backup og meta

Mungkin 'Sedap' Guna Supaya Buat Terangsang, Tapi 5 Alat Ini Bahaya Untuk Melancap!

Mungkin 'Sedap' Guna Supaya Buat Terangsang, Tapi 5 Alat Ini Bahaya Untuk Melancap!

Ya, memang ramai manusia yang hidup di muka bumi ini beronani. Namun tahukah anda bahaya onani ini?

Walaupun fakta ini sangat sukar untuk dipercayai, namun inilah realiti sebenar kehidupan masa kini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pakar Sosiologi dari University of Chicago, kira-kira 61% lelaki dan 38% wanita yang tinggal di Amerika Syarikat mengaku pernah melancap.

Menurut kajian itu lagi, kelompok usia yang paling banyak melancap adalah golongan lelaki yang berumur 20 hingga 39 tahun serta golongan wanita yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Bukan sahaja di negara Uncle Sam, bahkan individu di seantero dunia ini juga tidak lari dari perbuatan ini.

Ada juga individu yang gemar beronani dengan bantuan pelbagai benda yang kadangkala tidak masuk dek akal.

Ingin tahu apakah benda-benda tersebut dan apakah bahaya onani dengannya? Baca artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

bahaya onani
Bahaya melancap kepada anda dan pasangan.

Benda yang tidak patut digunakan untuk beronani!

Adakah onani itu normal? Ya, meskipun ia masih ada banyak kesan onani kepada otot atau kesan onani kepada jantung dan lain-lain.

Menggunakan tangan kosong atau alat permainan seks juga adalah normal, namun benda-benda berikut adalah sangat tidak patut digunakan untuk melancap baik bagi lelaki atau wanita:

#1. Bahaya onani guna makanan

Terkejut? Memang ada orang yang melakukan bahaya onani ini!

Menurut Profesor Obstretrik dan Ginekologi di Northwestern University’s Feinberg School of Medicine Dr. Lauren Streicher, jangan sesekali menggunakan makanan sebagai alat untuk memuaskan nafsu.

Haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat terdedah kepada bakteria dan bahan kimia yang sangat berbahaya kepada alat sulit anda.

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis makanan juga mempunyai banyak bentuk yang sudah tentu boleh membuat alat kemaluan kalian luka.

bahaya onani
Bahaya melancap kepada mental dan fizikal.

#2. Berus gigi

Dr. Streicher turut menyatakan bahawa berus gigi sama ada jenis biasa atau eletrik juga adalah tabu ketika beronani.

Meskipun ia boleh bergetar sama seperti vibrator, berus gigi berisiko membuat alat sulit kalian mengalami kecederaan, kekoyakan dan keradangan pada tisu.

Ingin ditekankan bahawa, berus gigi mudah tercemar kerana bakteria dari mulut kita. Itulah sebabnya kita perlu menukarnya setiap 3 bulan.

Apatah lagi menggunakannya pada klitoris akan menyebabkan risiko kemasukkan bakteria ini ke dalam vulva dan vagina. Seterusnya mengakibatkan jangkitan tertentu.

#3. Sikat rambut

Dr. Streicher mendedahkan lagi bahawa sikat rambut juga boleh mendatangkan risiko yang sama dengan berus gigi.

Ini kerana ia sudah tentu mengumpul pelbagai kuman serta hidupan mikro seperti kutu pada rambut yang akan mendatangkan bahaya jika masuk ke dalam alat kemaluan.

Bukan itu sahaja, sifatnya yang agak tajam juga boleh melukakan alat sulit anda lantas mengakibatkan infeksi.

#4. Bahaya onani dengan lilin

Mungkin ramai menyangka sifat lilin yang licin adalah sesuai digunakan sebagai alat untuk beronani.

Anda ternyata salah kerana Dr. Streicher menjelaskan bahawa ia berisiko untuk patah semasa dimasukkan ke dalam faraj wanita.

Cairan lilin juga mengandungi bahan kimia yang boleh merengsakan kulit jika digunakan sebagai pelincir untuk zakar.

Ketahuilah beberapa objek atau alat berikut bahaya untuk digunakan ketika beronani:

  • Semua makanan dan minuman
  • Berus gigi
  • Sikat rambut
  • Lilin
  • Permainan selain sex toy
hubungan intim hambar
Cara hangatkan kembali hubungan intim yang hambar.

#5. Permainan selain sex toy

Akhir sekali adalah permainan selain sex toy.

Menurut Dr. Whelihan yang merupakan Pakar Ginekologi dari Florida, Amerika Syarikat, virus dan bakteria seperti E.coli boleh merebak melalui permainan dan berbahaya jika ia masuk ke dalam alat kemaluan.

Antara kesan yang mungkin berlaku adalah vaginosis bakteria dan faraj berbau seperti ikan.

Adakah anda mahu bahaya onani ini terjadi kepada anda tanpa tahu ada risiko kesan onani kepada otak? Fikirkan semula jika terfikir untuk beronani dengan benda-benda ini!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Is masturbation normal. https://www.nhs.uk/common-health-questions/sexual-health/is-masturbation-normal/Accessed 1 July 2020.
  2. How to masturbate. https://flo.health/menstrual-cycle/sex/masturbation/how-to-masturbate. Accessed 1 July 2020.
  3. Masturbation. https://www.plannedparenthood.org/learn/sex-pleasure-and-sexual-dysfunction/masturbation. Accessed 1 July 2020.
  4. You asked it how to masturbate. https://www.teenhealthcare.org/blog/you-asked-it-how-to-masturbate/Accessed 1 July 2020.
  5. Masturbation. https://www.catholiceducation.org/en/marriage-and-family/sexuality/masturbation.html. Accessed 1 July 2020.

Versi Terbaru

21/03/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan