backup og meta

Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? - Ini Kata Kajian Pakar

Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? - Ini Kata Kajian Pakar

Tidak dapat kita nafikan, zaman sekarang memang ramai individu yang memiliki naluri songsang terhadap seks.

Bukan mahu menghukum atau menghina, tetapi kecelaruan ini adalah tidak wajar diteruskan ekoran terdapat banyak kesan sampingan yang akan timbul kelak.

Antaranya adalah penyakit jangkitan kelamin (STD)! Tahukah anda bahawa terdapat kajian yang kata lelaki homoseksual dan biseksual lebih risiko terjangkiti sifilis?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu jawapannya.

Apa maksud sebenar lelaki homoseksual & biseksual?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu definisi sebenar golongan yang kami perkatakan ini terlebih dahulu.

Bagi mendapatkan pengertian yang sebenar, sila fahami 2 konsep ini:

Homoseksual

Ia adalah satu perhubungan di antara dua individu bersamaan jantina yang berasaskan cinta dan seks.

Biseksual

Ia adalah satu perhubungan di antara dua individu dengan jantina sama dan berbeza jantina.

Kedua-dua konsep ini termasuk di dalam kategori LGBTQ yang merupakan akronim untuk lesbian, gay, bisexual, transgender dan queer atau questioning.

Mereka yang tergolong di dalam kategori ini mungkin akan mengamalkan aktiviti seksual songsang dan tidak berlandaskan kepada fitrah manusia.

khunsa

Pun begitu, semua lapisan masyarakat sebenarnya tidak harus menghukum atau menghina mereka yang terkeliru dengan identiti diri sendiri ini.

Sebaliknya, kita semua haruslah bekerjasama dalam mendidik dan membawa mereka agar kembali ke kehidupan yang lebih sihat serta sejahtera.

Apa kesan menjadi lelaki homoseksual & biseksual?

Sebenarnya, terdapat banyak kesan yang negatif berbanding positif jika anda memilih untuk menjadi individu songsang nafsu syahwat ini.

Bukan sahaja aspek fizikal akan terjejas malahan aspek mental juga akan terganggu akibat kecelaruan identiti.

Kesan kepada fizikal

Antara kesan yang paling ketara mungkin akan terjadi adalah penularan STD yang lebih mudah dan teruk.

Berikut merupakan beberapa contoh penyakit jangkitan kelamin yang berisiko buat golongan ini:

  • Sifilis
  • Herpes
  • Hepatitis
  • Gonorrhea
  • Chlamydia
  • Trichomoniasis

Namun ketahuilah bahawa penyakit-penyakit ini bukan sahaja lebih berisiko kepada golongan LGBTQ tetapi kepada anda yang tidak mengamalkan seks yang selamat.

Kesan kepada mental

Ini adalah aspek yang lebih sukar untuk diteliti oleh pakar kerana ada kesannya yang mungkin tidak akan tergambar pada raut wajah seseorang.

simptom sakit kepala

Pun begitu, jauh di sudut hati mereka sebenarnya sedang mengalami gangguan lantas mengganggu otak untuk berfungsi dengan baik.

Antara kesan yang pasti akan terjadi akibatnya adalah kecelaruan identiti – mereka sendiri mungkin tidak mengenal diri dengan betul.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan untuk mereka ditimpa kegelisahan, kemurungan, stres, depresi atau lebih teruk lagi membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang diterima daripada masyarakat.

Benarkah mereka lebih risiko terjangkiti sifilis?

Baiklah, sekarang kita berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu benarkah lelaki homoseksual dan biseksual lebih risiko terjangkiti sifilis?

Jawapannya adalah mungkin ya jika mahu berpandukan pada kajian!

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Pengendalian Dan Pencegahan Penyakit (CDC), LGBTQ adalah golongan yang paling banyak terkena STD.

Kajian pada tahun 2014 itu turut mendedahkan bahawa berlaku peningkatan terhadap kes sifilis bagi lelaki homoseksual dan biseksual di seluruh dunia.

Dikatakan bahawa 83% daripada kes sifilis di dunia adalah berlaku di Amerika Syarikat yang merupakan negara bebas untuk berbuat apa sahaja.

Manakala pada tahun 2017 sehingga tahun 2018 pula, jumlah penderita sifilis dalam kalangan golongan ini di dunia meningkat kepada 14.4%.

Dalam erti kata yang lebih mudah, mungkin dapatlah kita simpulkan di sini bahawa lelaki homoseksual dan biseksual lebih risiko terjangkiti sifilis.

std

Apa perlu buat jika terjangkiti sifilis?

Jika ia berlaku kepada anda, sila segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan agar ia tidak melarat menjadi lebih teruk.

Tetapi apa yang lebih penting adalah mencegah daripada mengubat bukan?

Oleh itu, sila pastikan kalian lakukan seks dengan cara yang selamat:

  • Gunakan kondom tidak kira ketika penetrasi, seks anal atau seks oral
  • Elakkan berciuman atau berkucupan dengan pasangan yang dikhuatiri
  • Jauhkan diri daripada mencuba melakukan aktiviti seks bersama ramai pasangan
  • Lakukan ujian klinikal bersama pasangan dengan kerap

Jangan menghukum tapi kena mendidik!

Di sini, kami tidak kata anda boleh bebas menjalani hidup sebagai LGBTQ tetapi tidak juga ingin menghukum atau menghina anda yang terkeliru.

Ini kerana setiap manusia lahir dengan fitrah kejadian yang pelbagai dan kelainan itu mungkin akan berlaku sebagai ujian hidup di dunia ini.

Disebabkan itu, jangan menghukum tapi kena mendidik mereka yang sudah jauh terpesong ini!

Sama ada anda tergolong dalam kalangan lelaki homoseksual, biseksual atau sebarang golongan sekalipun, ketahuilah bahawa anda masih belum terlambat untuk berubah.

Untuk mendapatkan bantuan atau rawatan mengenai masalah yang anda hadapi, sila berjumpa doktor dengan segera okay!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.cdc.gov/msmhealth/STD.htm
  2. https://www.cdc.gov/std/syphilis/CTAmsm.htm
  3. https://www.hiv.gov/blog/rising-syphilis-cases-among-gay-and-bisexual-men
  4. https://www.healthypeople.gov/2020/topics-objectives/topic/lesbian-gay-bisexual-and-transgender-health
  5. https://www.catie.ca/sites/default/files/Syphilis-among-gay-bisexual-two-spirit-and-other-MSM.pdf

Versi Terbaru

06/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sifilis Kongenital: Antara Punca Utama Kematian Bayi Seluruh Dunia

Ada Ulser Di Kemaluan Yang Tidak Sakit?, AWAS Ia Mungkin Tanda 5 Sifilis Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan