Namun, angka ini hanya melaporkan idea daripada sekumpulan pasangan dan bukan keseluruhan individu yang tidak sama pandangan atas alasan kehendak, keperluan atau kemampuan.

Sekiranya kalian berdua melakukan lebih atau kurang daripada jumlah di atas, jangan rasa ganjil kerana perkara ini sudah tentu sangat subjektif dengan jawapan berbeza bergantung individu.
Untuk keselarasan yang optimum, 4 ke 5 kali seks sebulan dipercayai adalah angka paling sesuai!
Keharmonian rumah tangga paling utama!
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, kebanyakan pasangan kini bekerja atau belajar pada masa serentak sekali gus menyebabkan mereka mungkin tidak memiliki ruang atau peluang untuk menjalani kehidupan di ranjang dengan kekerapan ideal.
Antara faktor risiko pasangan itu tidak dapat melakukan hubungan intim dengan kerap termasuk:
- Usia individu
- Kondisi kesihatan
- Hormon dalam tubuh badan
- Pengambilan ubat
- Perancangan keluarga
- Isu fizikal kerana khuatir tidak menarik perhatian pasangan
- Isu mental seperti kemurungan, kegelisahan atau keyakinan
- Kesibukan diri atau pasangan
- Masalah peribadi dalam perhubungan

Kesan perkara di atas, sudah wujud banyak kes nafkah batin terabai di mana lelaki atau wanita itu telah mengabaikan pasangan dengan tidak mengendahkan kewajipan yang sangat penting ini.
Akibatnya, ada risiko tinggi untuk perhubungan dua insan itu menjadi retak menunggu rebah dan ia boleh meningkatkan kemungkinan mereka bercerai jika hal ini tidak berjaya diselesaikan.
Apa yang wajar dilakukan oleh pasangan untuk menyelamatkan hubungan adalah berkomunikasi bukan sahaja tentang kekerapan seksual bahkan hala tuju kehidupan yang diinginkan kalian.
Konklusinya, seks itu tentu sahaja amat penting buat setiap individu kerana ia adalah lumrah alam terutama buat mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Tepuk dada tanya selera, berapa kerap anda rasa jumlah yang bagus untuk seks dalam sebulan?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen