backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

7 Tanda Bahaya Anda OVERDOS VIAGRA, Ada Yang Sampai Sakit Masa Ereksi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/09/2022

    7 Tanda Bahaya Anda OVERDOS VIAGRA, Ada Yang Sampai Sakit Masa Ereksi!

    Jika anda pernah mengambil viagra (turut dikenali sebagai pil biru) sejenis ubat mati pucuk untuk meningkatkan prestasi di ranjang, pasti anda tahu bahawa ia turut mempunyai kesan sampingan tersendiri.

    Keadaan boleh menjadi lebih parah sekiranya anda mengambil amaun melebihi apa yang disarankan oleh pakar.

    Viagra atau sildenafil adalah ubat mati pucuk yang boleh membantu lelaki mencapai ereksi. Ia sering dipreskripsikan kepada mereka yang didiagnosis dengan masalah mati pucuk.

    Selain itu, sildenafil juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi pada saluran darah di peparu meskipun ia jarang diberikan untuk tujuan tersebut.

    Ubat ini mempunyai kesan yang berbeza bagi setiap individu. Ada yang cepat merasai perubahan fisiologi kesan daripada pengambilan ubat ini dan ada yang lambat.

    Keadaan tersebut menggalakkan seseorang itu untuk mengambil melebihi jumlah yang disarankan terutamanya jika mereka tidak biasa menggunakan ubat tersebut.

    Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Makan viagra tetapi masih tidak naik. Perlu makan lagi ke?

    Proses ereksi berlaku apabila terdapat rangsangan pada saraf zakar.

    Keadaan ini menyebabkan otot pada dua struktur silinder di sekeliling penis anda mengendur dan darah mula memasuki kawasan tersebut menyebabkan proses ereksi. 

    Jika saraf anda tidak boleh berkomunikasi dengan otak, darah tidak akan boleh mengisi ruangan silinder tersebut.

    Ini boleh menyebabkan masalah mati pucuk atau disfungsi erektil. 

    Pengambilan viagra boleh merehatkan dinding salur darah bagi memberi laluan kepada aliran darah untuk membantu proses ereksi.

    Secara umumnya, ubat tersebut boleh mula berkesan dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas diambil.

    Tetapi bagi sesetengah individu, ia mungkin hanya menunjukkan kesan selepas 2 jam.

    Apa yang lebih penting lagi adalah, viagra bukannya ubat yang boleh berfungsi dengan baik sekiranya anda tidak merasai rangsangan seksual.

    Oleh sebab itulah masa ereksi berbeza mengikut individu. Ia akan lebih berkesan sekiranya anda lebih relaks dan selesa dengan keadaan anda ketika itu.

    Jika anda tidak mengalami ereksi, jangan suka-suka ambil lagi memandangkan perbuatan tersebut boleh menyebabkan anda mengalami overdos ubat.

    Apa yang anda perlu lakukan jika overdos pil biru?

    ubat mati pucuk

    Seperti ubat-ubatan yang lain, jika viagra diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan gejala overdos.

    Antaranya adalah:

    1. Tekanan darah rendah
    2. Pengsan
    3. Pening kepala
    4. Masalah penglihatan
    5. Masalah pendengaran
    6. Sakit perut
    7. Sakit dada

    Gejala yang dialami oleh pengguna viagra berbeza mengikut jumlah overdos ubatan tersebut.

    Tahap keterukannya juga boleh berbeza, jika anda mengalami simptom teruk selepas mengambil viagra, anda dinasihatkan untuk pergi ke hospital dengan kadar segera.

    Kesan viagra boleh berlarutan sehingga 2 ke 3 jam sebelum ia mula hilang.

    Bergantung kepada faktor seperti metabolisme badan, dos yang diambil dan lain-lain, viagra boleh menyebabkan kesan ereksi sehingga 5 jam.

    Jika anda sudah mencapai klimaks, ubat tersebut mungkin tidak lagi berfungsi untuk mengekalkan ereksi.

    Ia berikutan badan anda tidak bersedia dan kesan ini boleh berlarutan sehingga beberapa jam atau hari.

    Keadaan ini dikenali sebagai masa refraktori dan ia berbeza mengikut individu. 

    Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan viagra, walaupun ia membantu seseorang untuk mengalami ereksi, ia tidak mempengaruhi prestasi seseorang di ranjang.

    Tiada kajian yang membuktikan viagra berupaya untuk meningkatkan durasi anda untuk melakukan hubungan seks.

    Berapa lama viagra akan kekal di dalam badan saya?

    pil biru

    Sama seperti kesan ubat mati pucuk viagra terhadap tubuh, masa yang diambil oleh tubuh untuk memproses keluar viagra berbeza mengikut individu.

    Secara amnya, ia boleh mengambil masa di antara 5 hingga 6 jam sebelum kesemua viagra boleh diproses keluar oleh badan.

    Bagi mereka yang mengambil viagra pada dos tinggi, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk keluar daripada badan.

    Sebagai contoh, bagi pil biru berdos 25 mg, kesannya boleh hilang dalam tempoh beberapa jam.

    Namun bagi mereka yang mengambil viagra pada dos 100 mg pula, masa yang diambil untuk ubat tersebut keluar daripada tubuh boleh jadi 4 kali ganda lebih lama.

    Dalam keadaan tersebut, sekiranya anda mengalami overdos, anda berisiko mengalami masalah priapisme, situasi di mana ereksi berlaku secara berpanjangan tanpa rangsangan seksual.

    Mereka yang mengalami masalah priapisme kebiasaannya akan berasa sakit dan rujukan kepada doktor boleh membantu melegakan kesakitan dan simptom tersebut.

    Konklusi

    Jika anda ingin mengambil ubat mati pucuk viagra sebelum hubungan seks, pastikan anda menuruti cara penggunaan seperti yang tertera pada produk atau kertas panduan.

    Dalam situasi tertentu, mungkin anda akan lambat mencapai ereksi terutamanya jika anda berada dalam keadaan stres.

    Elakkan daripada mengambil dos lain dalam keadaan tersebut kerana ia boleh menyebabkan anda overdos.

    Kalau anda mengalami sebarang gejala overdos, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk tindakan selanjutnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan