JANGAN Guna Sanitizer & Pegang Resit! Ia Salah Satu Punca Kanser Payudara?

Kanser payudara merupakan kanser paling kerap dihidapi wanita di seluruh dunia. Apabila didiagnosis kanser payudara tahap 3, ia sering menimbulkan kebimbangan kerana ia sejenis kanser yang bermula dengan pertumbuhan sel dalam tisu payudara.
Menurut Bernama, bilangan kes kanser payudara di Malaysia semakin meningkat sejak tahun 2007 dengan 50.5 peratus kes di kesan pada tahap 3 dan 4.
Kini, ramai yang mula bertanya tentang peranan faktor persekitaran, termasuk pendedahan seharian terhadap bahan kimia daripada produk seperti hand sanitizer dan kertas resit. Sejauh mana kebenarannya?
Apa kaitan di antara sanitizer, resit dan barah payudara ?
Kami akan terangkan kepada anda terlebih dahulu agar anda dapat faham.
Resit yang sering kali diambil di kedai makan, kedai runcit, parking dan sebagainya adalah sejenis thermal paper. Ia mengandungi bahan kimia bisphenol BPA dan BPS, yang boleh mengganggu fungsi hormon.
Buat pengetahuan anda, kebanyakan resit kedai menggunakan thermal paper yang disalut dengan bahan kimia seperti pewarna leuco (yang menjadi gelap apabila dipanaskan), BPA atau BPS untuk menghasilkan warna dan penstabil supaya ianya kekal.
Kajian mendapati terdapat perhubungan antara pendedahan kepada bahan kimia yang boleh mengganggu endokrin seperti BPA dan isu kesihatan lain, termasuk kanser, gangguan metabolik seperti diabetes, penyakit jantung dan masalah kehamilan.

Sementara itu, BPS juga dikaitkan dengan obesiti, masalah metabolik seperti diabetes semasa mengandung, kemudaratan reproduktif dan kanser payudara yang berkaitan dengan hormon.
Sesetengah individu mempunyai tabiat menggunakan hand sanitizer selepas menyentuh sesuatu barang.
Apabila individu ini mengambil resit pembelian dan menggunakan sanitizer sejurus itu, ia boleh mendatangkan kemudaratan kesihatan termasuk kanser, kecacatan kelahiran dan isu perkembangan lain.
Mudah kata, dengan sentuhan ringkas pada resit sebenarnya boleh memindahkan bahan kimia ini ke kulit anda, dan penggunaan sanitizer boleh meningkatkan penyerapan dengan ketara.
Hal ini diakui oleh Melissa Cooper Sargent, peguam bela kesihatan alam sekitar di Pusat Ekologi Michigan, di mana, resit adalah laluan pendedahan biasa untuk bisphenol yang mengganggu hormon yang mudah menyerap melalui kulit.
Memegang resit dengan jari yang lembap atau berminyak dan menggunakan hand sanitizer atau losyen juga meningkatkan penyerapan BPA dan BPS pada kulit, menurut Dr. Fitzgerald.
Kanser payudara, antara kesan jangka panjang
Buat pengetahuan anda, kanser payudara boleh menyerang golongan wanita dan golongan lelaki juga berisiko.
Jika perkara ini berterusan, anda berisiko mengalami kanser payudara tahap 3 atau 4!
BPA ialah sejenis bahan yang mengganggu hormon. Ini kerana ia mampu untuk “menyamar” menjadi hormon estrogen. Pengganggu endokrin ini boleh meningkatkan risiko kanser payudara, kerana estrogen memainkan peranan dalam pembangunan dan pertumbuhan kanser payudara positif reseptor hormon.
BPA ini juga boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman plastik. Disebabkan kesannya yang bahaya, anda perlu cakna dan memilih barangan bebas BPA demi kesihatan jangka masa panjang yang baik.
- Gangguan kesuburan (sperma & telur merosot)
- Risiko obesiti & diabetes
- Risiko kanser berkaitan hormon (seperti kanser payudara dan prostat)
- Masalah kehamilan
Jadi, apa saya perlu lakukan untuk elak kanser payudara tahap 3 ?
1. Tidak perlu meminta resit
Katakan tidak pada resit kecuali resit penting seperti waranti dan claim.

2. Minta e-resit sebagai alternatif
3. Cuci tangan setelah memegang resit
4. Asingkan resit dan wang yang ada di dalam dompet untuk elak kanser
5. Elakkan ambil resit jika anda hamil atau sering bersama kanak-kanak
Kesimpulan
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kebimbangan, dapatkan nasihat dan penilaian lanjut daripada doktor bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan keadaan anda.
