backup og meta

Cara Hilang Jerawat Dengan Berkesan, Elak Ubat Bukan Preskripsi!

Cara Hilang Jerawat Dengan Berkesan, Elak Ubat Bukan Preskripsi!

Jerawat sering kali mengganggu kebanyakan orang, namun keadaan jerawat yang teruk boleh menyebabkan tekanan pada seseorang. Jerawat yang teruk kadang-kadang dipanggil jerawat sistik (cystic acne) yang meradang, sering menyakitkan. Namun begitu, tahukah anda cara hilang jerawat yang berkesan dan cepat?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

4 jenis jerawat yang teruk

Berikut merupakan jenis jerawat yang biasa:

  • Nodulocystic acne: Ciri yang membezakan jerawat jenis ini adalah sista yang meradang, yang mana terdapat benjolan dengan nanah, cecair atau bahan lain. Sista yang menyakitkan ini boleh membesar dan sering ditemui pada bahagian bahu, belakang, dada leher dan wajah.
  • Acne conglobata: Ia adalah bentuk jerawat yang jarang dan luar biasa. Ia berlaku apabila bentuk sista yang besar dan menyakitkan menyambung di bawah kulit, menjadikannya kelihatan dan meninggalkan parut. Ia paling sering menyerang lelaki muda. Tanda pertama jerawat ini mungkin jerawat yang menjadi lebih teruk berbanding menjadi lebih baik, akhirnya meradang dan dijangkiti. Nodul ini dipenuhi dengan nanah dan mungkin mempunyai bau busuk.

  • Acne fulminans:  Jenis jerawat ini dicirikan oleh keradangan yang tiba-tiba dan teruk yang menjejaskan seluruh badan. Ia berkaitan dengan kenaikan hormon lelaki, dan paling biasa dalam kalangan lelaki semasa remaja.
  • Gram negative folliculitis: Ia berlaku apabila folikel di dalam kulit meradang akibat jangkitan bakteria. Ia kadang-kadang berlaku pada mereka yang cuba merawat jenis jerawat yang teruk lain dengan antibiotik topikal atau oral dalam tempoh masa yang lama.

Elakkan produk jerawat bukan preskripsi

kesan produk merkuri

Rawatan jerawat amat penting bagi mengelakkan kesan parut jerawat yang mendalam.

Cara hilang jerawat pertama yang anda perlu lakukan adalah hindari produk jerawat bukan preskripsi kerana ia mungkin tidak akan berfungsi untuk keadaan jerawat yang teruk. 

Jerawat yang teruk mesti dirawat oleh profesional perubatan.

Ini kerana anda memerlukan ubat jerawat preskripsi untuk benar-benar mengawal jerawat anda yang teruk.

Anda juga perlu berjumpa pakar dermatologi.

Bagaimana pakar dermatologi membantu masalah anda?

Cara hilang jerawat yang paling berkesan untuk anda adalah dengan membuat temu janji bersama pakar dermatologi.

Ini kerana mereka lebih mengetahui rawatan dan ubat-ubatan yang sesuai dengan keadaan kulit dan jerawat anda.

#1. Antibiotik dan ubat untuk jerawat

Pengambilan antibiotik merupakan rawatan pertama yang boleh mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat anda.

Ubat yang anda gunakan pada kulit juga berfungsi untuk mengurangkan bakteria dan liang yang tersumbat.

Sekiranya rawatan ini gagal membersihkan kulit anda, pakar kulit anda boleh menukar antibiotik anda atau berbincang dengan anda mengenai isotretinoin.

#2. Isotretinoin

ubat merawat jerawat

Ini adalah ubat kuat yang menyerang semua empat punca jerawat iaitu bakteria, liang tersumbat, minyak yang berlebihan, dan keradangan (kemerahan dan pembengkakan).

Kira-kira 85% pesakit melihat pembersihan kekal selepas satu tempoh isotretinoin.

Oleh kerana ia mungkin menyebabkan kesan sampingan, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan sama ada anda ingin mengambil ubat ini atau sebaliknya.

Jika anda memutuskan untuk mengambil isotretinoin, anda mesti mendaftar dalam program pemantauan.

#3. Pil kawalan kelahiran (wanita sahaja)

Pil kawalan kelahiran boleh menjadi sebahagian daripada pelan rawatan jerawat yang berkesan.

Apabila merawat jerawat yang teruk, pil kawalan kelahiran boleh digunakan bersama dengan antibiotik atau ubat yang dipanggil spironolactone untuk mengawal jerawat. 

Sekiranya memilih pengambilan pil ini, adalah penting untuk memberitahu pakar kulit anda mengenai semua keadaan perubatan anda, termasuk penyakit jantung.

#4. Sporonolactone (wanita sahaja)

Ubat ini juga merupakan cara hilang jerawat yang berkesan buat wanita. Ia mengurangkan minyak yang berlebihan.

Jika ia menjadi pilihan anda, pastikan anda memberitahu pakar kulit anda mengenai semua keadaan perubatan anda.

#5. Pembuangan jerawat

Pakar dermatologi anda boleh menggunakan cara hilang jerawat yang lain juga seperti mengeluarkan sista besar atau nodul.

Salah satu cara pakar dermatologi anda membuang sista atau nodul yang menyakitkan adalah menyuntiknya dengan kortikosteroid.

Ini membantu mengurangkan saiz dan kesakitan dengan cepat.

cara hilang jerawat

#6. Prednisone berdos rendah

Ini adalah kortikosteroid kuat. Pakar dermatologi menetapkannya untuk merawat jenis jerawat yang sangat serius yang dipanggil jerawat fulminans.

Ia juga digunakan untuk merawat pityrosporum folliculitis, ruam seperti gatal-gatal.

Jadi, persoalan mengenai cara hilang jerawat anda sudah pun terjawab.

Tanpa rawatan khusus, jerawat yang teruk boleh menyebabkan parut yang besar dan berlaku kerosakan pada kulit.

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dari pakar dermatologi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What can clear severe acne? https://www.aad.org/public/diseases/acne-and-rosacea/severe-acne Accessed on Jan 18, 2019.

Acne. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne. Accessed on October 12, 2023.

Acne. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/diagnosis-treatment/drc-20368048Accessed on October 12, 2023.

How Dermatologists Treat Acne: 5 Options Explained. https://www.michiganmedicine.org/health-lab/how-dermatologists-treat-acne-5-options-explained Accessed on October 12, 2023.

Ubat Jerawat. http://www.myhealth.gov.my/ubat-jerawat/. Accessed on October 12, 2023.

Versi Terbaru

13/10/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Deodoran Punca Kulit Ketiak Gelap? Ini 5 Mitos Mengenai Ketiak Hitam!

Kecilkan Liang Pori Wajah Anda Dengan 10 Langkah Ini, Baru Kulit Lebih Berseri!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan