika sama ada pengambilan vitamin C ini akan ganggu kitaran haid wanita kerana ada ubatan atau suplemen lain yang akan beri kesan itu.

Dari segi logik akal, vitamin ini memang mampu mempengaruhi hormon di dalam tubuh badan wanita seperti estrogen dan progesteron yang mengawal kitaran haid mereka.

Perubahan kadar hormon ini seterusnya mungkin akan menjadi punca kontraksi rahim sekali gus membuat dinding rahim itu pecah lantas menyebabkan darah haid keluar.

Akibatnya, pengambilan vitamin C dipercayai mungkin akan menggangu kitaran haid wanita di mana ia bakal menjadi lebih lambat atau lebih cepat. Namun, ia tepat.

Ini kerana tiada sebarang bukti saintifik yang berjaya menunjukkan atau membuktikan bahawa vitamin ini mampu mempengaruhi kitaran menstrual dan haid wanita.

bolehkah makan vitamin c ketika hamil

Jadi, bolehkah makan vitamin C ketika haid?

Seperti mana yang telah kami kata di atas tadi, masih tiada sebarang bukti saintifik yang kata bahawa vitamin ini akan mempengaruhi kitaran menstrual dan haid wanita.

Jadi, persoalan sama ada bolehkan makan vitamin C ketika haid ini mungkin telah terjawab dan jawapannya adalah boleh serta tidak akan mendatangkan masalah haid.

Dalam pada itu, wanita juga perlu tahu bahawa setiap bulan haid itu pasti akan datang jika anda memiliki fizikal normal dan tidak hamil. Maka, darah akan banyak keluar.

Pengeluaran darah pada setiap bulan ini seterusnya juga boleh jadi punca kekurangan zat besi dan kesannya adalah seperti kondisi anemia serta ada efek pada kesuburan.

Memandangkan vitamin ini boleh bantu tubuh badan serap zat besi dengan lebih banyak, maka boleh dikatakan bahawa pengambilannya adalah sangat penting untuk wanita.

Apa punca sebenar gangguan datang bulan?

Sebenarnya, bukan pengambilan ubat atau suplemen seperti vitamin C ini yang akan jadi punca gangguan pada kitaran haid yang tidak teratur kerana ada faktor risiko lain.

Berikut adalah perkara yang perlu wanita waspada jika tidak mahu ada gangguan kitaran haid:

  • Sindrom polisistik ovari
  • Masalah sistem ginekologi
  • Masalah emosi dan mental
  • Gangguan pada darah
  • Gangguan pada tiroid
  • Pengamalan kaedah kontraseptif
  • Penyalahgunaan ubat atau dadah
  • Rawatan tertentu seperti kemoterapi dan terapi radiasi lain
  • Penyakit tertentu seperti sindrom rengsa usus, batuk kering dan kencing manis
  • Menyusukan anak dengan susu badan
  • Ketidakseimbangan gaya hidup

bolehkah makan vitamin c ketika haid

Mungkin juga wujud faktor risiko lain yang kami tidak nyatakan di atas. Jika wanita ingin tahu apa punca sebenar gangguan kitaran haid anda, jumpa doktor dengan kadar segera.

Konklusinya, tidak perlu lagi ada persoalan bolehkan makan vitamin C ketika haid kerana ia tidak akan menjejaskan kitaran haid anda malahan juga sangat penting untuk wanita.

Untuk tahu berapa dos pengambilan yang tepat mengikut hari, minggu atau bulan, dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor atau pakar diet yang berdekatan.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 hari lalu