backup og meta

Insulin, Meningkatkan Kelangsungan Hidup Pesakit Diabetes Jenis 1

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew · Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/04/2022

    Insulin, Meningkatkan Kelangsungan Hidup Pesakit Diabetes Jenis 1

    Semasa awal abad ke-20, sebelum adanya insulin, pakar perubatan Allen dan Joslin mengesahkan bahawa berpuasa dan pengawalan kalori diet dapat memanjangkan usia pesakit diabetes. Semua pesakit kencing manis dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kanji dan gula, dan bagi mereka yang obes dinasihatkan untuk menurunkan berat badan.

    Penemuan Insulin

    Penemuan dan kemajuan insulin sebagai rawatan diabetes boleh dikesan kembali pada abad ke-19. Penemuannya diperoleh disebalik pemahaman diabetes mellitus pada abad itu.

    Ketika abad itu, diabetes adalah satu penyakit yang ditakuti dan biasanya berbahaya. Doktor juga tahu bahawa gula memburukkan lagi keadaan diabetes dan dengan bantuan yang terhad iaitu diet gula. Tetapi jika ia membantu, ia juga menyebabkan kematian akibat kelaparan.

    Penemuan insulin pada tahun 1922 menandakan penemuan utama dalam perubatan dan terapi dalam pesakit diabetes. Sebelum tahun 1921, adalah suatu yang luar biasa bagi pesakit diabetes jenis 1 untuk hidup lebih daripada satu atau dua tahun.

    Medical News Today menyatakan bahawa pada 1899, Oscar Minkowski dan Joseph von Mering mengeluarkan pankreas anjing untuk mengkaji kesannya terhadap pencernaan. Mereka mendapati gula dalam urin anjing hilang selepas menggunakannya. Bagi manusia, doktor pernah mendiagnosis keadaan itu dengan ujian urin. Tetapi bagi penemuan “bahan aktif” pankreas, ramai saintis mengikuti kerja mereka dalam percubaan untuk mengeluarkannya. 

    Sehinggalah pada 1921, doktor Kanada, Frederick Banting dan pelajar perubatan Charles H. Best dikreditkan dengan penemuan hormon insulin dalam ekstrak pankreas anjing. Mereka menyuntik hormon ke dalam anjing dan mendapati bahawa ia menurunkan paras glukosa darah yang tinggi menjadi normal.

    Akhirnya, kejayaan perubatan pertama adalah membabitkan seorang lelaki dengan diabetes jenis 1 iaitu Leonard Thompson yang berusia 14 tahun. Dia yang berjaya dirawat pada tahun 1922. Berkait dengan kematian sebelum rawatan, Leonard bangkit kembali meneruskan kehidupan dengan insulin.

    Penemuan insulin adalah salah satu peristiwa penting yang paling dramatik dan penting dalam bidang perubatan sehingga memenangi Hadiah Nobel dalam sains.

    Oleh itu, penemuan terbesar ini merupakan satu-satunya rawatan berkesan untuk pesakit diabetes jenis 1 sehingga hari ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Chooi Kheng Chiew

    Endokrinologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan