backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Cukup Ke Hubungan Intim 2x Seminggu? Ini Kekerapan Normal Bersama Pasangan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    Cukup Ke Hubungan Intim 2x Seminggu? Ini Kekerapan Normal Bersama Pasangan

    Ada banyak tips hubungan suami isteri yang dapat kita baca dan dengar di pelbagai jenis platform bukan? Namun, perkara paling penting yang perlu anda tahu adalah tentang frekuensi atau kekerapan seks!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Kepentingan seks di dalam tips hubungan suami isteri

    Dalam kehidupan rumah tangga, tiada perkara yang lebih penting daripada perasaan cinta, rindu, bahagia dan kasih sayang. Persoalannya, bagaimana untuk mengecapi semua ini?

    Mudah sahaja, sudah tentulah dengan kehidupan seks yang sihat dan sejahtera. Setiap pasangan perlu melakukan hubungan intim selepas kahwin bagi memenuhi keperluan dan kemahuan seksual masing-masing.1

    Dalam pada itu, aktiviti inilah yang bakal merapatkan lagi perhubungan di antara suami dan isteri. Tanpanya, maka mungkin tiada erti pertalian buat kalian.1

    Ya, ia satu kerugian yang kemudian akan menjejaskan keharmonian hidup dalam rumah tangga. Jadi, usah bertangguh dan beralasan lagi dan segera cari tips hubungan suami isteri!

    Kekerapan seks adalah kunci utama keharmonian di ranjang?

    “Sebenarnya tiada jumlah kekerapan seks yang normal kerana setiap perhubungan itu berbeza bergantung kepada individu masing-masing,” jelas Pakar Seks, Dr. Logan Levkoff dari New York University.2

    tips hubungan suami isteri
    Antara cara hangatkan semula hubungan intim.

    Dalam erti kata mudah, istilah ‘normal’ itu sendiri perlu difahami oleh anda dan pasangan di mana komunikasi adalah kunci utama untuk memastikan kalian puas atau tidak dalam konteks hubungan intim selepas kahwin.2

    Namun, ada satu kajian yang mengatakan bahawa wujud jumlah frekuensi seks ideal dipraktikkan oleh suami isteri.

    Menurut sebuah kajian terbitan jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017, majoriti pasangan yang tinggal di Amerika Syarikat akan melakukan hubungan intim selepas kahwin sekitar 54 kali dalam masa setahun.3

    Jika dihitungkan kembali, kebanyakan mereka ini akan melakukan seks sekali dalam seminggu

    Jumlah ini turut dipersetujui di dalam kajian lain yang telah berlangsung selama hampir 40 tahun iaitu terbitan jurnal Social Psychological and Personality Science.4

    Tips hubungan suami isteri yang bahagia adalah dengan melakukan seks sekali seminggu?

    Apa manfaat hubungan intim 3 kali seminggu?

    Mengikut kajian yang dinyatakan di atas, ya! Seks sekali dalam seminggu sudah memadai sebagai tips hubungan suami isteri itu kekal sihat dan sejahtera.2

    Namun begitu, angka ini bukanlah satu kayu ukur yang perlu dijadikan panduan atau ikutan.

    Sebaiknya, anda dan pasangan sendiri perlu mengetahui berapa kali seks dalam seminggu yang anda berdua perlukan untuk keharmonian rumah tangga. Kenapa?

    Ini kerana kekerapan seks yang perlu dijalani oleh setiap pasangan akan dipengaruhi oleh banyak faktor yang berbeza, antaranya seperti berikut:5

    • Bosan dengan aktiviti seks
    • Usia yang makin tua
    • Terlalu sibuk dan letih
    • Pengambilan ubatan atau rawatan tertentu
    • Perancangan keluarga
    • Masalah atau konflik dalaman
    tips hubungan suami isteri
    Hubungan suami isteri yang mesra.

    Dalam erti kata lebih mudah, sudah tentu faktor-faktor di atas ini akan mempengaruhi keperluan, kemahuan atau kekerapan seks oleh pasangan suami isteri!5

    Antara tips hubungan suami isteri yang anda boleh cuba

    Dalam kehidupan suami isteri yang penuh pancaroba kini, ramai pasangan yang tidak berkesempatan untuk bergurau dan bercanda bersama individu yang dicintainya.5

    Tenang, ini antara tip mudah yang anda dan pasangan boleh cuba dalam usaha menyemarakkan hubungan intim selepas kahwin:

    #1. Buat jadual untuk asmara

    Jangan jadikan kesibukan bekerja, berehat dan menguruskan anak sebagai alasan untuk anda menolak ajakan pasangan untuk berasmaradana.

    Sama seperti membuat jadual kerja di pejabat, anda dan pasangan boleh buat ‘jadual asmara’ ini bersama-sama sekali gus menjadi salah satu tips hubungan suami isteri agar tetap harmonis.6

    Carilah hari dan waktu di mana anda berdua mempunyai waktu senggang dan terluang yang boleh digunakan untuk beraksi di kamar tidur.

    Namun, jangan pula menjadi seperti robot ya! Jika pasangan mengajak anda di luar jadual yang ditetapkan, kenapa perlu menolak?  

    #2. Guna alat kontraseptif 

    Kadangkala, ada pasangan yang mungkin takut atau risau untuk lebih kerap melakukan seks kerana takut hamil di luar jangkaan.7 

    Tidak perlu risau, ada pilihan alat kontraseptif seperti kondom daripada Durex yang mempunyai macam-macam variasi termasuk varian paling nipis dan sensitif.

    tips hubungan suami isteri
    Kondom adalah antara alat kontraseptif.

    Syarikat gergasi, Durex merupakan jenama produk kontraseptif yang dipercayai oleh orang ramai dalam merancang keluarga. Penggunaan kondom bukan sahaja membuatkan hubungan anda lebih mudah dan lancar, tetapi tetap sihat serta selamat!

    #3. Guna cecair pelincir

    Selain takut akan kehamilan, ada juga pasangan yang mungkin menolak hubungan intim selepas kahwin angkara faktor ‘kekeringan’ alat kelamin masing-masing.8

    Faraj atau zakar yang kering bukan sahaja akan menyebabkan kesakitan semasa penetrasi, malah boleh mengakibatkan kondom ‘bocor’ lalu meningkatkan risiko hamil di luar jangkaan.

    Dengan pengunaan cecair pelincir yang berunsurkan H20 dan bebas bahan kimia daripada Durex, maka hubungan seksual akan jadi lebih licin dan lancar!

    Jika anda dan pasangan mahukan produk yang lebih mudah, cepat dan seronok, kalian boleh cuba gunakan cecair pelincir dan urutan, dua dalam satu keluaran Durex.

    #4. Mencipta kelainan dalam aktiviti seks

    Tidak dinafikan, kebosanan boleh menjadi faktor hubungan intim selepas kahwin itu hambar. Apa yang boleh anda dan pasangan buat adalah dengan mencipta kelainan di dalam aktiviti seksual.

    Salah satu caranya adalah dengan menggunakan peralatan atau permainan seks untuk menghangatkan suasana!9

    Dengan produk bergred dan berkualiti tinggi seperti dildo, vibrator, cock ring atau butt plug juga keluaran syarikat gergasi Durex, ia sudah pasti dapat menyemarakkan kamar tidur anda.

    Ini juga tips banyak air ketika bersama suami.

    Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk Durex.

    Konklusi

    Ada banyak tips hubungan suami isteri yang boleh mempengaruhi frekuensi seks agar ia lebih kerap, nikmat dan berjaya.1 Jadi, apa lagi yang anda tunggu?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan