Memang benar bahawa seks itu amat penting dan utama tetapi wujud banyak kesan sampingan hubungan kelamin yang mungkin pernah atau masih anda alami hingga ke saat ini!
Bagi mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Kesan sampingan hubungan kelamin itu wujud?
#1. Rasa tidak selesa jika selaput dara masih ada
Bagi si isteri yang akan melakukan hubungan seks, tetapi selaput dara masih tidak meregang atau menipis, ia mungkin akan menyebabkan sedikit rasa kurang selesa. Ini adalah perubahan wanita selepas bersetubuh.
Ini kerana, apabila hubungan intim yang dilakukan itu adalah jenis seks yang menembusi (penetrative sex), ia mungkin akan menyebabkan sedikit rasa sakit bahkan sedikit pendarahan.
Ada yang mengatakan, rasa sakit sedikit yang dialami jika selaput dara masih ada adalah sesuatu yang normal.
Tetapi, ia sebenarnya tidak normal jika seks yang dilakukan itu sering menimbulkan rasa sakit.
Untuk mengurangkannya, gunakan lebih banyak pelincir atau lakukan seks secara lembut dan perlahan.
Persoalannya, berapa lama rasa sakit setelah malam pertama? Sebenarnya, ia mungkin berbeza bergantung individu masing-masing.
#2. Cepat berasa letih
Ketika melakukan hubungan seks, ia boleh menjadi satu aktiviti yang agak memenatkan kerana melibatkan banyak pergerakan tanpa henti sehinggalah kedua-dua pasangan mencapai kepuasan.
Selain itu, rasa seronok atau teruja ketika melakukan aktiviti seksual itu juga menyebabkan kadar degupan jantung dan nafas anda menjadi sedikit laju.
Oleh sebab itu, aktiviti seks juga memerlukan lebih banyak tenaga dan bukanlah sesuatu yang pelik jika anda berasa keletihan sewaktu atau selepas melakukan hubungan kelamin.
#3. Kulit jadi kemerah-merahan
Sebenarnya, kesan sampingan hubungan kelamin yang lain adalah peredaran darah anda akan menjadi lebih laju atau meningkat secara mendadak.
Aliran darah dalam tubuh akan menjadi bertambah dan menyebabkan beberapa perkara seperti berikut:
- Kulit dan anggota badan seperti pipi dan dada menjadi kemerah-merahan
- Biji kelentit dan zakar mengalami ereksi atau menegang
- Vulva atau bukaan faraj membengkak
#4. Otot alami ketegangan semasa melakukan hubungan kelamin
Kesan sampingan hubungan kelamin turut sama seperti melakukan senaman atau regangan.
Bezanya mungkin senaman bersifat sebagai aktiviti di luar rumah, manakala hubungan kelamin pula adalah aktiviti di dalam bilik tidur.
Apabila anda melakukan aktiviti seksual, tekanan pada otot mungkin boleh menyebabkan ketegangan pada beberapa bahagian tubuh yang lain.
Ini termasuklah ketegangan yang mungkin berlaku pada tangan, kaki, pinggang dan juga betis.
Untuk mengurangkan ketegangan ini, cuba minum banyak air kosong sebelum anda memulakan hubungan intim bersama pasangan.
#5. Keluar cecair yang menyebabkan ketidakselesaan
Memandangkan aktiviti seksual melibatkan ‘keluar’ dan ‘masuk’ pada alat kemaluan anda, jangan pelik jika terdapat cecair badan yang turut serta keluar. Ini antara perubahan lelaki selepas bersetubuh.
Ini termasuklah air kencing, peluh badan, air mazi, air mani dan cecair faraj.
Ia mungkin akan menyebabkan cadar tilam anda menjadi kotor dengan warna yang tidak diingini.
Kesan sampingan hubungan kelamin kena tahu!
#1. Perubahan pada bau faraj
Untuk golongan wanita, bukaan faraj atau disebut sebagai vulva mungkin akan mempunyai bau yang berlainan setelah anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan bersama pasangan.
Air mani lelaki yang memasuki faraj akan mengubah tahap keasidan atau nilai pH faraj. Ia juga secara tidak langsung akan mengubah bau faraj selama 1 hingga 2 hari kemudian.
Namun, jika bau tersebut masih tidak bertukar normal selepas 3 hari, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang jangkitan pada faraj seperti vaginosis bakteria dan jangkitan yis.
#2. Otot menjadi sakit selepas melakukan hubungan kelamin
Ada beberapa bahagian pada tubuh anda yang akan berasa sakit selepas bersama pasangan.
Antaranya pada bahagian otot glute, hamstring, quad, lengan, dan otot teras anda.
Kesimpulan
Mungkin ada beberapa kesan sampingan hubungan kelamin lain yang anda alami selepas melakukan hubungan seks seperti mendapat jangkitan pada saluran kencing bahkan hamil bagi wanita.
Oleh sebab itu, bagi mengurangkan kesan-kesan seperti ini, anda perlu merancang aktiviti seksual anda dengan lebih baik seperti dengan memakai kondom ketika melakukan hubungan kelamin.
[embed-health-tool-ovulation]