Anda berasa liang pori yang wujud pada wajah mencacatkan paras rupa? Jadi mungkinkah terdapat kaedah yang dapat membantu kecilkan pori di wajah? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Bagaimana Liang Pori Besar Terjadi?
Bagaimana liang pori besar boleh muncul di kulit anda?
Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan liang pori anda menjadi besar. Antara punca-puncanya adalah seperti:
- Faktor genetik. Keadaan ini berlaku apabila seseorang individu itu memiliki kulit secara semula jadi tebal dan berminyak yang cenderung memiliki liang pori besar.
- Peningkatan usia. Faktor usia akan menyebabkan kulit hilang keanjalan dan kolagen semakin berkurangan.
- Sinaran matahari. Cahaya matahari sememangnya bagus. Tetapi penerimaan cahaya matahari secara berlebihan adalah tidak baik untuk kulit.
- Sebum berlebihan mengakibatkan kelenjar sebaceous menghasilkan banyak minyak dan menyebabkan kulit jadi berminyak.
- Peningkatan jumlah folikel rambut.
- Minyak terkumpul di liang dan bercampur dengan kotoran, bakteria dan alat solekan, menyebabkan pori tersumbat. Jika terus tersumbat, jerawat boleh muncul.
- Kulit menebal, menyebabkan sel-sel kecil berkumpul di sekeliling liang, menjadinya kelihatan lebih besar.
- Blackheads.
- Lelaki lebih cenderung memiliki liang pori besar kerana faktor genetik dan peningkatan pengeluaran minyak.
Tip membantu mengecilkan liang pori
Perkongsian di bawah ini mungkin akan dapat membantu anda untuk mengecilkan pori dan menjadinya kurang ketara, sekali gus membantu mengembalikan keyakinan anda.
1. Kecilkan pori dengan membersih
Salah satu cara mengecilkan pori-pori wajah dengan cepat adalah dengan melaksanakan rutin harian dengan menjaga kulit agar kekal bersih. Cuci muka dua kali sehari dengan pencuci muka untuk mengecilkan pori yang bersesuaian dengan wajah anda.
2. Pengelupasan guna skincare untuk mengecilkan pori
Individu yang memiliki kulit berminyak perlu melakukan kaedah pengelupasan kulit atau scrub (exfoliating) sekali atau 2 kali seminggu supaya sel kulit mati, kotoran, minyak berlebihan dari lapisan atas kulit dapat disingkirkan.
3. Pemilihan produk skincare untuk mengecilkan pori
Untuk kulit berminyak, anda perlu memastikan bahawa anda memilih produk untuk mengecilkan pori yang berasaskan air untuk mengelakkan lebihan minyak untuk masuk ke dalam pori.
Ini kerana jika anda menggunakan produk yang berasakan minyak, ia akan menjadikan kulit anda semakin berminyak dan liang pori akan semakin membesar.
4. Gunakan moisturizer untuk mengecilkan pori
Menggunakan pelembap juga merupakan salah satu cara mengecilkan liang pori wajah dengan cepat. Ia dapat menghidrat dan melembutkan kulit serta membantu sebum untuk dapat menembusi permukaan kulit dengan lebih dalam.
5. Topeng muka
Menggunakan topeng tanah liat untuk sekali atau 2 kali seminggu sebagai skincare untuk mengecilkan pori. Kaedah ini akan menghilangkan minyak dari liang-liang dan mengelakkannya dari menjadi lebih besar serta menjadikannya kurang ketara.
6. Rawatan ubatan
Penggunaan kaedah seperti retinoid, asid salisilat, asid alpha hydroxy atau benzoyl peroksida tidak akan hanya mengurangkan saiz liang dan kecilkan pori tetapi juga akan membantu memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat dan merawat kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari.
Tip kecilkan pori no. 7. Pengelupasan kimia
Pengelupasan kimia merupakan antara cara mengecilkan liang pori wajah dengan cepat.
Namun begitu, proses ini perlu dijalankan di pusat rawatan yang akan menggunakan pelbagai jenis asid kekuatan-preskripsi termasuk salicylic, laktik, retinol, dan trikloroasetetik untuk menghilangkan lapisan luar kulit mati anda dan memberikan kulit yang lebih segar, sihat dan lembut.
8. Pelindung matahari
Memakai pelindung matahari adalah amat penting untuk melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari dan boleh membantu kecilkan pori anda secara tidak langsung.
Gunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF-30 setiap hari. Sebaiknya elakkan dari terdedah kepada pancaran matahari antara pukul 10 pagi sehingga 4 petang.
Tip kecilkan pori #9. Solekan
Pastikan produk solekan yang anda gunakan adalah sesuai untuk mengatasi masalah liang pori anda, seperti produk tersebut harus merupakan produk formula bebas minyak yang dapat membantu mengatasi masalah pori anda.
10. Cuci solekan
Perhatian buat wanita yang gemar bersolek!
Jadi secara tidak langsung, ia juga membantu usaha anda untuk mengecilkan pori.