Sakit Tiga Sekawan, Pernah Terfikir Tak Kenapa Batuk, Demam & Selesema Datang Sekali?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pasti ramai yang pernah mengalami keadaan di mana anda sakit – demam, batuk dan selesema pasti akan datang bersama. Apakah punca batuk, selesema dan demam berlaku sekali gus?

Artikel ini akan menjawab persoalan anda dari sudut saintifik.

Mengapa kita demam?

demam

Demam ialah kenaikan suhu badan sementara, sering disebabkan oleh penyakit. Mengalami demam adalah tanda bahawa terdapat sesuatu yang tidak biasa berlaku dalam badan anda.

Ia berlaku apabila hipotalamus dalam otak anda, yang bertanggungjawab untuk mengawal suhu badan anda, mengubah titik set suhu badan normal lebih tinggi.

Bagi orang dewasa, ketidakselesaan sering dirasakan ketika demam, tetapi biasanya tidak menjadi kebimbangan kecuali jika suhu badan mencapai 39.4 C.

Sebaliknya untuk bayi dan kanak-kanak, suhu yang meningkat walaupun sedikit mungkin menunjukkan jangkitan yang serius.

Punca demam yang sering berlaku

Kenaikan suhu badan atau demam boleh disebabkan oleh beberapa punca termasuklah:

Kadangkala, punca demam tidak dapat dikenal pasti. Jika anda mengalami demam melebihi 3 minggu tanpa mengetahui punca walaupun selepas penilaian yang mendalam, diagnosisnya dikenali sebagai fever of unknown origin (PUO).

Pentingkah batuk untuk tubuh kita?

punca batuk

Batuk merupakan salah satu daripada refleks pelindung untuk mencegah aspirasi bahan asing ke dalam paru-paru.

Punca batuk yang paling biasa selalunya disebabkan oleh jangkitan saluran pernafasan bahagian atas (URTI).

Walaupun terdapat sebilangan besar gejala jangkitan URTI yang boleh diselesaikan dalam masa 2 minggu, batuk boleh berlanjutan lebih daripada tempoh tersebut.

Mengapa selesema berlaku ketika demam?

Apabila virus yang menyebabkan selesema masuk ke dalam badan anda, tubuh akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang bergelar histamin.

Histamin bertindak sebagai pelindung badan semasa keradangan, tetapi mengakibatkan lebih banyak pengeluaran lendir dari hidung anda.

Walaupun bunyinya menjijikkan, namun ia bermanfaat kerana:

  1. Lendir yang terhasil boleh membantu menangkap perengsa luaran atau kuman yang boleh masuk ke dalam badan anda dan membuatkan anda lebih sakit.
  2. Pengumpulan mukus bertindak sebagai lapisan perlindungan tambahan untuk tisu hidung anda. Ini boleh membantu untuk mencegah kuman memasuki badan melalui rongga hidung, sinus atau saluran darah.
  3. Lendir yang keluar daripada hidung anda juga membawa kuman dan perengsa lain ke luar badan anda. Ia boleh mengurangkan keradangan disebabkan oleh kedua-dua perkara ini.

Punca batuk, selesema dan demam datang tiga serangkai

Semasa mengalami jangkitan kuman, badan akan adaptasi dengan keadaan di mana terdapat ancaman luar kepada tubuh anda.

Salah satu adaptasi yang dilakukan adalah menaikkan suhu badan. Kenaikan suhu ini membantu badan untuk melawan jangkitan kuman yang berada di dalam badan kita.

Oleh sebab itulah kita akan berasa seakan-akan demam semasa terdapat jangkitan kuman.

Selesema berlaku kerana badan kita mahu mengeluarkan kuman daripada tubuh kita. Salah satu caranya ialah seperti yang diterangkan di atas, di mana lendiran hingus akan membawa kuman keluar daripada badan.

Apabila tubuh kita mula menghasilkan lendiran yang banyak, kita akan berasa seperti terdapat sesuatu yang berkumpul di tekak kita.

Kadangkala, anda juga mungkin merasakannya menitis daripada hidung ke tekak anda.

Oleh sebab batuk merupakan refleks pelindung badan kita, kita akan kerap batuk semasa selesema untuk mengeluarkan lendiran daripada badan.

Keadaan ini digelar sebagai titisan postnasal. Gejala biasa dari titisan postnasal termasuklah:

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Demam, batuk dan selesema memang menjengkelkan dan membuat anda berasa tidak selesa, tetapi biasanya akan sembuh sendiri.

Kadang-kadang, ia boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius. Hubungi doktor anda sekiranya:

  • Batuk, demam dan selesema berlanjutan lebih daripada 10 hari
  • Anda menghidap demam bersuhu tinggi
  • Hingus berwarna hijau atau kuning dan disertai dengan sakit sinus atau demam. Ini mungkin merupakan tanda jangkitan bakteria
  • Anda mempunyai darah di lendiran yang berterusan setelah kecederaan kepala

Batuk, selesema dan demam normal sebenarnya

punca batuk

Badan kita mempunyai sistem pelindungan yang tersendiri untuk mengelakkan jangkitan kuman menjadi lebih serius. Pastikan anda mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul ketika sakit.

Berundinglah dengan doktor anda jika simptom semakin teruk untuk mengetahui punca batuk, demam dan selesema yang berterusan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan