backup og meta

Awas, Ini 3 Risiko UTAMA Jika Anda Lakukan Seks Tanpa Kondom!

Awas, Ini 3 Risiko UTAMA Jika Anda Lakukan Seks Tanpa Kondom!

Seks adalah satu nikmat namun boleh jadi satu musibah jika tidak dilakukan dengan betul. Disebabkan itu, anda perlu sentiasa mengamalkan seks yang cermat dan selamat agar risiko jangkitan kelamin dapat dikurangkan. Persoalannya, bagaimanakah untuk merealisasikan hasrat ini? Jawapannya adalah dengan penggunaan kondom! Jom ikuti artikel untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Seks dan kondom

Kondom digunakan dalam kehidupan seks suami isteri untuk tujuan merancang atau menyekat kehamilan. Bukan itu sahaja, ia juga sebenarnya boleh membantu mencegah sexual transmitted diseases (STD) seperti HIV. Disebabkan itu, pemakaian alat kontrasepsi ini adalah penting semasa melakukan hubungan intim.

Ya, masyarakat kita memang majoriti Islam dan hubungan seks sebelum berkahwin adalah dilarang. Namun, kita hidup berbilang bangsa dan agama. Selain itu, pilihan adalah terletak di tangan anda sendiri. Jadi, perbuatan seks sebelum berkahwin adalah tidak dapat dielakkan dan merupakan satu norma masyarakat kini.

Jadi, kondom memang diperlukan. Bukan sahaja untuk menghalang kehamilan dari berlaku, malahan untuk beberapa sebab penting yang lain.

Fakta menarik mengenai kondom

#1. Untuk pengetahuan anda, kondom telah digunakan sejak 15 ribu tahun yang lalu lagi. Antara yang terawal dijumpai dia Sweden dan ia diperbuat daripada usus babi.

#2. Negara kita, Malaysia merupakan negara yang mempunyai kilang penghasilan dan pengeluaran kondom yang terbesar di dunia. Kita membekalkan sekurang-kurangnya 25% dari pasaran dunia. Selain negara kita, Amerika Syarikat juga adalah negara yang banyak menghasilkannya. Jadi, apa beza kita dengan Amerika agaknya, ya?

#3. Sejak tahun 1920 lagi, ia dihasilkan daripada lateks dan mula dijual oleh sebuah syarikat penghasilan kondom iaitu London Rubber Company atau lebih dikenali sebagai Durex pada tahun 1932. Namun, para pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak bahan material berbeza seperti usus haiwan digunakan untuk membuatnya. Selain itu, sutera dan kulit juga boleh dijadikan unsur utama dalam pembuatan alat mencegah kehamilan ini.

#4. Setiap kali berbicara mengenai alat kontrasepsi ini, sudah pasti kita akan tertumpu kepada golongan lelaki sahaja. Hakikatnya, ia juga tercipta untuk wanita. Bagi versi wanita, ia mempunyai bentuk seakan kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap penghujungnya. Cara ia digunakan adalah dengan cara memasukkannya ke dalam lubang faraj setiap kali sebelum melakukan hubungan kelamin. Dalam erti kata yang lebih mudah, ia dapat berfungsi menghlang sperma daripada memasuki faraj lantas mencegah kehamilan luar jangkaan.

#5. Ia tidak 100% boleh mencegah kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin. Buat anda yang belum tahu, peratusan keberkesanannya hanya sebanyak 97%. Namun, jumlah yang memberangsangkan ini adalah yang tertinggi dalam senarai kaedah seks selamat yang wujud. Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti salah cara guna kondom atau telah tamat tarikh luput.

Jadi, sudah terbukti kondom memang boleh mencegah kehamilan luar jangkaan dari berlaku. Oleh itu, penggunaannya adalah sangat penting bagi pasangan suami isteri terutamanya yang masih muda dalam usaha merancang keluarga.

Akan tetapi, bukan itu sahaja kebolehan alat kontrasepsi ini, ya? Ia juga sangat berkesan dalam usaha menentang penyakit kelamin yang boleh berjangkit (STD)!

kondom

Risiko STD lebih tinggi

The Food and Drug Administration (FDA) melaporkan bahawa jutaan individu yang tinggal di Amerika akan menghidapi STD setiap tahun. Antara penyakit kelamin yang dilaporkan selalu terjadi akibat tidak memakai alat kontrasepsi semasa hubungan seks bersama pasangan adalah HIV, gonorrhea, chlamydia, syphilis, herpes dan hepatitis.

Dalam pada itu, risiko STD ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya anda bertukar-tukar pasangan seks. Ini kerana anda mungkin tidak begitu tahu sejarah kesihatan dengan individu tersebut dan hanya kenal untuk beberapa hari sahaja sebelum memutuskan untuk melakukan ‘one night stand’. Ia adalah perbuatan yang sangat berisiko.

Pun begitu, jangan sangka individu yang anda telah kenal lama tidak menghidapi sebarang bentuk STD. Mungkin mereka juga mengalaminya tanpa disedari. Jadi, sila amalkan langkah keselamatan. The Centers for Disease Control and Prevention (CDC), menyarankan anda untuk menggunakan kondom untuk mengelakkan anda dijangkiti STD terutamanya HIV.

kondom

HIV, penyakit yang paling ditakuti 

Untuk pengetahuan anda, HIV boleh merebak melalui mukus membran zakar, faraj dan lubang dubur. Selain itu, ia juga boleh dipindahkan dari individu ke individu melalui luka, mulut dan mana-mana kawasan terbuka pada tubuh badan. Jadi, alat kondom adalah salah satu cara untuk meminimumkan risiko STD berjangkit.

Menurut kajian, kondom yang diperbuat daripada lateks adalah sangat efektif dalam mencegah HIV dari merebak. Jika anda mempunyai alahan terhadap lateks, kondom dari jenis polyurethane atau polyisoprene juga sangat berkesan dalam menghalang penyebaran HIV. Akan tetapi, ia lebih mudah pecah.

Disebabkan itu, negara kita mewajibkan setiap pasangan yang ingin berkahwin untuk melakukan ujian saringan HIV terlebih dahulu. Ini sudah pasti salah satu dari usaha murni kerajaan untuk mencegah STD daripada berleluasa. 

kondom

Kehamilan luar jangkaan

Melakukan hubungan seks bersama pasangan tanpa sebarang alat kontrasepsi akan mengakibatkan kehamilan luar jangkaan. Ya, anda mungkin kata ia adalah rezeki atau anugerah. Namun, ia sebenarnya perlu dan boleh dikawal untuk merancang keluarga.

Menurut kajian yang diterbitkan di laman sesawang Planned Parenthood, kondom adalah 98 peratus berkesan mencegah kehamilan jika digunakan dengan betul dan keberkesanannya akan menurun kepada 85 peratus jika digunakan dengan kurang cermat.

Mungkin ada pasangan yang mengatakan bahawa pil perancang sudah memadai. Ya, ia mungkin boleh mencegah kehamilan. Namun, ia tidak boleh melindungi anda daripada sebarang jenis STD. Jadi, penggunaan kondom adalah serampang dua mata yang boleh membantu anda mencegah STD dan juga kehamilan luar jangkaan.

Konklusi

Kesimpulannya, kondom adalah alat kontrasepsi yang sangat efektif dalam mencegah STD dan kehamilan luar jangkaan. Jadi, ia sangat sesuai untuk digunakan oleh pasangan suami isteri dalam kehidupan seks anda. Bukan mereka sahaja, pasangan yang belum berkahwin juga perlu menggunakannya untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Pun begitu, penulis tidak kata seks sebelum berkahwin itu adalah boleh dilakukan. Terutamanya bagi orang yang beragama Islam, ketahuilah bahawa ia adalah perbuatan haram yang dilarang. Lagipun, bukankah ia akan lebih indah, suci dan bermakna jika seks dilakukan setelah anda dan pasangan mempunyai ikatan yang sah? 

 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.healthline.com/health/hiv/risks-sex-without-condoms#number-of-partners. Accessed on November, 2019.

Versi Terbaru

02/11/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan