backup og meta

Aduh, Waktu Nak Melancong Lah Sembelit Pula! Ini 4 Petua Untuk Hilangkannya

Aduh, Waktu Nak Melancong Lah Sembelit Pula! Ini 4 Petua Untuk Hilangkannya

Ketika bercuti terdapat kemungkinan besar untuk diri mengalami masalah sembelit, tetapi kenapa ya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui penjelasan dan petua hilangkan sembelit…

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Faktor penyumbang sembelit ketika melancong

Pernahkah anda berasa kembung perut atau mengalami sembelit ketika berada di dalam pesawat dan anda tahu mengapa ia sering terjadi?

Menurut William Chey, seorang profesor dalam bidang gastroenterologi dan sains pemakanan, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang mengalami sembelit ketika mengembara.

Pertama sekali, jadual atau rutin normal anda akan mudah terganggu disebabkan oleh perubahan diet keseluruhan selain terlupa memakan ubat seperti yang sepatutnya. 

Anda akan memakan makanan yang berbeza daripada jenis makanan yang biasa anda makan. Jenis makanan yang berbeza tersebut adalah bukan jenis makanan yang biasa anda gunakan untuk mengekalkan corak membuang air besar anda.

Kedua, tidur yang tidak mencukupi. Ya, tidur juga boleh menyebabkan masalah sembelit pada tubuh anda. Tidak mendapat tidur yang mencukupi pada malam sebelum hari pelepasan boleh meletihkan tubuh anda.

petua hilangkan sembelit

Perbezaan zon masa antara negara juga boleh menyebabkan perubahan pada rutin membuang air normal anda.

Darrell Gray, seorang profesor madya dan ahli gastroenterologi di Ohio State University Wexner Medical Center menyatakan, walaupun tidur mungkin tidak kelihatan mempunyai kaitan, tetapi ia sememangnya boleh mengubah rutin normal harian anda.

Ini kerana ada di antara kita yang bangun pagi pada waktu tertentu seterusnya membuang air besar terlebih dahulu. Rutin ini akan berubah ketika anda pergi melancong. 

Ketiga, faktor dehidrasi. Anda akan mudah mengalami dehidrasi ketika berada di dalam pesawat yang sedang berada pada ketinggian 30,000 kaki.

Kita mungkin hanya meminum air yang sedikit berbanding keperluan tubuh yang sepatutnya. Ketidakcukupan air semasa dalam penerbangan adalah antara sebab anda mudah mengalami kembung perut dan sembelit. 

Keempat, faktor mental. Mungkin ada sebahagian daripada kita yang mungkin akan mengalami stres atau sedikit tekanan apabila berada di dalam penerbangan.

Ia juga boleh menyebabkan keresahan atau kegelisahan melampau kepada seseorang individu. Stres akan menyebabkan simptom masalah gastrousus semakin memburuk yang pada akhirnya menyebabkan masalah sembelit. 

Petua hilangkan sembelit semasa melancong

Berikut antara beberapa petua yang boleh dicuba:

1: minum banyak air

petua hilangkan sembelit

Petua yang pertama ialah minum banyak air. Minum banyak air boleh membantu anda mengelakkan diri daripada mengalami sembelit.

Walau bagaimanapun, cuba elakkan daripada mengambil minuman beralkohol dan juga minuman berkafein kerana jenis minuman seperti ini boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.

Pilihan terbaik ialah dengan meminum air kosong, jus buah-buahan atau sup. Sentiasa bawa botol air bersama anda ketika anda melancong.

Tip hilangkan sembelit 2: cuba kekal dengan rutin anda

Petua kedua ialah kekalkan rutin tubuh anda. Tubuh manusia mempunyai jam biologi atau dalaman yang mempengaruhi rutin harian tubuh kita.

Bagi mengelakkan masalah sembelit, cuba untuk kekal dengan rutin harian anda sama ada waktu tidur dan waktu biasa anda membuang air.

Kekal dengan rutin harian tubuh akan membantu sistem pencernaan anda kekal pada rutin hariannya. 

Petua hilangkan sembelit 3: ambil makanan berserat

Petua hilangkan sembelit seterusnya ialah makan makanan berserat. Serat pemakanan amat penting untuk memastikan pergerakan usus anda berada dalam keadaan yang konsisten.

Antara jenis makanan hilangkan sembelit yang kaya dengan serat ialah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan juga roti.

petua hilangkan sembelit

Walau bagaimanapun, anda juga perlu mengambil jumlah air banyak apabila anda mengambil jumlah serat yang banyak. Ini untuk mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan air dalam tubuh.

Petua hilangkan sembelit 4: perhatikan respon tubuh anda

Sekiranya tubuh anda telah menunjukkan tanda-tanda untuk anda membuang air, usaha untuk terus ke tandas bagi membuang air.

Jangan sesekali menangguhkannya kerana najis yang berada terlalu lama dalam rektum akan menjadi lebih keras. Semakin keras najis anda, semakin sukar untuk anda membuangnya. 

Baca juga:

Kesimpulan

Bercuti adalah sesuatu yang sememangnya menyeronokkan. Walau bagaimanapun, sembelit adalah sesuatu yang sangat tidak menyenangkan.

Oleh itu, cuba kekal untuk sentiasa melakukan rutin harian tubuh anda walaupun anda sedang bercuti. Jika anda biasa membuang air besar pada jam 6 pagi, lakukannya juga pada sekitar waktu yang sama.

Kami tidak mahu anda kekal mengalami sembelit di sepanjang perjalanan anda ketika bercuti. Semoga petua hilangkan sembelit ini dapat membantu!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 8 Tips to Keep You Regular While Traveling. https://health.clevelandclinic.org/8-tips-to-keep-you-regular-while-traveling/, Accessed on May 23, 2023
  2. Four Ways to Prevent Constipation During Summer Travel. https://cdhf.ca/en/four-ways-to-prevent-constipation-during-summer-travel/, Accessed on May 23, 2023
  3. Anytime I travel away from home, I always get constipated (can’t poop regularly). Why does this happen? https://youngwomenshealth.org/askus/constipation-when-traveling/, Accessed on May 23, 2023
  4. Constipation. https://familydoctor.org/condition/constipation/, Accessed on May 23, 2023
  5. Constipation. https://www.ucsfhealth.org/education/constipation, Accessed on May 23, 2023

Versi Terbaru

29/05/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Larat Asyik Berulang-alik Ke Tandas, Rawat Cirit-birit Di Rumah Dengan 10 Cara Ini!

Sembelit Kronik Boleh Jadi Punca Perut Kembung, Ini 6 Rawatan Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan