backup og meta

Apakah Yang Dikira Sebagai Ketagihan Seks, Dan Bagaimana Ingin Merawatnya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2020

    Apakah Yang Dikira Sebagai Ketagihan Seks, Dan Bagaimana Ingin Merawatnya?

    Ketagihan seks adalah satu keadaan serius yang memerlukan bantuan dan rawatan. Artikel di bawah ini akan memberikan maklumat lanjut tentang perkara ini.

    Definisi

    Ketagihan seks ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila seseorang individu melakukan pelbagai tingkah laku seksual dengan kerap dan berulang kali dan ia boleh mengakibatkan kesan negatif dari pelbagai aspek kehidupan individu yang terbabit.

    Kesan

    Antara kesan buruk dari ketagihan seks ini adalah:

    • Penurunan tahap hubungan keintiman antara individu dan kehidupan peribadi, hubungan sosial dan keluarga.
    • Penurunan tumpuan kerja dan pembelajaran yang menyebabkan kemerosotan produktiviti.
    • Peningkatan risiko jangkitan seksual seperti HIV,HPV, AIDS, herpes, klamidia dan ketuat pada alat kelamin.
    • Kemerosotan kesihatan fizikal.
    • Berkemungkinan mendapat masalah disfungsi seksual.

    Di samping itu, individu yang mengalami masalah ketagihan seks juga boleh mempengaruhi aspek psikologi, seperti merasakan ketidakcukupan, malu dan tekanan emosi. Ia seterusnya membawa gangguan psikologi seperti kemurungan, panik, penyalahgunaan dadah dan alkohol, tindakan luar kawal dan ketidakseimbangan emosi serta boleh menyebabkan simptom jenis obsesif-kompulsif.

    Simptom

    Satu cara terbaik adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat dari doktor profesional. Namun, ada baiknya, sebelum berjumpa doktor, anda memastikan sama ada anda mempunyai sebarang simptom yang menunjukkan ketagihan seks.

    • Timbul perasaan malu dan bersalah serta membenci diri sendiri atas perlakuan seksual yang anda lakukan.
    • Kecenderungan dan pilihan seksual menjadikan kehidupan anda tidak terkawal dan tidak terurus.
    • Anda berjanji untuk berubah tetapi gagal.
    • Keinginan terhadap seks menjadi satu habit.
    • Sering bertukar pasangan seksual dan terlibat dalam hubungan satu malam.
    • Terfikirkan pelacur.
    • Melakukan hubungan seks tidak selamat.
    • Anda memilih siber seks.

    Punca

    Tiada bukti saintifik dapat dikaitkan dengan masalah ketagihan seks ini. Namun ia berkemungkinan disebabkan perubahan kimia di dalam otak.

    Terapi

    Terapi untuk mereka yang memiliki masalah ketagihan seks kebiasaannya akan memfokuskan untuk mengawal keinginan untuk terlibat dalam apa-apa yang berkaitan dengan seks. Walau bagaimanapun, kerana seks merupakan sebahagian perkara penting dalam kehidupan seseorang individu, ia sememangnya satu cabaran.

    Masalah ketagihan seks bukanlah isu yang asing pada masa kini dan tujuan utama terapi adalah untuk mengawal keinginan untuk melakukan seks agar ia tidak mendatangkan kesan buruk dalam kehidupan seseorang pada masa akan datang.

    Individu yang menderita ketagihan seks mungkin berasa malu dan segan untuk mengakui permasalahan yang dihadapi kepada diri sendiri mahupun kepada individu lain. Namun, mereka sentiasa boleh mendapatkan bantuan profesional atau doktor untuk membantu mengatasi masalah ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan