5 Punca Susah Buang Air Besar Sewaktu Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/06/2018 . 3 minit bacaan
Share now

Susah buang air besar ketika puasa adalah salah satu gangguan kesihatan yang sering dialami oleh sebahagian orang. Sembelit atau istilah perubatannya constipation adalah keadaan di mana sistem penghadaman seseorang mempunyai najis keras yang sukar dikeluarkan. Ini membuatkan proses membuang air besar menyakitkan. Apabila anda rasa sukar ketika buang air besar, atau tidak ada rasa ingin buang air besar selama tiga hari, anda perlu berhati-hati.

Apa penyebab susah buang air besar sewaktu berpuasa?

Sembelit adalah simptom umum yang banyak dialami orang semasa berpuasa. Dalam kebanyakan kes, susah buang air besar semasa berpuasa terjadi kerana usus besar menyerap terlalu banyak air dari makanan yang ada di dalam usus besar. Semakin lambat makanan bergerak melalui saluran penghadaman, semakin banyak air yang akan diserap usus besar darinya. Akibatnya, najis menjadi kering dan keras sehingga kekerapan untuk buang air besar jadi berkurang.

Pada dasarnya kebiasaan buang air besar setiap orang berbeza-beza. Namun biasanya diperlukan waktu sehingga tiga hari untuk makanan yang dimakan akhirnya dihadam dan diserap oleh badan. Tiada buang air besar selama lebih dari tiga hari boleh dikategorikan sebagai sembelit. Ini adalah kerana selepas tiga hari, struktur najis akan menjadi lebih keras dan sukar dikeluarkan. Berikut ini beberapa penyebab susah buang air besar semasa berpuasa.

1. Kurang serat

Perubahan pola makan semasa berpuasa membuatkan ramai orang tidak memerhatikan pengambilan makanannya dengan baik, terutamanya serat. Padahal makanan yang kaya serat dapat meningkatkan kemampuan pergerakan peristaltik usus, dan membuat dinding usus lebih mengembang. Hasilnya, sisa makanan boleh dihadam dengan mudah, dan tidak perlu berada lama di dalam usus.

2. Kurang minum

Selain kurang serat, susah buang air besar semasa berpuasa adalah kerana tubuh anda tidak terhidrasi dengan baik. Air berperanan dalam melarutkan zat-zat makanan dan membawa sisa makanan ke dalam sistem pembuangan badan. Jika tubuh anda dehidrasi akibat kurang pengambilan air, maka sisa makanan akan sukar terbawa ke sistem pembuangan badan. Itu sebabnya sangat penting memenuhi keperluan pengambilan air semasa berbuka dan sahur untuk mengurangkan risiko sembelit.

3. Terlalu banyak pengambilan produk tenusu

Susu boleh melambatkan proses penghadaman anda kerana mengandungi serat yang sedikit. Terlalu banyak mengambil susu dan produknya, seperti keju dan ais krim boleh menyebabkan susah buang air besar. Lebih-lebih lagi apabila anda tidak diimbangi dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran selama puasa.

4. Sering menahan buang air besar

Jika anda sering mengabaikan dorongan untuk buang air besar, maka dorongan tersebut akan beransur-ansur hilang sehingga anda akhirnya tidak merasakannya lagi. Itu sebabnya bagi anda yang sering menahan buang air besar, sebaiknya anda segera menghilangkan tabiat tersebut. Ini adalah kerana semakin lama anda menahan buang air besar, maka najis akan semakin lama berada di dalam usus, sehingga membuatnya menjadi keras dan kering.

5. Gangguan usus

Gangguan lain pada usus yang menyebabkan terjadinya sembelit adalah adanya gangguan fungsi otot pada usus. Seperti kemunculan tumor di dalam usus, adanya jaringan parut (lekatan), terjadi keradangan atau jangkitan di kolon (usus besar), penyempitan yang abnormal pada kolon dan rektum sehingga akan membuat proses pencernaan terganggu.

Cara mengatasi susah buang air besar semasa berpuasa

Melakukan perubahan gaya hidup merupakan salah satu cara mengatasi susah buang air besar semasa berpuasa. Perubahan gaya hidup ini meliputi;

  • Pastikan anda memenuhi pengambilan cecair selama berpuasa sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Anda boleh mengambil air putih 2 gelas semasa berbuka, 2 gelas semasa sahur, dan 4 gelas sepanjang malam.
  • Perbanyakkan makanan yang mengandungi serat, contohnya sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, bijirin, kacang-kacangan, gandum, dan beras merah.
  • Elakkan produk tenusu, kafein, alkohol dan merokok.
  • Senaman secara teratur sekurang-kurangnya 30 minit selepas berbuka dengan intensiti ringan hingga sederhana.
  • Jangan menunda keinginan untuk buang air besar dan mula tetapkan kebiasaan buang air besar.
  • Tidak sembarangan makan ubat julap tanpa cadangan daripada doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selain Larian Dan Sukan Lompat, Ini 9 Faktor Lain Boleh Buat Tulang Kaki Anda Retak!

    Masalah tulang retak garis rambut (hairline fracture) lazim berlaku dalam kalangan atlet yang menceburi sukan yang melibatkan larian atau lompatan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Patah Tulang 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

    Perlu diketahui bahawa warga emas juga memerlukan suntikan vaksin pneumococcal. Selain vaksin pneumococcal, ada empat lagi vaksin untuk warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

    Pening memikirkan bila boleh buat pregnancy test? Usah bimbang, Hello Doktor akan bantu anda untuk mengetahui masa sesuai lakukan ujian kehamilan sendiri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cubaan Hamil, Cubaan Hamil Lain 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

    Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah bermula! Sila rujuk jadual vaksinasi anda di sini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawatan kencing tak lawas

    Orang Tua Kena Baca Ini Jika Alami Kencing Tak Lawas! #4 Itu Paling Penting

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    jenis penyakit jantung di Malaysia

    Inilah Senarai Penyakit Jantung Yang Lazim Di Malaysia! Jom Ambil Tahu Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    merawat jerawat dengan tretinoin

    Rawat Jerawat Dengan Produk Berasaskan Tretinoin, Ikut Cara Pakai Ini, Barulah Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    sakit pangkal rahim

    Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan