backup og meta

Berapa Kerap Kena Tunaikan Nafkah Batin Dalam Sebulan, 4 Ke 5x Atau Lebih Lagi?

Berapa Kerap Kena Tunaikan Nafkah Batin Dalam Sebulan, 4 Ke 5x Atau Lebih Lagi?

Ramai pasangan suami isteri yang kurang pasti jawapan sebenar kepada soalan ini – nafkah batin berapa kali sebulan? Hakikatnya, tiada angka yang mampu dinyatakan kerana ia disesuaikan oleh individu masing-masing. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Apa kepentingan seks dalam kehidupan?

Setiap manusia mempunyai nafsu syahwat dalam diri yang hanya boleh dipuaskan melalui aktiviti seksual sama ada secara seorang diri atau bersama pasangan di dalam hubungan kelamin.

Disebabkan itu pula, individu yang berbeza jantina disarankan untuk berkahwin supaya keinginan dan kemahuan seksual mereka dapat disalurkan menerusi suatu kaedah yang paling ideal.

Di dalam rumah tangga pasangan Islam, nafkah batin menurut islam merupakan salah satu daripada tuntutan wajib selain nafkah batin bagi menyediakan keperluan kehidupan asas.

nafkah batin

Dalam erti kata lebih mudah, seks adalah naluri semula jadi yang wujud dalam diri setiap manusia dan ia amat penting kepada individu terutama kepada pasangan bercinta atau berkahwin.

Persoalannya, berapa kerap pasangan perlu buat hubungan seks? Adakah wujud angka yang tetap?

Berapa kerap dalam sehari atau seminggu?

Menurut kajian terbitan jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017, majoriti pasangan di Amerika Syarikat biasa melakukan hubungan seksual sekitar 54 kali dalam masa setahun.

Bermakna, mereka biasa melakukan aktiviti memuaskan nafsu syahwat sekali dalam seminggu dan jumlah ini juga dipersetujui oleh penyelidikan jangka masa panjang selama hampir 40 tahun.

Pakar Terapi Seks, Dr. Logan Levkoff dari New York University pula menyatakan bahawa tidak ada jumlah yang normal ekoran ia tentunya berbeza bergantung kepada pasangan masing-masing.

Dalam erti kata yang lain, kekerapan aktiviti seksual yang diyakini dan diakui sesuai adalah sekitar sekali seminggu tetapi angka ini juga tentu sahaja tertakluk kepada individu itu sendiri kerana ia dipengaruhi oleh aspek termasuk kemampuan dan keperluan seks.

Baca lagi artikel berkaitan:

Jadi, nafkah batin berapa kali sebulan?

Berdasarkan nombor yang dinyatakan menerusi kajian seliaan pakar-pakar di atas tadi, pasangan berkahwin wajar menjalani hubungan seks sekitar sekali seminggu.

Jika dikira dengan kaedah matematik, persoalan nafkah batin berapa kali sebulan mungkin boleh dijawab iaitu sekitar 4 ke 5 kali kerana di dalam 1 bulan mungkin mempunyai 4 atau 5 minggu.

Namun, angka ini hanya melaporkan idea daripada sekumpulan pasangan dan bukan keseluruhan individu yang tidak sama pandangan atas alasan kehendak, keperluan atau kemampuan.

nafkah batin

Sekiranya kalian berdua melakukan lebih atau kurang daripada jumlah di atas, jangan rasa ganjil kerana perkara ini sudah tentu sangat subjektif dengan jawapan berbeza bergantung individu.

Untuk keselarasan yang optimum, 4 ke 5 kali seks sebulan dipercayai adalah angka paling sesuai!

Keharmonian rumah tangga paling utama!

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, kebanyakan pasangan kini bekerja atau belajar pada masa serentak sekali gus menyebabkan mereka mungkin tidak memiliki ruang atau peluang untuk menjalani kehidupan di ranjang dengan kekerapan ideal.

Antara faktor risiko pasangan itu tidak dapat melakukan hubungan intim dengan kerap termasuk:

  • Usia individu
  • Kondisi kesihatan
  • Hormon dalam tubuh badan
  • Pengambilan ubat
  • Perancangan keluarga
  • Isu fizikal kerana khuatir tidak menarik perhatian pasangan
  • Isu mental seperti kemurungan, kegelisahan atau keyakinan
  • Kesibukan diri atau pasangan
  • Masalah peribadi dalam perhubungan

nafkah batin

Kesan perkara di atas, sudah wujud banyak kes nafkah batin terabai di mana lelaki atau wanita itu telah mengabaikan pasangan dengan tidak mengendahkan kewajipan yang sangat penting ini.

Akibatnya, ada risiko tinggi untuk perhubungan dua insan itu menjadi retak menunggu rebah dan ia boleh meningkatkan kemungkinan mereka bercerai jika hal ini tidak berjaya diselesaikan.

Apa yang wajar dilakukan oleh pasangan untuk menyelamatkan hubungan adalah berkomunikasi bukan sahaja tentang kekerapan seksual bahkan hala tuju kehidupan yang diinginkan kalian.

Konklusinya, seks itu tentu sahaja amat penting buat setiap individu kerana ia adalah lumrah alam terutama buat mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Tepuk dada tanya selera, berapa kerap anda rasa jumlah yang bagus untuk seks dalam sebulan?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is the “normal” frequency of sex?, https://www.issm.info/sexual-health-qa/what-is-the-normal-frequency-of-sex/, Accessed Nov 22 2022.
  2. Is it OK to have sex more than three times a day?, https://www.plannedparenthood.org/learn/ask-experts/is-it-ok-to-have-sex-more-than-three-times-a-day, Accessed Nov 22 2022.
  3. Is Sex Once A Week Enough For A Happy Relationship?, https://www.npr.org/sections/health-shots/2015/11/18/456482701/is-sex-once-a-week-enough-for-a-happy-relationship, Accessed Nov 22 2022.
  4. 8 Reasons Sex Improves Your Health, https://www.aarp.org/relationships/love-sex/info-06-2011/sex-improves-men-health.html, Accessed Nov 22 2022.
  5. 5 Benefits of a Healthy Sex Life, https://health.clevelandclinic.org/benefits-of-sex/, Accessed Nov 22 2022.

Versi Terbaru

15/04/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan