backup og meta

Kenapa Mustahil Untuk Kita Bersin Sambil Mata Terbuka? - Ini Jawapan Pakar!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    Kenapa Mustahil Untuk Kita Bersin Sambil Mata Terbuka? - Ini Jawapan Pakar!

    Semasa kecil-kecil dulu, kita semua pasti pernah dimomokkan dengan fakta yang sampai sekarang kita tidak tahu hakikatnya bukan?

    Antara yang paling popular adalah kita tidak boleh bersin sambil mata terbuka.

    Tidak dinafikan, kita semua pasti pernah mencubanya.

    Pun begitu, sila hati-hati ketika melakukan eksperimen ini kerana ramai percaya perbuatan ini boleh menyebabkan bebola mata terkeluar dari tempatnya.

    Adakah ini benar? Atau sekadar penipuan untuk menakutkan orang agar tidak melakukannya?

    Jom kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu jawapannya!

    Bersin, sesuatu yang normal

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita tahu serba sedikit mengenai kondisi yang dinamakan bersin ini.

    bersin

    Perbuatan ini adalah sesuatu yang normal dan akan terjadi pada setiap kali berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan di dalam lubang hidung.

    Bersin bertindak sebagai cara untuk mengeluarkan partikel yang termasuk di dalam lubang hidung.

    Ia adalah respons sama seperti batuk untuk mengeluarkan partikel yang termasuk di dalam kerongkong dan paru-paru.

    Selain itu, berikut merupakan antara punca ia berlaku:

    Fakta menarik mengenai bersin

    wabak covid

    Ketika kita bersin, sekurang-kurangnya 100,000 kuman akan dilepaskan dengan kelajuan kira-kura 100 km per jam.

    Disebabkan itu, kita disarankan menutup mulut dan hidung dengan siku ketika terasa hendak bersin.

    Selain itu, ramai orang percaya bahawa bersin akan mengakibatkan jantung kita terhenti seketika. Adakah ia benar?

    Menurut Dr Richard Conti dari American College of Cardiology, ia tidak sama sekali.

    Kata beliau lagi, idea ini mungkin muncul kerana kita sendiri berasa seperti ia terjadi ketika bersin. Hakikatnya, jantung kita tidak pernah terhenti selagi kita masih bernyawa.

    Ada satu lagi fakta menarik yang menjadi persoalan utama artikel ini iaitu kita tidak boleh bersin sambil mata terbuka.

    Jom kita sama-sama teruskan pembacaan untuk mengetahui mengenai perkara ini…

    Boleh atau tidak bersin sambil mata terbuka?

    virus korona

    Sedar atau tidak, kita secara automatiknya akan menutup mata setiap kali ingin bersin.

    Ini dinamakan sebagai refleks autonomik – tindak balas tanpa sedar tubuh badan terhadap sesuatu pemicu.

    Namun, ada kajian terbaharu yang mengatakan bahawa kita sebenarnya boleh mengawal perbuatan ini dengan latihan yang mencukupi.

    Menurut David Huston dari Texas A&M College of Medicine Houston yang juga merupakan Pakar Alahan di Houston Methodist Hospital, kita mungkin boleh bersin sambil mata terbuka.

    Terkejut dengan kenyataan ini?

    Menurut beliau lagi, ia mungkin boleh berlaku jika anda dapat melatih tindak balas tubuh badan anda dengan baik sekali.

    Selain itu, beliau turut menambah bahawa perbuatan ini tidak akan menyebabkan bebola mata kita terkeluar dari soketnya seperti mana yang kita percaya semasa zaman kanak-kanak dahulu!

    Ia mungkin sesuatu yang tidak perlu dilakukan

    virus korona adalah

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kita mungkin boleh bersin sambil mata terbuka dengan latihan, fokus dan konsentrasi yang tinggi.

    Pun begitu, wajarkah kita melakukannya?

    Jawapannya adalah tidak.

    Ini kerana setiap tindak balas tanpa sedar yang berlaku pada tubuh badan kita terjadi dengan sebab yang kukuh.

    Menurut pelbagai kajian, kita perlu bersin sambil mata tertutup agar mata kita terlindung dari kuman-kuman yang terkeluar dari hidung dan mulut ketika itu.

    Ya, mungkin ada benarnya. Jadi, jangan terlalu obses untuk melakukan eksperimen bersin sambil mata tertutup ini. Ketahuilah bahawa mungkin ada bahaya yang akan menanti!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan