Tip Berpuasa Bagi Pengidap Asma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila memasuki bulan Ramadan, umat Islam tentu ingin menjalankan ibadah puasa selancar mungkin. Tak terkecuali bagi penhidap asma. Namun berpuasa mungkin menimbulkan beberapa kebimbangan tertentu buat mereka, misalnya pengunaan ventolin semasa puasa. Sila baca artikel mengenai penghidap asma berpuasa ini.

Bolehkah penghidap asma berpuasa?

Belum ada kajian yang menunjukkan bahawa puasa berbahaya atau tidak digalakkan untuk penghidap asma. Setakat ini, para doktor dan ahli perubatan menyatakan ia masih selamat untuk mereka berpuasa. Malah, menurut satu kajian dalam jurnal ilmiah Annals of Allergy, Asthma, and Immunology, 90 peratus pengidap asma yang menjalani ibadah puasa tidak melaporkan apa-apa mengeni serangan asma atau gangguan pernafasan lain.

Jadi, pengidap asma boleh berpuasa dengan selamat. Namun, ini semua bergantung pada keadaan fizikal masing-masing. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mula berpuasa.

Ini kerana, sesetengah orang perlu makan ubat-ubatan tertentu secara rutin bagi mengelakkan serangan asma. Dalam beberapa kes, ubat ini tidak boleh ditinggalkan atau dikurangka dosnya dalam sehari.

Menggunakan ventolin semasa puasa

Salah satu kebimbangan bagi pengidap asma iaitu jika harus menggunakan ubat inhalasi atau ventolin semasa puasa. Ventolin adalah sejenis ubat salbutamol. Fungsi ubat ini ialah membuka dan melemaskan otot-otot saluran pernafasan.

Cara menggunakannya ialah dengan menghirup semprotan ventolin menerusi mulut. Bergantung pada keadaan dan saranan doktor, anda mungkin harus memakai ventolin sebanyak empat hingga enam jam sekali.

Hingga saat ini, para penyelidik masih membincangkan adakah penggunaan ventolin membatalkan puasa. Perlu diketahui, ventolin tidak akan masuk hingga ke perut. Ubat ini hanya akan sampai di saluran pernafasan Aada. Disebabkan ini kebanyakan ahli agama menyatakan ubat ini boleh digunakan. Namun, jika anda tidak yakin dapatkan pandangan ahli agama terlebuh dahulu.

Jika kurang nyaman menggunakan ventolin semasa puasa, anda boleh menggunakannya semasa sahur, berbuka, dan sebelum tidur. Walau bagaimanapun, doktor tetap mengesyorkan anda untuk tidak menghentikan penggunaan ventolin atau anda tiba-tiba harus menggunakannya, jangan memaksakan diri untuk berpuasa.

Tips berpuasa bagi pengidap asma

Secara teori, puasa boleh meningkatkan risiko terkena serangan asma. Ini kerana, tanpa pengambilan cairan selama berjam-jam, saluran pernafasan menjadi kering. Ini mendorong serangan asma. Jadi sila baca tip menjalani ibadah puasa berikut ini.

  • Banyak minum air waktu berbuka dan sahur. Paling tidak minum lapan gelas air dalam tempoh tidak puasa.  Ini supaya anda tidak dehidrasi sepanjang puasa dan saluran pernapasan tetap lembap.
  • Elakkan bersukan atau aktiviti fizikal yang terlalu berat semasa puasa. Ini kerana, ia boleh mendorong kepada serangan asma.
  • Pilih menu sahur dan berbuka yang sihat. Kajian membuktikan bahawa amalan pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin C, vitamin E, magnesium, dan asid lemak omega-3 mampu mencegah asma.
  • Pastikan suhu ruangan cukup lembap. Apabila anda harus pergi ke luar ruangan yang udaranya sangat kering, pakai masker.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Alahan dan asma boleh menyerang ketika cuaca sejuk atau panas. Jika anda alami sakit hidung seakan-akan reaksi alahan, cepat jumpa doktor ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan, Pusat Kesihatan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara kaedah pembedahan czer dengan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit asma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Proses Bersalin 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Jangan Samakan Bayi Pramatang Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesarannya Berbeza!

    Kelahiran bayi tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut? Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/07/2020 . 3 minit bacaan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami tanda tanda dehidrasi semasa berpuasa di bulan Ramadan. Ini 15 gejala yang boleh dialami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    komplikasi asma

    Bukan Hanya Kacau Waktu Tidur, Tapi Penyakit Asma Juga Buat Hidup Anda Terjejas

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    punca penyakit asma

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan