home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Punca Dan Risiko Jika Anda Menahan Air Mani Dari Terpancut Keluar

Punca Dan Risiko Jika Anda Menahan Air Mani Dari Terpancut Keluar

Dalam konteks hubungan seksual, apa yang pasti dimahukan oleh setiap individu adalah kepuasan nafsu syahwat masing-masing.

Disebabkan itu, pelbagai cara telah dilakukan dalam usaha pasangan suami isteri mencapai orgasma dan ejakulasi yang memuaskan.

Pun begitu, ada di antara pasangan yang sengaja tahan air mani daripada keluar tatkala beraksi! Kenapa? Bagaimana? Apa kesannya?

Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki sila dapatkannya di sini.

Adakah orgasma tanpa ejakulasi itu normal?

Hakikatnya, setiap perlakuan seksual tidak kira penetrasi zakar ke dalam faraj, seks oral, seks anal dan lain-lain bertujuan mengeluarkan air mani.

Ini kerana terpancutnya air mani daripada kemaluan anda dan pasangan merupakan petanda sudah mencapai klimaks dan puasnya nafsu syahwat.

Jika difikirkan secara logik akal, adalah mustahil untuk seseorang itu mencapai orgasma tanpa ejakulasi tidak kira lelaki atau wanita.

Meskipun dianggap tidak normal, ketahuilah bahawa ada situasi di mana individu boleh menemui kepuasan tanpa melepaskan air mani.

Namun, apakah puncanya?

klimaks seks

Punca air mani tidak keluar ketika berhubungan

Normal untuk air mani terpancut keluar daripada alat sulit tatakala bersetubuh, namun lain pula ceritanya jika ia tidak terjadi.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca perkara ini tidak berlaku termasuklah:

#1. Sengaja tahan air mani daripada keluar

Walaupun mungkin kelihatan agak aneh, memang ada individu yang dengan sengaja tahan air mani daripada keluar dan ia dikenali sebagai retensi air mani.

Majoriti individu melakukannya atas pelbagai sebab termasuklah keagamaan dan kepercayaan di mana kononnya ia boleh menguatkan tubuh badan.

Sehingga kini, masih tidak wujud sebarang kajian yang mengatakan bahawa retensi air mani ini akan mendatangkan sebarang kesan sampingan negatif.

#2. Anejakulasi (pertama dan kedua)

Buat anda yang belum tahu, anejakulasi adalah satu kondisi di mana individu masih boleh mencapai orgasma meskipun tidak mengeluarkan air mani.

Juga dikenali sebagai orgasma kering, ia dikelaskan kepada dua jenis iaitu:

Pertama – Sejak dari lahir tidak mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan air mani.

Kedua – Kehilangan kemampuan untuk mengeluarkan air mani pada satu ketika.

Anejakulasi ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor risiko termasuklah:

  • Kecederaan saraf tunjang
  • Kecederaan otot pelvik
  • Gangguan sistem saraf
  • Jangkitan
  • Ubatan
  • Ketidaksuburan
  • Masalah mental

setitik air mani boleh hamil

#3. Ejakulasi retrograd

Ada satu kondisi yang menyebabkan air mani tidak terkeluar daripada alat sulit sebaliknya termasuk kembali ke salur air kencing apabila mencapai klimaks.

Kondisi ini dinamakan sebagai ejakulasi retrograd dan penderitanya masih akan mampu mencapai orgasma tanpa pengeluaran air mani daripada alat kemaluan.

Ia mungkin tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan negatif selain mengakibatkan air kencing anda berwarna agak keruh ketika kencing.

Apakah kesan tahan air mani daripada keluar?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas, terdapat 3 sebab utama air mani tidak keluar di saat berasmaradana dengan pasangan.

Antara 3 sebab utama itu, dapat dikonklusikan bahawa ia mungkin berpunca daripada perbuatan yang disengajakan atau keadaan kesihatan.

Walau apapun puncanya, adakah perbuatan tahan air mani daripada keluar ini berbahaya?

Sehingga kini masih tidak dapat ditemukan sebarang kesan sampingan yang negatif akibat daripada perbuatan ini terhadap tubuh badan.

Ini kerana tubuh badan kita secara semula jadinya mampu menguraikan sperma dan air mani yang telah diproses tetapi tidak dikeluarkan.

Ia bermakna, pengunduran atau penyimpanan air mani semula ke dalam tubuh badan tidak akan memberi apa-apa kesan yang buruk terhadap fizikal.

masalah air mani cepat keluar

Pun begitu, kalian perlu tahu bahawa pengulangan melakukan perbuatan ini mungkin akan menjejaskan kesihatan mental dalam jangka masa panjang.

Penerangannya, individu yang kerap melakukannya mungkin akan terus kehilangan kemampuan untuk memancutkan air mani keluar daripada alat sulit.

Kesannya, pasangan anda atau diri sendiri mungkin akan mula mengalami disfungsi seksual lantas mengakibatkan stres dalam kehidupan di kamar tidur.

Perlukah kita tahan air mani daripada keluar?

Jawapannya, ada pada diri anda sendiri kerana sudah terbukti bahawa tiada sebarang kesan negatif akibat perbuatan ini terhadap fizikal.

Pun begitu, lain pula ceritanya terhadap kesihatan mental kerana ia akan menjejaskannya jika dilakukan secara berulang kali.

Jadi, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu mengenai perkara ini sebelum melakukannya okay!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://doh.gov.ph/faqs/What-happens-to-sperm-that-are-not-ejaculated-during-sexual-intercourse-Will-they-accumulate-in-the-scrotum-and-cause-it-to-burst-or-cause-other-problems
  2. https://www.nhs.uk/conditions/ejaculation-problems/
  3. https://www.issm.info/sexual-health-qa/what-is-anejaculation/
  4. https://www.health.harvard.edu/a_to_z/retrograde-ejaculation-a-to-z
  5. https://www.verywellhealth.com/delayed-ejaculation-3300047
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 22/01/2021
x