backup og meta

Ini Cara Betul Untuk Keluarkan Kondom Yang Tersekat Dalam Faraj

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/10/2022

    Ini Cara Betul Untuk Keluarkan Kondom Yang Tersekat Dalam Faraj

    “Alamak, kondom tersekat dalam faraj! Macam mana nak buat ni?”.

    Adakah anda dan pasangan pernah mengalami situasi sebegini? Jika ya, sudah tentu rasa takut dan cemas akan membelenggu diri ketika itu bukan?

    Sebenarnya, anda tidak perlu panik. Ini cara betul yang kalian perlu buat sekiranya kondom tersekat dalam faraj!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimana kondom tersekat dalam faraj?

    kondom tersekat dalam faraj

    Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah sangat penting untuk kita tahu terlebih dahulu apa punca alat kontrasepsi ini boleh tersekat di dalam faraj.

    Menurut Pakar Ginekologi Dr Alyssa Dweck, perkara ini sangat biasa terjadi. Puncanya disebabkan zakar lelaki kehilangan kemampuan ereksi secara tiba-tiba di saat penetrasi sedang giat dilakukan.

    Akibatnya, kondom yang dipakai mungkin akan terlucut secara sendiri. Pasangan mungkin tidak akan sedar perkara ini kerana kondom yang tertinggal itu selalunya tidak akan menjadikan faraj terkena jangkitan atau berbau.

    Cuma, si isteri mungkin akan berasa kurang selesa pada alat sulitnya itu. Kebiasaannya, mereka akan sedar kondom tersekat dalam faraj selepas melakukan pemeriksaan di hospital.

    Apa yang perlu dilakukan jika perkara ini terjadi?

    kondom tersekat dalam faraj

    Paling penting, tolong jangan panik!

    Ketahuilah anda atau pasangan sendiri boleh mengeluarkannya tanpa sebarang implikasi yang buruk jika ia dilakukan dengan betul.

    Selain itu, ia juga tidak akan termasuk ke dalam rahim sehingga anda perlu melakukan pembedahan untuk membuangnya. Jadi, sila kekal tenang.

    Menurut Pakar Urologi Michael Ingber, lubang faraj yang normal adalah kira-kira 10 hingga 12 sentimeter panjang. Jika difikirkan secara logik, kita sebenarnya boleh mengeluarkannya menggunakan jari.

    Pun begitu, penting untuk anda pastikan jari yang digunakan untuk mengeluarkan kondom dari dalam faraj itu adalah bersih dari segala jenis kuman. Jadi, sila basuh tangan dengan sabun terlebih dahulu.

    Selain itu, jangan pula kalian menggunakan alatan seperti pengetip kuku, pencabut bulu ketiak atau apa-apa sahaja peralatan lain kononnya untuk memudahkan usaha anda. Ia hanya akan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

    Bukan sahaja ia berisiko menjangkitkan kuman pada kemaluan, malah juga mungkin akan mencederakan bahagian dalam faraj lebih-lebih lagi jika anda menggunakan peralatan yang tajam.

    Oleh itu, ketepikan pilihan untuk menggunakan alatan. Hanya guna jari yang telah dipotong kuku dan dicuci dengan air dan sabun.

    Persoalannya, bagaimanakah cara untuk melakukannya?

    Guna 2 jari untuk menyepit kondom yang tersekat

    kondom tersekat dalam faraj

    Jawapannya, mudah sahaja. Sila guna 2 jari untuk menyepit kondom tersekat dalam faraj itu.

    Sebaiknya, lakukan ini dengan pasangan kerana adalah mustahil untuk anda melakukannya berseorangan.

    Sebagai wanita, anda perlu membayangkan diri anda sedang dalam proses melahirkan… kondom. Ya, mungkin kedengaran agak lucu namun itulah hakikatnya.

    Posisi yang paling sesuai untuk anda lakukan adalah dengan duduk mencangkung dan letakkan satu kaki anda di atas sesuatu yang lebih tinggi seperti kerusi kecil di dalam bilik air.

    Kemudian, sila masukkan 2 jari – jari telunjuk dengan jari hantu ke dalam faraj untuk mencari kedudukan kondom tersebut.

    Jika masih gagal, sila ubah posisi dan sudut tubuh badan anda. Mungkin anda boleh cuba berdiri atau berbaring dengan keadaan kaki sedang mengangkang.

    Dalam pada itu, anda dan pasangan juga boleh menyapu minyak pelincir pada jari kalian untuk melancarkan kemasukan jari sekali gus memudahkan usaha untuk mencari kondom tersekat dalam faraj.

    Paling penting, pasangan wanita perlu bernafas dengan tenang dan jangan kemut alat kemaluan anda okay!

    Jangan panik, ia pasti boleh dikeluarkan!

    Pun begitu, mesti anda akan tertanya-tanya bagaimana jika ia masih gagal dikeluarkan bukan?

    Adakah pembedahan perlu dilakukan untuk membuangnya? Tidak, jangan terburu-buru membuat kesimpulan.

    Sekiranya anda gagal dalam percubaan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, jangan takut atau cemas. Sebaliknya, segera pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan