backup og meta

Jangka Hayat Diabetes Jenis 1

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/12/2019

    Jangka Hayat Diabetes Jenis 1

    Diabetes atau kencing manis jenis 1 adalah gangguan yang dicirikan oleh paras gula darah yang tidak normal. Dalam diabetes jenis ini, sel khusus dalam pankreas yang dipanggil sel beta berhenti menghasilkan insulin. Insulin mengawal berapa banyak glukosa (sejenis gula) yang dimasukkan daripada darah kepada sel untuk penukaran kepada tenaga. Kekurangan insulin mengakibatkan ketidakmampuan untuk menggunakan glukosa untuk penghasilan tenaga atau mengawal jumlah gula dalam darah.

    Fakta mengenai diabetis jenis 1

    • Ia menyerang sesiapa sahaja
    • Ia tidak boleh diubati, keadaan sepanjang hayat
    • Majoriti pesakit didiagnosis antara umur 5 – 15 tahun.
    • Sekiranya tidak dirawat, ia membawa kepada komplikasi perubatan serius yang mengancam nyawa, termasuk buta, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf, dan penyakit jantung dan saluran darah.

    Kadar kelangsungan hidup bagi diabetes jenis 1?

    Pada tahun 1920-an, insulin telah ditemui dan tersedia untuk digunakan. Dengan itu, jangka hayat diabetis jenis 1 naik secara dramatik. Dengan insulin yang lebih baik, pemeriksaan gula di rumah, dan diet rendah karbohidrat, seseorang hidup lebih lama.

    Satu kajian daripada Universiti Pittsburgh, yang diterbitkan pada tahun 2012, mendapati bahawa orang yang menghidap diabetes Jenis 1 selepas 1965 mempunyai jangka hayat 69 tahun. Ini berbanding dengan jangka hayat ketika lahir, kira-kira 76 tahun untuk lelaki dan 81 tahun untuk wanita dalam populasi umum di A.S.

    Manakala satu kajian baru mengenai kira-kira 25,000 orang dengan Jenis 1 di Scotland mendapati bahawa lelaki dengan diabetes jenis 1 kehilangan kira-kira 11 tahun jangka hayat, dan wanita kira-kira 13 tahun berbanding mereka yang tiada penyakit.

    Bagaimanapun, kesemuanya bergantung kepada kawalan gula. Diabetes yang dikawal dengan baik mungkin mempunyai sedikit kesan pada jangka hayat.

    Kunci survival diabetes jenis 1

    Sumber: www.action4diabetics.org

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan